Ok, bagi sesiapa yang ada terbaca entri yang pernah saya keluarkan 2 hari lepas, tentu akan tertanya-tanya kemana menghilangnya entri itu… hehe~
Sebenarnya entri semalam tu saya keluarkan sekadar untuk menguji pemahaman dalam bermain dengan ‘keyword‘ dan SEO. Jadi disebabkan saya rasa entri semalam tu macam entri yang ‘hampez‘, jadi saya ambil keputusan untuk ‘nyah‘kan saja entri tersebut dari blog ini.

Dalam kepala saya sekarang ni tengah fikir bagaimana untuk menyertai contest oh dawie dan apakah nasib kedudukan penyertaan contest ‘Hidup Berani Untuk Gagal‘. Mujurlah ada movie ‘GENG Upin & Ipin, Pengembaraan Bermula‘ yang ditayangkan di TV9 pada pukul 9.30 mlm tadi. Lengang sikit pemikiran saya selepas menonton movie tersebut. Tak dinafikan, movie ‘GENG Upin & Ipin‘ memang best! Lagi best kalau menonton di pawagam dengan bunyi sound effect yang sangat bagus, terutamanya waktu pertarungan Ibu Opey dan Ular Gergasi.

Oklah, sekarang nih nak cerita pasal Nuffnang. Masih ada rakan blogger yang belum tahu apa itu Nuffnang ker? Rasanya semua dah tahu kan? Biasanya kalau baca entri bertajuk Nuffnang diblog orang lain, mesti akan cerita pasal mereka dah berjaya cashout, dah dapat campaign, atau dah dapat cek dari Nuffnang. Read more…
Popularity: 8% [?]











