Debaran PRU13- Siapakah Yang Patut Kita Undi?

pru13

Debaran PRU13 kian terasa. Semalam, 20 April 2013, berlangsungnya Hari Penamaaan Calon PRU 13 di seluruh Malaysia yang telah menamatkan teka-teki dan spekulasi siapakah calon-calon Parlimen dan DUN yang akan bertanding pada PRU 13 ini. Dimana selepas hari penamaan calon, maka bermulalah hari berkempen yang diberi masa 15 hari oleh SPR.

Setelah mengetahui Senarai Penuh Calon-Calon (BN, PR dan BEBAS) PRU 13 Johor, atau senarai calon-calon ditempat anda, maka sudahkah anda mengambil keputusan, Siapakah yang patut anda undi pada Hari Pilihan Raya, 5 Mei 2013 nanti?

Sebagai salah seorang pengundi baru, mungkin agak sukar untuk membuang undi sekiranya kita tidak pasti siapakah calon yang layak kita undi. Lebih-lebih lagi sekiranya tempat kita diletakkan calon-calon muka baru yang tidak kita kenali dan tidak pasti sama ada orang tersebut bagus atau tidak. Sekiranya kita tidak berpihak pada mana-mana 2 parti besar, mungkin Parti Bebas akan menjadi salah satu pilihan kita. Itu pun, ikut juga pada apa yang mereka ingin perjuangkan sekiranya mereka menang Pilihan Raya ini. [Read more…]