Mahu Jadi Guruh, Kilat dan Petir di TABIKA

Pagi tadi waktu dikejutkan bangun tidur, Si Kecil ini sangat liat apabila disuruh bangun mandi dan bersiap untuk pergi ke TABIKA. Tetapi selepas saya pujuk dan katakan yang saya hendak mengambil gambarnya dengan memakai baju TABIKA, barulah Si Kecil setuju untuk mandi dan bersiap-siap hendak ke TABIKA.

Hari ini adalah masuk hari ke dua Si Kecil ini datang menimba ilmu di TABIKA. Mungkin jauh disudut hatinya berasa ‘berat‘ hendak ke TABIKA, kerana rakan-rakannya ketika di TASKA pada tahun lepas tidak memasuki TABIKA yang sama dengannya pada tahun ini. Si Kecil ini, Mak Cik saya sekolahkan ia di TABIKA KEMAS. Manakala rakan-rakan Si Kecil, ada yang bersekolah di TABIKA PERPADUAN. Ada juga sebahagiannya yang dapat memasuki PRA-SEKOLAH. Walaubagaimana pun, Si Kecil dapat juga bertemu dengan rakan-rakannya apabila datang ke Sekolah Agama pada sebelah petangnya.

Teringat waktu Si kecil ini berada di TASKA. Pernah suatu hari dia balik dari TASKA lalu bercerita dengan Ibu nya (Mak Cik saya), “Aman ada 2 orang kawan. Kawan Aman yang Muzamil tu nak jadi Petir, Aman nak jadi Kilat, kawan Aman yang lagi sorang tu nak jadi Guruh!”. Tergelak saya dengar Si Kecil ini bercerita. Apalah beza petir, kilat dan guruh tu? Bukan ker lebih kurang sama saja? Yelah, Budak… Manalah dia terfikir yang kilat, guruh dengan petir tu benda yang sama. Sebab bunyinya saja dah berbeza. huhu~

Hari ini, Si Kecil sudah mula belajar. Habis TABIKA pukul 12 tengah hari tadi, Si Cikgu Tabika sudah menceritakan perihal Si Kecil ini pada Mak Cik saya. Apa ceritanya? Ketika Si Cikgu mengajar cara membunyikan huruf ‘A‘, Si Kecil pula yang mengajar Cikgu nya balik. Ianya lebih kurang begini;

Cikgu: Ini huruf ‘A‘. ‘A‘ bunyi nya, ‘aaaa‘.

Si Kecil: Bukan Cikgu, itu bukan ‘aaaa‘. Itu bunyi nya ‘A besar‘. Yang itu pula ‘A kecik‘ !

[sambil menuding jari pada gambar huruf 'A besar' dan 'A kecil'.]

Lagilah tergelak saya dibuatnya, bila Mak Cik saya ceritakan balik pada saya apa yang Si Cikgu nya ceritakan. Apa tidaknya, huruf-huruf abjad yang disebutkan Si Kecil itu, saya yang mengajarnya. Tak sangka pula dia boleh mengajar Cikgu nya balik. huhu~

Kad yang saya gunakan untuk mengajar Si Kecil...

Oh, ya… Lupa nak beritahu nama Si Kecil ini. Nama dia Mohd Abd. Rahman. Kalau nak tahu, inilah ‘sepupu‘ saya yang paling muda sekali ! Ada sesiapa nak berkenalan?

Popularity: 1% [?]

Recent Related Posts

16 thoughts on “Mahu Jadi Guruh, Kilat dan Petir di TABIKA

  1. salam..

    wah dh lama x kenari. mmg dh bnyk perubahan…yg best tu dh dotcom..hehe..

    mmg sonok arr hntr anak2 gi skolah nie. kita lak org tua yg eksited kan..kiki..tp mcm yan nie anak lmbt lg nk masuk tadika…adoiii x sabar plak…hehee…tgk gmbr sikecil tu mmg syiok je… :grin:

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @yanmie, itu la pasal~ waktu ni saya merasa la juga hantar/jemput anak mak cik saya ni pergi dan balik dari tabika. kalau nak tunggu saya ada anak sendiri, entah bila la agaknya~ huhu~
    .-= Akuro San´s last blog ..Sticky Mode: Penyertaan Contest Lekat & Menang Anjuran http://www.azizwan.com =-.

    [Balas Komen]

  2. mmm…macam2 bdk skrg ni memg mereka ni dah advance drpd kita, tp tak pernh dngr lagi psl nk jadi guruh, petir, anak2ku di tadika pulak ada yg nak jadi batman lagi hebaaa..ttt……….!!!

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p