Another Strange Girl Stories

Life And Fate Like A Wheel

Mitos Gerhana Bulan 2010

Tentu ramai yang sudah mengetahui mengenai 1 lagi kejadian ciptaan Allah s.w.t pada 1 Januari 2010, iaitu kejadian Gerhana Bulan Separa yang berlaku pada malam tadi. Untuk pengetahuan saya yang berada di area Muar ini tidak pun dapat melihat Gerhana Bulan yang berlaku. Ini kerana saya sudah pun terlena di ulik mayang pada pukul 1.00 malam tadi. Punyalah beria-ria ber’twit’ di Twitter, kononnya nak stay up untuk lihat gerhana bulan, akhirnya tertumpas juga saya di atasĀ  tilam dengan bantal ‘busyuk’ yang empuk ini… huhu~

Demi untuk tidak terkilan kerana tidak dapat melihat Gerhana Bulan yang berlaku, disini saya letakkan gambar Gerhana Bulan yang dapat saya ‘cilok’ dari blog BeliaMuda

Walaubagaimana pun, tak rasa rugi juga saya tertidur malam tadi, sebab ayah saya beritahu dia juga tidak dapat melihat gerhana kerana awan yang terlalu tebal meliputi seluruh angkasa raya area kampung saya pada malam tadi. Jadi bagaimana pula dikawasan korang? Dapat lihat gerhana tak? Read more…

Popularity: 7% [?]

posted by Akuro San in Hidup Akuro,sembang-sembang and have Comments (19)

Terbaik Sepanjang Tahun Ini

Tahun 2009 sudah pun hampir sampai ke penghujungnya. Kita hanya ada tinggal lagi 1 hari untuk melangkah ke Tahun Baru 2010. Bagaimana dengan kehidupan korang semua pada tahun ini? Mungkin ada yang melalui detik-detik bahagia, tidak kurang juga ada yang mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan pada tahun ini. Maka berazam dan berdoalah agar pada Tahun Baru yang bakal menjelang ini, kita akan memperoleh kehidupan yang lebih baik dan bahagia berbanding tahun-tahun yang lepas. Jika terdapat Wishlist yang tidak dapat dicapai pada tahun ini, maka bawalah wishlist itu ke tahun hadapan. Semoga ada rezeki kita untuk memenuhi wishlist tersebut di Tahun Baru yang bakal menjelang ini.

Oklah, sempena berakhirnya Tahun 2009 ini, saya ingin berkongsikan dengan korang semua status popularity entri-entri yang mendapat sambutan di blog nuristimewa.com ini. Jadi kepada sesiapa yang masih belum pernah baca entri-entri yang tersenarai dibawah, Read more…

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 3% [?]

posted by Akuro San in Celebration,Wordpress,sembang-sembang and have Comments (13)

Would you like to Login or Register ?