Sedar tak sedar, sudah hampir 2 bulan blog ‘Another Strange Girl Stories‘ ini tidak ber’update. Setiap kali membuka email, berpuluh ‘new email‘ yang masuk bertanyakan hal ‘Harga DSLR‘ dan ‘Tips Memerlihara Arnab‘. Menyusun 10 jari memohon maaf kepada sesiapa yang ada menghantar email, kerana buat masa ini, saya masih belum mampu untuk membalas setiap email yang datang. Walaubagaimana pun, saya akan cuba mencuri masa untuk membalas email tersebut tidak lama lagi.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa saya tiba-tiba menyepi dari dunia blog? Jika korang pernah membaca entri diblog ini yang bertajuk ‘My New Journey‘, korang sudah tentu telah sedia maklum yang kini saya sudah pun menjadi salah seorang insan yang berkerjaya. Jadi aktiviti blogging kini telah menjadi aktiviti sampingan sahaja. Bukan sepenuh masa seperti dahulu… Walaubagaimana pun, saya masih belum mengistiharkan diri untuk berhenti berblog… huhu~ Read more…
Popularity: 6% [?]




Hari ini saya bertungkus-lumus dari pagi sampai ke petang belajar cara-cara nak menambah beberapa fungsi di wordpress.org berserta meng’install beberapa jenis plugins yang sesuai dengan template blog saya. Apa yang membuatkan saya rasa paling seronok, bila saya berjaya menemui plugins yang sesuai untuk memasang Favicon di blog ini. Bayangkan lah, sebelum ni dah banyak kali cuba tapi tak jadi-jadi. Akhirnya, Alhamdulillah… petang tadi menjadi juga favicon tu… Semasa menggeledah setiap plugins yang ada di WordPress.org, saya dapati terdapat banyak plugins yang saya sendiri tak pasti sama ada ianya plugins yang penting atau tidak. Nak upload plugins banyak-banyak, takut jadi berat pula blog nanti. Jadi buat masa ni saya upload plugins yang hanya boleh berfungsi dengan template blog saya sahaja. 









