
Saya pertama kali dengar lagu ‘Selagi Ada Rindu‘ ini waktu bekerja sementara di sebuah kedai baju berhampiran dengan kampung saya pada bulan Ramadhan yang lepas. Dua orang rakan sekerja saya nih, memang kerap buka lagu ni di handphone mereka. Siap buat ‘ringtone’ lagi. Kena pula handphone Nokia. Kalau dah berbunyi ringtone mesej dia, dari awal lagu, sampai akhir lagu, tak berhenti! Lepas tu, bermesej-mesej pula dengan boyfriend. Mahu 10 kali hantar mesej, 10 kali lagu tu berbunyi. Haish~ sampai boleh naik ‘mabuk’ saya dengar lagu nih. Bayangkan lah, kalau dalam 1 hari, kita kena dengar lagu ‘ringtone’ dia dari mula hingga habis, sampai berpuluh-puluh kali! sigh~
Secara jujurnya, saya agak kurang minat untuk dengar lagu-lagu yang liriknya mengagung-agungkan kekasih seperti ini. (Biasalah~ taste orang, lain-lain kan?) Tapi saya tak nafikan, petikan gitar versi asal untuk lagu ‘Selagi Ada Rindu‘ ini memang best! Read more…
Popularity: 17% [?]










