Diharapkan masih belum terlambat untuk saya mengeluarkan entri ‘Blogger- We Care‘ ini…
Popularity: 4% [?]
Diharapkan masih belum terlambat untuk saya mengeluarkan entri ‘Blogger- We Care‘ ini…
Popularity: 4% [?]

Masuknya bulan Disember ini telah genap setahun saya berkecimpung dalam Dunia Blog. Penulisan saya bermula dengan penulisan blog peribadi di Blogspot lalu kemudiannya menjadi blog ‘Strange Girl Stories‘. Selepas memenangi contest dari blog Azahamin, saya telah berpindah ke WordPress.org dengan blog ‘Another Strange Girl Stories‘ pada bulan Julai 09 dengan bantuan Nikuve. Dalam masa setahun saya berblog ini, macam-macam perkara yang dapat saya lihat didalam dunia blog. Tak dinafikan dunia blog ini boleh diumpamakan seperti dunia nyata. Dimana ada sesetengah orang menjadikan blog sebagai tempat meluahkan perasaan apabila dunia terlalu sempit. Ada pula orang yang membuat blog untuk ber’poyo-poyo’an (ok, perkataan cipta sendiri. Faham-faham sendirilah apa makna poyo disitu~). Tidak ketinggalan juga dengan orang yang membuat blog hanya semata-mata kerana nak dapat wang dengan kadar segera.
Bagi yang aktif dalam dunia blog, korang tentu sedia maklum dengan isu yang hangat diperkatakan didalam dunia blog sekarang ini seperti kes ‘klik-klik nuffnang‘ dan kes ‘klik dapatwang‘. Walaubagaimana pun, saya tidak bercadang untuk mengulas apa-apa mengenai kes-kes ini kerana otai-otai blogger sendiri sudah ramai yang membuat ulasan dan nasihat yang terbaik kepada sesiapa yang terlibat dalam kes ini. Read more…
Popularity: 4% [?]
Kepada pengunjung blog, sudi-sudilah meninggalkan jejak dan menegur saya di 'Kotak Borak' ini ya. Kepada sesiapa yang nak Exchange Link, korang boleh tinggalkan komen di Blogosphere.
Selain itu, saya juga menjemput korang untuk menulis autograf disini...
Terima Kasih~