Tag-Archive for » pengaruh penulis blog «

Jan
26

Selepas 25 laporan polis dibuat, dan blognya dihentam oleh pelbagai pihak, akhirnya pemilik blog Aduka Taruna datang menyerah diri di Balai Polis Kota Bahru pada hari semalam. Aduka Taruna telah ditahan dibawah AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998, Seksyen 233 diatas kesalahannya menghina Almarhum Sultan Johor didalam blognya pada hari Jumaat yang lepas. Dengan ini, diharapkan kes seperti ini dijadikan pengajaran dan tidak berlaku lagi kepada blogger-blogger Malaysia yang lain.

Dibawah ini, saya sertakan apa yang tertulis didalam Akta 588, Seksyen 233 untuk peringatan kita bersama.

AKTA 588
AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X – AM
Bab 2 – Kesalahan Dan Penalti Tambahan

——————————————————-

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang— “Seterusnya…”

Popularity: 26% [?]

Dec
22

Macam mana agaknya korang mula mendapatkan idea menaip blog? Saya yakin, tentu ada pelbagai cara bagi seseorang blogger itu menghasilkan entri. Sama ada dengan mencari keyword terlebih dahulu, membaca surat khabar, mengambil tahu isu-isu semasa, mungkin juga dengan membuat travel atau jalan-jalan cari makan dan sebagainya. Apa yang kerap berlaku pada diri saya, bila waktu mandi, memasak, atau sedang bersiar-siar, macam-macam idea yang datang untuk menghasilkan entri baru.

Dan setiap kali idea itu datang, saya akan berlari mendapatkan laptop lalu saya taipkan tajuk terlebih dahulu didalam draft. Tapi apa yang lucunya, lepas saja taip tajuk, idea yang datang tadi terus hilang. Nak buat ayat pun, kena termenung beberapa minit dahulu. Kadang-kadang, boleh saya tanya pada diri sendiri pula, “Apa yang aku nak cerita nih tadi??” haha~ pelik sungguh!

Benar~ Bukan mudah untuk menghasilkan entri yang berinformasi dan berkualiti. Kadang-kadang saya dah buat draft untuk entri-entri yang seterusnya. Tapi bila nak publish saya akan terfikir, ada ker orang yang akan baca entri ini? Adakah entri ini mempunyai info yang berguna kepada pembaca? atau, Tidak terlalu peribadikah entri yang saya karang ini? huhu~ macam-macam pula yang difikirkan~ Begitu juga dengan entri kali ini. “Seterusnya…”

Popularity: 25% [?]

Dec
03

comic block

Masuknya bulan Disember ini telah genap setahun saya berkecimpung dalam Dunia Blog. Penulisan saya bermula dengan penulisan blog peribadi di Blogspot lalu kemudiannya menjadi blog ‘Strange Girl Stories‘. Selepas memenangi contest dari blog Azahamin, saya telah berpindah ke Wordpress.org dengan blog ‘Another Strange Girl Stories‘ pada bulan Julai 09 dengan bantuan Nikuve. Dalam masa setahun saya berblog ini, macam-macam perkara yang dapat saya lihat didalam dunia blog. Tak dinafikan dunia blog ini boleh diumpamakan seperti dunia nyata. Dimana ada sesetengah orang menjadikan blog sebagai tempat meluahkan perasaan apabila dunia terlalu sempit. Ada pula orang yang membuat blog untuk ber’poyo-poyo’an (ok, perkataan cipta sendiri. Faham-faham sendirilah apa makna poyo disitu~). Tidak ketinggalan juga dengan orang yang membuat blog hanya semata-mata kerana nak dapat wang dengan kadar segera.

Bagi yang aktif dalam dunia blog, korang tentu sedia maklum dengan isu yang hangat diperkatakan didalam dunia blog sekarang ini seperti kes ‘klik-klik nuffnang‘ dan kes ‘klik dapatwang‘. Walaubagaimana pun, saya tidak bercadang untuk mengulas apa-apa mengenai kes-kes ini kerana otai-otai blogger sendiri sudah ramai yang membuat ulasan dan nasihat yang terbaik kepada sesiapa yang terlibat dalam kes ini. “Seterusnya…”

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 14% [?]