Pagi tadi waktu dikejutkan bangun tidur, Si Kecil ini sangat liat apabila disuruh bangun mandi dan bersiap untuk pergi ke TABIKA. Tetapi selepas saya pujuk dan katakan yang saya hendak mengambil gambarnya dengan memakai baju TABIKA, barulah Si Kecil setuju untuk mandi dan bersiap-siap hendak ke TABIKA.
Hari ini adalah masuk hari ke dua Si Kecil ini datang menimba ilmu di TABIKA. Mungkin jauh disudut hatinya berasa ‘berat‘ hendak ke TABIKA, kerana rakan-rakannya ketika di TASKA pada tahun lepas tidak memasuki TABIKA yang sama dengannya pada tahun ini. Si Kecil ini, Mak Cik saya sekolahkan ia di TABIKA KEMAS. Manakala rakan-rakan Si Kecil, ada yang bersekolah di TABIKA PERPADUAN. Ada juga sebahagiannya yang dapat memasuki PRA-SEKOLAH. Walaubagaimana pun, Si Kecil dapat juga bertemu dengan rakan-rakannya apabila datang ke Sekolah Agama pada sebelah petangnya.
Teringat waktu Si kecil ini berada di TASKA. Pernah suatu hari dia balik dari TASKA lalu bercerita dengan Ibu nya (Mak Cik saya), “Aman ada 2 orang kawan. Kawan Aman yang Muzamil tu nak jadi Petir, Aman nak jadi Kilat, kawan Aman yang lagi sorang tu nak jadi Guruh!”. Tergelak saya dengar Si Kecil ini bercerita. Apalah beza petir, kilat dan guruh tu? Bukan ker lebih kurang sama saja? Yelah, Budak… Manalah dia terfikir yang kilat, guruh dengan petir tu benda yang sama. Sebab bunyinya saja dah berbeza. huhu~
Hari ini, Si Kecil sudah mula belajar. Habis TABIKA pukul 12 tengah hari tadi, Si Cikgu Tabika sudah menceritakan perihal Si Kecil ini pada Mak Cik saya. Apa ceritanya? Ketika Si Cikgu mengajar cara membunyikan huruf ‘A‘, Si Kecil pula yang mengajar Cikgu nya balik. Ianya lebih kurang begini;
Cikgu: Ini huruf ‘A‘. ‘A‘ bunyi nya, ‘aaaa‘.
Si Kecil: Bukan Cikgu, itu bukan ‘aaaa‘. Itu bunyi nya ‘A besar‘. Yang itu pula ‘A kecik‘ !
[sambil menuding jari pada gambar huruf 'A besar' dan 'A kecil'.]
Lagilah tergelak saya dibuatnya, bila Mak Cik saya ceritakan balik pada saya apa yang Si Cikgu nya ceritakan. Apa tidaknya, huruf-huruf abjad yang disebutkan Si Kecil itu, saya yang mengajarnya. Tak sangka pula dia boleh mengajar Cikgu nya balik. huhu~
Oh, ya… Lupa nak beritahu nama Si Kecil ini. Nama dia Mohd Abd. Rahman. Kalau nak tahu, inilah ‘sepupu‘ saya yang paling muda sekali ! Ada sesiapa nak berkenalan?
Popularity: 1% [?]



Budak kecil memang comel.. =)
.-= Aini´s last blog ..Kesihatan Yang Kurang Memuaskan =-.
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 6th, 2010 at 8:10 am
@Aini, yup! comel kan~ huhu~
.-= Akuro San´s last blog ..Mahu Jadi Guruh, Kilat dan Petir di TABIKA =-.
[Balas Komen]
salam..
wah dh lama x kenari. mmg dh bnyk perubahan…yg best tu dh dotcom..hehe..
mmg sonok arr hntr anak2 gi skolah nie. kita lak org tua yg eksited kan..kiki..tp mcm yan nie anak lmbt lg nk masuk tadika…adoiii x sabar plak…hehee…tgk gmbr sikecil tu mmg syiok je…
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 7th, 2010 at 11:26 pm
@yanmie, itu la pasal~ waktu ni saya merasa la juga hantar/jemput anak mak cik saya ni pergi dan balik dari tabika. kalau nak tunggu saya ada anak sendiri, entah bila la agaknya~ huhu~
.-= Akuro San´s last blog ..Sticky Mode: Penyertaan Contest Lekat & Menang Anjuran http://www.azizwan.com =-.
[Balas Komen]
kak jie tak pergi tadika – huhu
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 7th, 2010 at 11:27 pm
@Kujie, oh, anak kak jie terus masuk pra-sekolah ker dulu?
.-= Akuro San´s last blog ..Sticky Mode: Penyertaan Contest Lekat & Menang Anjuran http://www.azizwan.com =-.
[Balas Komen]
Kecik2 dah pandai ajar cikgu. Bila dah besar nanti jadi lecturer la dia nanti. Mengajar bakal2 cikgu di Malaysia ni.
.-= CypherHackz´s last blog ..Kenangan di Hari Pertama ke Sekolah =-.
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 7th, 2010 at 11:28 pm
@CypherHackz, Insya’Allah. Mudah-mudahan~ Amin…
tapi si kecil ni selalu kata dia nak jadi tentera. tak tahu lah melekat ker tidak cita-cita dia sampai besar nanti~
[Balas Komen]
hehee.. ada potensi nk jd pelajar pintar ni.. kena asah betul2 ni kasi lg tajam
.-= Azizwan´s last blog ..Misi gagal dan selamat tinggal 2009 =-.
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 7th, 2010 at 11:29 pm
@Azizwan, yup~ memang ada potensi… kalau suruh bercakap, memang pandai si kecil sorang nih~
.-= Akuro San´s last blog ..Sticky Mode: Penyertaan Contest Lekat & Menang Anjuran http://www.azizwan.com =-.
[Balas Komen]
pengalaman ke tadika…huhuhu..xkan dapat dilupakan..heheh
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 7th, 2010 at 11:31 pm
@apiih, ya~ setiap orang ada pengalaman tersendiri. ada yang suka masuk tabika, ada juga yang menangis~ macam-macam~
.-= Akuro San´s last blog ..Sticky Mode: Penyertaan Contest Lekat & Menang Anjuran http://www.azizwan.com =-.
[Balas Komen]
haha, mcm2 kerenah budak2 sekarang ni. teringat pula waktu di tabika dlu. menangis pun ada. hehe
.-= mohdisa´s last blog ..Jom Masuk U 2010 =-.
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 7th, 2010 at 11:32 pm
@mohdisa, sama lah~ saya pun dulu pernah menangis juga masa awal2 masuk tabika~
.-= Akuro San´s last blog ..Sticky Mode: Penyertaan Contest Lekat & Menang Anjuran http://www.azizwan.com =-.
[Balas Komen]
atuinaa!!!!!pacal butak2 pun nak cibuk2..ish3x..
[Balas Komen]
mmm…macam2 bdk skrg ni memg mereka ni dah advance drpd kita, tp tak pernh dngr lagi psl nk jadi guruh, petir, anak2ku di tadika pulak ada yg nak jadi batman lagi hebaaa..ttt……….!!!
[Balas Komen]