Say Who? Say, Whoopie Pie !!

Siapa pernah makan Whoopie Pie? Kepada sesiapa yang pernah makan Whoopie Pie, sila angkat laptop anda! Tetapi jika belum pernah makan, tak perlu buat apa-apa. Duduk diam-diam, sambung baca entri ini. huhu~

red velvet whoopie pie

Ok lah, untuk pengetahuan Whoopie Pie ini adalah makanan pencuci mulut yang laris di US. Ianya adalah gabungan pai, kek, dan biskut (cookie). Pada permulaan sejarah Whoopie Pie ini, ianya adalah salah satu makanan pencuci mulut yang dimasak dan dibungkus oleh wanita ‘Pennsylvania Amish (Dutch)’ untuk dijadikan bekal makanan tengah hari kepada para petani. Dimana, setiap kali tiba waktu makan tengah hari, para petani akan menjerit, “Whoopie !!…” Maka dari situlah pencuci mulut ini mendapat nama ‘Whoopie Pie‘. Sebelum diberi nama whoopie pie, pencuci mulut ini lebih dikenali dengan nama ‘hucklebucks‘ atau ‘creamy turtles‘. Para petani percaya, pencuci mulut ini asalnya dibuat dari sisa lebihan kek.

Begitulah serba sedikit sejarah mengenai Whoopie Pie. Sekarang nih, dah tahu sejarah Whoopie Pie. Nak dia punya resepi tak? [Read more…]