Jika korang ada baca akhbar Utusan Malaysia pada 18 Feb yang lepas, di bahagian Hiburan/Hits, selain terdapat berita mengenai Konsert Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Aizat, terdapat satu artikel bertajuk ‘Rayuan Wardina Kepada Selebriti‘ yang menarik perhatian saya. Dimana rayuan dari artis yang terkenal dengan sebagai model iklan Shampoo Sunsilk ini telah menggerakkan hati saya untuk menaip entri blog pada kali ini untuk memberi SOKONGAN PADU pada Wardina yang berani melangkah kehadapan menyeru para artis di Malaysia ini agar menunjukkan tauladan yang baik kepada masyarakat.
Kalau korang belum pernah baca artikel ‘Rayuan Wardina Kepada Selebriti‘ ini, korang boleh baca petikan kata-kata Wardina dibawah ini.
“Saya menyeru supaya artis-artis kita menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat. Contohnya, bagi yang bercinta atau bukan muhrim jangan berpegang tangan di depan khalayak termasuklah melalui media massa.
“Kalau berlakon pun elakkan bersentuhan dengan pelakon bukan muhrim. Semua itu akan menjadi tontonan dan boleh menjadi ikutan golongan remaja. Ia adalah antara punca awal yang boleh mendorong kepada perbuatan zina.
“Sebab itu saya mahu menjalankan suatu kempen bersama dengan mana-mana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang berminat bagi menangani masalah tersebut,” katanya kepada Hits.
“Adegan-adegan berpegangan tangan atau berpelukan dalam drama televisyen serta filem di kalangan pelakonnya boleh menggalakkan perhubungan bebas antara lelaki dan wanita. Ia boleh mempengaruhi golongan muda.
“Sebab itu, saya sarankan supaya diharamkan adegan-adegan seperti itu di mana ia boleh digantikan dengan adegan-adegan lain yang lebih kreatif. Kita jangan terlalu mahu meniru budaya dari Barat yang tidak ada batas sempadan.
“Saya tidak berniat mahu tunjuk alim dalam soal ini tetapi ia adalah tanggungjawab sosial saya sebagai orang Islam. Selepas ini saya tidak kisah kalau ada selebriti yang tidak sukakan saya kerana komen-komen saya ini,” tuturnya.
Hasil perbincangannya dengan Habiburrahman el-Sirazy yang membenarkan novel-novelnya yang berkonsepkan keislaman diadaptasi ke filem, beliau mencadangkan agar lebih banyak filem sedemikian dihasilkan.
“Daripada forum yang kami sertai itu, banyak tercetus idea-idea contohnya bagi menggalakkan lebih banyak filem-filem berunsurkan keislaman diterbitkan di negara ini. Kita tidak sepatutnya meniru gaya hidup Barat melalui filem.
“Sebaliknya, apa yang sepatutnya kita tiru ialah soal kreativiti dan teknologi yang dibawa dari Barat. Sudah sampailah masanya lebih ramai selebriti tampil ke depan bersama-sama saya bagi menjayakan hasrat murni ini,” katanya lagi.
Ok, jika korang nak baca artikel penuh, korang boleh check di sini.
Seriously, saya sangat bersetuju jika Malaysia dapat mengeluarkan filem berbentuk Islamic seperti filem ‘Ayat-ayat Cinta‘ dan ‘Ketika Cinta Bertasbih‘. Jika sebelum ini Ahmad Idham pernah juga mengeluarkan filem ‘Syurga Cinta‘ yang boleh dikatakan menarik dari segi pelakonnya dan berbentuk Islamic, tetapi agak kurang sesuai dari segi ‘penyampaian dakwahnya‘. Manakala jalan ceritanya ada sedikit mirip filem ‘Kiamat Sudah Dekat‘. Walaubagaimana pun, ianya satu permulaan yang baik dan saya berharap akan ada lagi cerita-cerita yang berbentuk Islamic seperti ini di Malaysia.
Mungkin ada yang terfikir, jika filem ‘Syurga Cinta‘ mempunyai sedikit mirip seperti filem ‘Kiamat Sudah Dekat‘, adakah perlu kita mengeluarkan filem Islamic di Malaysia yang mirip filem ‘Ayat-ayat Cinta‘ atau ‘Ketika Cinta Bertasbih‘? Sudah tentu tidak!
