Hukum Solat Bila Bersolek Dan Memakai Telekung Berwarna

Pada masa kini, kita boleh lihat ada pelbagai jenis telekung wanita yang memiliki pelbagai fesyen dan warna berbanding telekung pada zaman dahulu yang lebih sinonim dengan warna putih sahaja. Sejenak melihat mereka yang memakai telekung berwarna-warni ketika bersolat, timbul juga rasa kagum dihati saya. Ini kerana ada sesetengah orang yang suka untuk bercantik-cantik hanya bila hendak keluar rumah atau berjumpa dengan kekasih hati, tetapi tidak bila ingin mengadap Allah SWT…

telekung lace

:idea:  Sumber Gambar: Telekung Lycralicious

Adakalanya kita sibuk mencari pakaian baru bila pakaian yang ada sudah comot dan lusuh, tetapi jarang sekali kita terfikir untuk menukar telekung yang kita gunakan setiap hari untuk mengadap Allah SWT. Kadang-kadang hingga telekung sudah lusuh dan bertahi lalat pun, kita masih juga menggunakannya. Jika kita suka bercantik-cantik untuk dilihat oleh manusia, kenapa tidak kita kekalkan rasa ingin kelihatan cantik dan kemas apabila hendak bersolat dan mengadap ‘Si Maha Pencipta’? Bukankah ianya lebih baik dan mengikut Sunnah Nabi juga… [Read more...]