Another Strange Girl Stories

Life And Fate Like A Wheel

Sokong Dengan ‘Rayuan Wardina’

Jika korang ada baca akhbar Utusan Malaysia pada 18 Feb yang lepas, di bahagian Hiburan/Hits, selain terdapat berita mengenai Konsert Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Aizat, terdapat satu artikel bertajuk ‘Rayuan Wardina Kepada Selebriti‘ yang menarik perhatian saya. Dimana rayuan dari artis yang terkenal dengan sebagai model iklan Shampoo Sunsilk ini telah menggerakkan hati saya untuk menaip entri blog pada kali ini untuk memberi SOKONGAN PADU pada Wardina yang berani melangkah kehadapan menyeru para artis di Malaysia ini agar menunjukkan tauladan yang baik kepada masyarakat.

Kalau korang belum pernah baca artikel ‘Rayuan Wardina Kepada Selebriti‘ ini, korang boleh baca petikan kata-kata Wardina dibawah ini.

“Saya menyeru supaya artis-artis kita menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat. Contohnya, bagi yang bercinta atau bukan muhrim jangan berpegang tangan di depan khalayak termasuklah melalui media massa. Read more…

Popularity: 14% [?]

posted by Akuro San in Berita,Hiburan and have Comments (16)

Derita Merindu- Cinta Atau Dendam?

Dikala sedang khusyuk mencari bahan untuk menghasilkan entri baru, bilik saya telah diketuk dan diserbu oleh sepupu-sepupu saya yang datang bermalam dirumah pada malam semalam. Hah… apa lagi, alang-alang mereka dah masuk ke bilik saya dan bertanyakan apa yang sedang saya lakukan, saya pun memperkenalkanlah pada mereka apa itu B.L.O.G, apa kelebihan blog dan bagaimana mahu membuat blog yang lebih mudah tanpa bayaran. Maka dengan serta mertanya, mereka sudah pun tahu kewujudan seorang ‘blogger‘ diantara saudara-mara mereka, iaitu SAYA. huhu~

Disebabkan sudah lama tidak berjumpa, macam-macam juga yang sempat kami sembangkan malam tadi. Sambil-sambil itu, mereka nih sempat mengacau dengan meminta saya men’download’kan lagu-lagu yang diminati dari internet WiFi rumah saya nih. Siap buat planning lagi, lepas ini kalau mereka datang ke rumah saya, mereka nak bawa laptop sendiri untuk tumpang WiFi dirumah saya. huhu~ Sabar jer lah! Ada beberapa lagu lama dan baru yang saya download’kan untuk mereka antaranya, lagu Paparazzi-LadyGaga, Sleeq- Cun Saja, Fotograf- Kepintu Kasihmu, Melly Goeslow- Ketika Cinta Bertasbih, Derita Merindu- Ahli Fiqir dan beberapa lagu lain. Nak ikutkan, saya ni bukan jenis yang biasa dengar radio, jadi sebab dah download lagu-lagu tersebut, saya dengarlah juga~ Lagu Paparazzi-LadyGaga, best juga… boleh layan la~ Setakat dengar lagu sajalah. Tak perlu lihat penyanyi nya yang rupa tidak ubah seperti makhluk asing yang datang dari Planet Marikh itu. hoho~ Read more…

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 6% [?]

posted by Akuro San in Hidup Akuro and have Comments (10)

Would you like to Login or Register ?