
Sudah hampir 1 minggu menyepi tanpa sebarang entri baru di blog ini. Terdapat beberapa komen entri yang tidak berbalas gara-gara terlalu buzy dengan kehidupan di alam nyata. Maaf terpaksa mengistiharkan hibernasi buat seketika kerana sedang menyesuaikan diri dengan sekitar tempat baru. Ketika ini, saya tidak lagi berada di kampung, tetapi berada di kawasan perindustrian yang berkaitan dengan pembelajaran yang saya terima di IPT sebelum ini. Apa yang pasti, saya bukan lagi seorang BLOGGER yang ada kalanya bekerja. Tetapi kini, saya seorang pekerja yang ada kalanya berblogging~ “Seterusnya…”
Popularity: 10% [?]
Kadang-kadang saya memiliki IDEA yang mencurah-curah untuk membuat entri baru di blog. Tetapi kadang-kadang bila dah mengadap depan laptop untuk taip entri baru, jadi blur pula. “Apa yang saya nak cerita tadi?” Inilah persoalan yang bermain difikiran saya. Pernah tak korang mengalami kedaan yang sama? huhu~

Perbualan dengan seorang rakan…
Kawan: Bosan duduk rumah, layan Photoshop saja.
Saya: Jom, buat blog~
Kawan: Tak nak lah. Malas nak update.
Saya: Oh, tak dapek nak nolong. =_=”
Ok, serious~ Tak dinafikan kadang-kadang memang rasa malas nak update blog. lebih-lebih lagi bila IDEA yang dapat untuk update blog tu, DAH HILANG. Bukan tak ada idea Ok~ hehe~ Dan bila terfikir balik, ya~ tak semua orang boleh jadi BLOGGER YANG TEGAR, bukan? “Seterusnya…”
Popularity: 18% [?]
Category: Humor, sembang-sembang
Tags: blogger, blogger cun, hilang ingatan, hilang punca, idea blog, idea kreatif, idea pembunuhan, ilham muslimah, pasang surut, pasangan ideal, pembunuhan 16 Comments

Dikala sedang khusyuk mencari bahan untuk menghasilkan entri baru, bilik saya telah diketuk dan diserbu oleh sepupu-sepupu saya yang datang bermalam dirumah pada malam semalam. Hah… apa lagi, alang-alang mereka dah masuk ke bilik saya dan bertanyakan apa yang sedang saya lakukan, saya pun memperkenalkanlah pada mereka apa itu B.L.O.G, apa kelebihan blog dan bagaimana mahu membuat blog yang lebih mudah tanpa bayaran. Maka dengan serta mertanya, mereka sudah pun tahu kewujudan seorang ‘blogger‘ diantara saudara-mara mereka, iaitu SAYA. huhu~
Disebabkan sudah lama tidak berjumpa, macam-macam juga yang sempat kami sembangkan malam tadi. Sambil-sambil itu, mereka nih sempat mengacau dengan meminta saya men’download’kan lagu-lagu yang diminati dari internet WiFi rumah saya nih. Siap buat planning lagi, lepas ini kalau mereka datang ke rumah saya, mereka nak bawa laptop sendiri untuk tumpang WiFi dirumah saya. huhu~ Sabar jer lah! Ada beberapa lagu lama dan baru yang saya download’kan untuk mereka antaranya, lagu Paparazzi-LadyGaga, Sleeq- Cun Saja, Fotograf- Kepintu Kasihmu, Melly Goeslow- Ketika Cinta Bertasbih, Derita Merindu- Ahli Fiqir dan beberapa lagu lain. Nak ikutkan, saya ni bukan jenis yang biasa dengar radio, jadi sebab dah download lagu-lagu tersebut, saya dengarlah juga~ Lagu Paparazzi-LadyGaga, best juga… boleh layan la~ Setakat dengar lagu sajalah. Tak perlu lihat penyanyi nya yang rupa tidak ubah seperti makhluk asing yang datang dari Planet Marikh itu. hoho~ “Seterusnya…”

Popularity: 18% [?]
Category: Hidup Akuro
Tags: blog, blogger, cinta antara kita, cinta dan kenangan, dendam dalam diam, derita merindu ahli fiqir, fatimah syarha, habiburrahman el shirazy, novel ramlee awang murshid, paparazzi ladygaga, pieces of me 9 Comments
Maklum Balas