
Selepas membuat bank-in pada hari rabu yang lepas, saya menunggu kehadiran ‘teman baru‘ hidup saya yang diberitahu akan diposkan pada petang itu juga dengan menggunakan perkhidmatan ‘Nationwide‘. Jika sebelum ini saya pernah membeli ‘T-Shirt Blogger Tee‘ dari Saffawati yang dihantar menggunakan Pos Laju Malaysia, ianya hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk t-shirt itu sampai ke rumah saya. Sesuai dengan motto nya, ‘Dijamin Sampai Esok!‘. Jadi untuk ‘teman baru‘ yang saya beli secara online pada kali ini, saya menjangkakan ianya akan sampai dalam masa satu atau dua hari sahaja. Walaubagaimana pun, jangkaan saya meleset! Setelah menunggu sehingga hari Jumaat, ‘teman baru‘ yang dinanti masih belum sampai juga. Dengan penuh kesabaran, saya tunggu juga sehingga hari Sabtu.
Dipendekkan cerita, selepas menghubungi pihak ‘NationWide Muar‘ dan orang yang menjual ‘teman baru‘ itu mengenai status barang yang dihantar, akhirnya pihak ‘NationWide Muar‘ memberitahu yang ‘teman baru‘ saya berada di ‘NationWide Tangkak‘ dan sedang dalam perjalanan untuk dihantar ke rumah saya. “Seterusnya…”
Popularity: 28% [?]
Category: Hidup Akuro, photography
Tags: blogger tee, mat despatch, nationwide express muar, nikon d40, nikon d60, nikon d90, pos malaysia, poslaju malaysia, saffawati, welcome to the dark side 23 Comments

Kek yang dihadiahkan oleh junior pd tahun lepas semasa saya di IPT
Pada 19 November yang lepas telah genap umur saya yang berada di pertengahan 20-an… Happy Birthday saya ucapkan buat diri saya sendiri, kepada Liza Hanim, dan kepada Puteri Reformasi (Nurul Izzah Anwar) yang saya ketahui mempunyai tarikh lahir yang sama dengan saya. Happy Birthday juga saya ucapkan kepada sesiapa yang sama-sama lahir dalam bulan November ini. Berbeza dengan birthday saya sebelum ini, rasanya inilah untuk pertama kalinya saya tidak menyambut birthday atau membuat something special untuk diri saya pada hari tersebut. Ini kerana pada hari Khamis, 19 Nov, saya sangat sibuk membantu Mak saya membuat Nasi Lemak untuk dihantar ke Masjid. Dan sebelum saya berangkat ke KL untuk menghantar kakak saya menyertai Konvokesyen, moderm wifi kakak saya telah mengalami kerosakan. Baru semalam, juruteknik TM Net datang ke rumah saya untuk check kerosakan wayar telefon dan sebagainya. Barulah dapat tahu yang moderm kakak saya tu dah rosak. Mujur TM Net ada waranty untuk ganti balik moderm wifi yang rosak selagi kita masih menggunakan Streamyx. Bagi saya perkhidmatan TM Net masih lagi OK, jadi perlu ker kita ‘potong’? Lagipun kalau nak guna P1 Max, signal dia tak sampai lagi kat kampung saya. Setakat kat Bandar Muar jer yang ada… huhu~ “Seterusnya…”

Popularity: 26% [?]
Category: Hidup Akuro, sembang-sembang
Tags: anycool d3000, best d3000, d3000 cameras, d3000 malaysia, d3000 nikon, d3000 nikon price, d3000 price, d3000 review, hajj and umrah, Liza Hanim, nikon d60, nikon d60 review, nikon d90, nikon d90 review, Nurul Izzah Anwar, puteri reformasi, tokeikedai online, umrah dan ziarah, umrah malaysia 12 Comments
Maklum Balas