Bagi dikalangan peminat-peminat novel di Malaysia, pengarang novel bernama Ramlee Awang Murshid sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Nama beliau tidak asing lagi sebagai seorang penulis novel thriller di Malaysia ini. Penghasilan novel beliau yang bukan saja berbentuk thriller, tetapi sarat dengan ilmu dan panduan Islam dengan penyampaian yang cukup menarik dan berbeza.
Jika diambil salah satu novel karangan beliau yang bertajuk ‘Cinta Sang Ratu‘ dan dijadikan filem, saya yakin ianya boleh menjadi ‘ikon’ filem Islamic dari Malaysia yang tidak mempunyai persamaan dengan filem dari novel Habiburrahman El-Shirazy. Filem yang dihasilkan bukan saja menjadi filem thriller yang mempunyai jalan cerita yang menarik, malah ianya tetap di isi dengan ilmu dakwah. Jika pembuat filem Malaysia berjaya menghasilkan filem yang menggunakan teknologi terkini seperti filem ‘Cicakman‘, ‘Duyung‘, ‘Puteri Gunung Ledang‘ atau ‘Pontianak Harum Sundal Malam‘, saya yakin ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk menghasilkan filem dari novel ‘Cinta Sang Ratu‘ ini.
Sesuai dengan saranan yang dikatakan oleh Wardina, “Apa yang sepatutnya kita tiru ialah soal kreativiti dan teknologi yang dibawa dari Barat“. Tidak teringinkah kita melihat filem dari Malaysia ini yang menggunakan teknologi yang setanding filem ‘Lord Of The Ring‘ atau ‘Harry Potter‘? Walaubagaimana pun saya akui, saya bukan seorang pembuat filem atau seorang director filem. Malah saya juga bukan seorang pelakon filem. Mungkin apa yang saya katakan disini hanyalah kata-kata dari seseorang yang tidak mengenali apa itu ‘Layar Perak‘. Apapun saya percaya, untuk menghasilkan filem seperti ini tentunya memerlukan kos yang sangat tinggi. Tetapi ianya tidak mustahil untuk menghasilkan filem tersebut. Cuma mahu atau tidak mahu sahaja~
Oh, ya~ Bagi sesiapa yang belum pernah baca novel ‘Cinta Sang Ratu‘, korang pergilah cari dikedai buku berdekatan ya~ Serious! korang akan ‘jatuh cinta‘ dengan watak Laksamana Sunan dalam novel tersebut. Selepas membaca novel tersebut, ayat ini akan melekat dikepala korang, “Kerana manusia, aku sayang pada kamu…” dan “Mati itu pasti! Hidup itu Insya’Allah…”
Ok, akhir kata, selamat membaca, berfikir dan beramal~ ya~
p/s: Alhamdulillah~ blog saya sudah boleh ‘upload’ gambar balik~
Rujukan: Utusan Online
Popularity: 4% [?]


Kita perlukan filem yg berbudaya Malaysia,bukan setakat copy & paste budaya orang…
[Balas Komen]
betul saranan wardina nih..setuju sangat
.-= Faizal Omar´s last blog ..Flickr Special =-.
[Balas Komen]
kdang2 dowg taleh kena tgur tuuu.. stju sgt ape yg wardina ckp.
.-= maisyara´s last blog ..aku nak MERANTAU. nak berlajar silat boleh?
=-.
[Balas Komen]
100% stuju. Mmg filem2 camni yg kite nk. kalau filem thriller or cinta islamik mmg susah nk jumpa kt Malaysia ni. Stakat cinta yg ntah ape2, psl rempit2 ni, pastu cite lawak. tu yg otak masyarakat xberkembang.
come on people! be creative. salute to you and wardina.
.-= MuNsYi~SaMa´s last blog ..Maher Zain – Open Your Eyes with lyrics [Islamic nasheed] =-.
[Balas Komen]
tak tahu mana arah tuju filem melayu ni
.-= denaihati´s last blog ..KEPUTUSAN Ranking HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.
[Balas Komen]
Laksamana Sunan memang watak novel yang superb. Banyak tauladan boleh kita kutip dari watak tersebut.
Pasal Wardina – bak kata orang2 lebih pandai – tak dapat ikut semua tapi jgn kita tinggal semua… walaupun usaha ini nampak kecil sekurang2 nya menuju ke arah kebaikan.
Sedih pula baca satu blog yang dah femes sebab keluar kat Kosmo mengeji niat baik ini – dipolitikkan.. entahlah…. akal yang diberi Allah tu gunanya untuk mencari jalan yang benar untuk kembali kepada Allah juga.
