Macam mana agaknya korang mula mendapatkan idea menaip blog? Saya yakin, tentu ada pelbagai cara bagi seseorang blogger itu menghasilkan entri. Sama ada dengan mencari keyword terlebih dahulu, membaca surat khabar, mengambil tahu isu-isu semasa, mungkin juga dengan membuat travel atau jalan-jalan cari makan dan sebagainya. Apa yang kerap berlaku pada diri saya, bila waktu mandi, memasak, atau sedang bersiar-siar, macam-macam idea yang datang untuk menghasilkan entri baru.
Dan setiap kali idea itu datang, saya akan berlari mendapatkan laptop lalu saya taipkan tajuk terlebih dahulu didalam draft. Tapi apa yang lucunya, lepas saja taip tajuk, idea yang datang tadi terus hilang. Nak buat ayat pun, kena termenung beberapa minit dahulu. Kadang-kadang, boleh saya tanya pada diri sendiri pula, “Apa yang aku nak cerita nih tadi??” haha~ pelik sungguh!
Benar~ Bukan mudah untuk menghasilkan entri yang berinformasi dan berkualiti. Kadang-kadang saya dah buat draft untuk entri-entri yang seterusnya. Tapi bila nak publish saya akan terfikir, ada ker orang yang akan baca entri ini? Adakah entri ini mempunyai info yang berguna kepada pembaca? atau, Tidak terlalu peribadikah entri yang saya karang ini? huhu~ macam-macam pula yang difikirkan~ Begitu juga dengan entri kali ini. Read more…
Popularity: 10% [?]











