Tag-Archive for » blogger cun «

Feb
01

Kadang-kadang saya memiliki IDEA yang mencurah-curah untuk membuat entri baru di blog. Tetapi kadang-kadang bila dah mengadap depan laptop untuk taip entri baru, jadi blur pula. “Apa yang saya nak cerita tadi?” Inilah persoalan yang bermain difikiran saya. Pernah tak korang mengalami kedaan yang sama? huhu~

Perbualan dengan seorang rakan…

Kawan: Bosan duduk rumah, layan Photoshop saja.
Saya: Jom, buat blog~
Kawan: Tak nak lah. Malas nak update.
Saya: Oh, tak dapek nak nolong. =_=”

Ok, serious~ Tak dinafikan kadang-kadang memang rasa malas nak update blog. lebih-lebih lagi bila IDEA yang dapat untuk update blog tu, DAH HILANG. Bukan tak ada idea Ok~ hehe~ Dan bila terfikir balik, ya~ tak semua orang boleh jadi BLOGGER YANG TEGAR, bukan? “Seterusnya…”

Popularity: 18% [?]

Dec
03

comic block

Masuknya bulan Disember ini telah genap setahun saya berkecimpung dalam Dunia Blog. Penulisan saya bermula dengan penulisan blog peribadi di Blogspot lalu kemudiannya menjadi blog ‘Strange Girl Stories‘. Selepas memenangi contest dari blog Azahamin, saya telah berpindah ke Wordpress.org dengan blog ‘Another Strange Girl Stories‘ pada bulan Julai 09 dengan bantuan Nikuve. Dalam masa setahun saya berblog ini, macam-macam perkara yang dapat saya lihat didalam dunia blog. Tak dinafikan dunia blog ini boleh diumpamakan seperti dunia nyata. Dimana ada sesetengah orang menjadikan blog sebagai tempat meluahkan perasaan apabila dunia terlalu sempit. Ada pula orang yang membuat blog untuk ber’poyo-poyo’an (ok, perkataan cipta sendiri. Faham-faham sendirilah apa makna poyo disitu~). Tidak ketinggalan juga dengan orang yang membuat blog hanya semata-mata kerana nak dapat wang dengan kadar segera.

Bagi yang aktif dalam dunia blog, korang tentu sedia maklum dengan isu yang hangat diperkatakan didalam dunia blog sekarang ini seperti kes ‘klik-klik nuffnang‘ dan kes ‘klik dapatwang‘. Walaubagaimana pun, saya tidak bercadang untuk mengulas apa-apa mengenai kes-kes ini kerana otai-otai blogger sendiri sudah ramai yang membuat ulasan dan nasihat yang terbaik kepada sesiapa yang terlibat dalam kes ini. “Seterusnya…”

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 14% [?]