.-= Kujie´s last blog ..I was wrong. I was foolish. I don’t get to play by different rules =-.
[Balas Komen]
sokong dgn saranan wardina,
karyawan dr indonesia pndai mengolah sesuatu crita yg dpt menginsafkan kita.
cuba tonton “wanita berkalung serban”, crita indonesia crita yg penh emosi dan ciri2 keislaman nya still ader
.-= kambingbujang´s last blog ..Compilation of My Pregnancy Diary =-.
[Balas Komen]
setuju…tgk macam cerekarama semalam…si pelakon tutup aurat bertudung..tp sentuh ngan lelaki bukn muhrin…huhu..
[Balas Komen]
betul2.. i sokong you wardina becoz u r lawa and solehah! yeah! aku pun nak jadik film director laaa besar nanti..
.-= samanosuke_04´s last blog ..Eurotrip 2.0: Amsterdamned! (part 1) =-.
[Balas Komen]
bape kerat sgt la artis2 yg lain nk dgr psl ni..huhu
[Balas Komen]
hohohoho……peminat novel rupanya…….tak minat beli novel..tapi minat baca yg org beli je…tapi berbulan2 baru habis la…hahahaha
cadangan saya kepada Habiburrahman El-Shirazy : ambil wardina sebagai pelakon utk filem beliau utk akan dtg…kalau ada pengarah filem malaysia berkerja sama dgn beliau ok gak…jgn lupa wardina jadi watak utama……….memang mantop wardina berlakon. ” Cinta Madinah?
[Balas Komen]
Wardina memang best..artis kat malaysia ni banyak yang x boleh pakai..alhamdulillah..Wardina ni lain sikit..kahwin pun dengan orang biasa,xda nak cr orang kaya..tengok la apa jadi ngan Siti *Rohaliza*..korang tau sapa aku maksudkan..pakai tudung apa punya gaya ntah..sbab apa? sebab kahwin ngan dato’ huruf apa aku pun malas nak amik tau…
Kepada semua artis..contohi lah Wardina..korang tu public figure..malas lah nak ckp..korang bukan kecik lg..
.-= Oh!Perfumes´s last blog ..Davidoff Cool Water Deep EDT =-.
[Balas Komen]
Alhamdulillah, mmg sy skong 100% seruan Wardina kpd selebriti2 tanah air..supaya menunjukkan tauladan yang baik kpd siswa dan siswi diluar sana..
Filem dari Indonesia karya Habiburrahman El-Shirazy “Ketika Cinta Bertasbih 1 – 2″ memang best.. Ia berkisar tntng mencari pasangan dan hidup kekeluargaan mengikut syariat.. Disamping pelakonnya belajar di Cairo.. dan fasih berbahasa arab..
.-= Nikuve´s last blog ..Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H =-.
[Balas Komen]
jom kita sama2 kempen i support you wardina.. hehehe
.-= zuwairiaiman´s last blog ..Bio Aura Product code 101 =-.
[Balas Komen]
Saya setuju SANGAT!!.. dah melambak2 cerita CINTA yang tah hape2 skang nie, pastu ditambah pulak samseng2 rempit jalanan.. apa nie?? dah xde idea ke?? punyalah byk mende lain boleh dijadikan isu, tapi mende2 yang tak baik gak yang diketengahkan.. hermmm dunia2.. pemikiran yang besandarkan RM ( duit) saja yg mendorong pembikin filem tak kish semua nie… janji masyukkkk~
[Balas Komen]
ya….btul tu….filem & drama kita makin melampaui batas…sy cadangkan kte adakn satu pertandingan cerpen bertemakn islam…manatau mngkin dari sana kta dpt kmbngkn cerpen tersebut mnjdi filem kot…sy jngkakn ramai s2dnt will be interested…insyaallah…sekurang2nya kta usaha slmtkn saudara kta…
[Balas Komen]
200% setuju ngn wardina drama n filem melayu skrg ntah ape2 , pi mai2 jln citer yg sama.bosan n nk muntah . tak kenal hukum halal haram lgsg, main belasah je.
[Balas Komen]
salam.betul2…saya sokong pendpt yg tlh wardina utarakn..idea huahua menarik jgk!
[Balas Komen]
Susah nak jmp artis macam ni.Sokong wardina.Artis islam akhir zaman.
[Balas Komen]