Malam tadi bermula pada pukul 11.45 mlm, satu semi satu dentuman mercun dan bunga api mula memecah heningan malam di kampung saya sebagai ‘mukadimah’ sebelum masuknya ‘Tahun Baru Cina’ pada pukul 12 mlm. Manakala apabila tepat pada pukul 12 mlm nya, bagaikan bunyi sebuah ‘peperangan’, hampir seluruh kawasan kampung saya dengan serentak berdentum dengan pelbagai bunyi dan rupa mercun yang berwarna-warni. Dibawah ini 2 buah gambar ‘bunga api’ yang paling besar dan kuat bunyinya yang sempat saya rakamkan dengan DSLR saya.
Gambar mungkin tak berapa ‘cun’ sebab saya letak setting untuk shutter speed dan apature tu, main hentam jer. Maklumlah, nak shot dengan cepat~ Tak banyak gambar yang jadi. Yang kat bawah ni, yang kira ok sikit berbanding yang lain. Itu pun macam gegar-gegar jadinya gambar tu. Mungkin sebab tangan saya tak berapa tetap kot. huhu~ Read more…
Popularity: 17% [?]











