Malam semalam semasa membuat blogwalking saya ada terbaca mengenai Kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail lebih kurang pada pukul 7.08 malam semalam, disalah sebuah blog yang saya singgah. Saya ‘twit’kan berita ini di Twitter untuk mendapatkan kepastian rakan-rakan Twitter yang lain. Ada rakan Twitter yang membalas dengan mengatakan ianya hanya khabar angin yang tidak betul. Tetapi ternyata, pagi ini apabila saya membaca Utusan Malaysia Online dan Berita Harian Online, berita Kemangkatan Sultan Johor sudah terpampang di muka hadapan akhbar, dengan ini membuktikan Sultan Johor sememangnya sudah benar-benar mangkat~
Dibawah ini, petikan yang saya ambil dari Utusan Malaysia Online.
JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.
Baginda berusia 77 tahun.
Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam.
Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Read more…
Popularity: 6% [?]











