Wordless Wed – Masakan Tradisi Hari Raya 2013

resepi rendang daging

Rendang Daging

resepi lodeh putih johor

Lodeh Putih Johor [Read more…]

Masakan Hari Raya Aidil’Adha Yang Lalu

Ok~ Ok~ Mungkin sudah terlalu lewat untuk saya siarkan entri berkaitan dengan Hari Raya Aidil’Adha ini. Walaubagaimana pun, saya siarkan juga entri ini bagi rujukan saya dimasa akan datang. Untuk pengetahuan, ketika menjelangnya Hari Raya Haji pada 17 November 2010 yang lepas, ketika korang semua sedang bercuti dan beraya, saya bersama-sama dengan beberapa orang rakan sekerja sanggup beraya dengan menunggu pesawat di Hangar. Dengan erti kata lain, saya beraya ditempat kerja…

Dengan berbekalkan seekor ayam kampung yang disembelih oleh ayah saya, seekor ayam daging, ketupat segera dan 10 biji anyaman ketupat yang dibuat oleh kakak saya, maka saya berjaya juga membuat hidangan masakan raya dan menjamu rakan-rakan sekerja di Hangar pada pagi Hari Raya tersebut. Memandangkan ini adalah kali pertama saya masak hidangan raya, maka saya siarkan resepi Masakan Hari Raya Aidil’Adha ini untuk rujukan saya dan sesiapa saja untuk hari raya yang akan datang…

Kata-kata hikmat dari Technicians Line 4, Abg Man yang merasa masakan saya…

Memang elok sangatlah, kau belajar memasak lauk raya macam nih. Practice untuk masa akan datang. Bukan apa, sebab kita nih, ‘Orang Tua’ kita dah tak ada... Macam isteri aku dulu, kelam-kabut tanya kakak aku macam mana nak masak lauk raya. Apa yang kau lalui, aku pun dah pernah lalui… [Read more…]