Malam semalam semasa membuat blogwalking saya ada terbaca mengenai Kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail lebih kurang pada pukul 7.08 malam semalam, disalah sebuah blog yang saya singgah. Saya ‘twit’kan berita ini di Twitter untuk mendapatkan kepastian rakan-rakan Twitter yang lain. Ada rakan Twitter yang membalas dengan mengatakan ianya hanya khabar angin yang tidak betul. Tetapi ternyata, pagi ini apabila saya membaca Utusan Malaysia Online dan Berita Harian Online, berita Kemangkatan Sultan Johor sudah terpampang di muka hadapan akhbar, dengan ini membuktikan Sultan Johor sememangnya sudah benar-benar mangkat~
Dibawah ini, petikan yang saya ambil dari Utusan Malaysia Online.
JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.
Baginda berusia 77 tahun.
Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.
Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.
Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.
Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.
Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.
Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.
Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.
Sebagai salah seorang rakyat di Negeri Johor, saya tidak dapat lari dari perasaan sedih diatas kemangkatan baginda. Lebih-lebih lagi, saya adalah salah seorang rakyat Negeri Johor yang pernah bertemu dengan baginda sewaktu saya praktikal di RTM Johor Bahru selama 6 bulan bagi melengkapkan pembelajaran peringkat Sijil di Politeknik Johor Bahru beberapa tahun yang lalu. Biar pun terkenal dengan kegarangannya (komando… mestilah garang…), tetapi baginda juga terkenal dengan gelaran Sultan yang berjiwa rakyat. Semasa bertemu dengan Sultan Johor waktu baginda meminta pihak RTM JB membuat satu rakaman persembahan nyanyian dan tarian budaya di Auditorium untuk dihadiahkan kepada Sultan Brunai, saya dapati beliau masih lagi seorang yang aktif biar pun umurnya sudah mencecah 70 tahun.
Beliau tidak hanya duduk dikerusi untuk melihat persembahan yang dibuat. Tetapi beliau turut memantau bahagian kerja teknikal seperti bahagian kawalan sistem pencahayaan pentas dan sistem kawalan bunyi. Apa yang menariknya, setiap kali beliau berdiri dari tempat duduk dan bergerak ke sana-ke mari, kami juga akan turut berdiri sebagai tanda hormat kepada beliau. Melihat keadaan itu, apabila Sultan Johor melihat kami berdiri untuk menghormati beliau, beliau mengangkat tangan memberi isyarat supaya kami duduk dan menyambung pekerjaan yang dibuat dengan selesa….
Begitulah, serba sedikit pengalaman saya bertemu dengan Sultan Johor. Sama-samalah kita doakan agar roh baginda dicucuri rahmat… Al-Fatihah~
P/s: Jika korang ada baca kisah Petanda Disebalik Gerhana Matahari yang lepas, sudah pun diberitahu disitu~ Secara kebetulan. Wallahua’lam~
Popularity: 2% [?]


Inalillah..
sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah..
.-= aizuddin´s last blog ..(Face Your Manga) Buat Avatar Anda Dengan Percuma! =-.
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 26th, 2010 at 1:03 pm
@aizuddin, Al-Fatihah~ Amin~
[Balas Komen]
cye kne wat karangan tentang kemangkatan sultan johor tapi cye ta ta0 s0,cye cume ik0t kt petikan di atas sajuwp la..
:worried: :p
[Balas Komen]
mende ha?
X( :p
[Balas Komen]