Selepas membuat bank-in pada hari rabu yang lepas, saya menunggu kehadiran ‘teman baru‘ hidup saya yang diberitahu akan diposkan pada petang itu juga dengan menggunakan perkhidmatan ‘Nationwide‘. Jika sebelum ini saya pernah membeli ‘T-Shirt Blogger Tee‘ dari Saffawati yang dihantar menggunakan Pos Laju Malaysia, ianya hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk t-shirt itu sampai ke rumah saya. Sesuai dengan motto nya, ‘Dijamin Sampai Esok!‘. Jadi untuk ‘teman baru‘ yang saya beli secara online pada kali ini, saya menjangkakan ianya akan sampai dalam masa satu atau dua hari sahaja. Walaubagaimana pun, jangkaan saya meleset! Setelah menunggu sehingga hari Jumaat, ‘teman baru‘ yang dinanti masih belum sampai juga. Dengan penuh kesabaran, saya tunggu juga sehingga hari Sabtu.
Dipendekkan cerita, selepas menghubungi pihak ‘NationWide Muar‘ dan orang yang menjual ‘teman baru‘ itu mengenai status barang yang dihantar, akhirnya pihak ‘NationWide Muar‘ memberitahu yang ‘teman baru‘ saya berada di ‘NationWide Tangkak‘ dan sedang dalam perjalanan untuk dihantar ke rumah saya. “Seterusnya…”
Popularity: 28% [?]


















Maklum Balas