Tips Penjagaan Arnab

Ok, untuk entry kali nih, saya nak berkongsi tips penjagaan untuk memerlihara salah satu haiwan berbulu dan bertelinga panjang, iaitu Arnab. Atau dalam bahasa Inggerisnya, dipanggil RABBIT. Bagaimanakah rupa arnab a.k.a rabbit? Dibawah inilah gambarnya… (ok, cukup~ jangan nak poyo-poyo yerk, Akuro~ dush!).

rabbit

Ya, selain menulis blog dan menjual baju raya (dah abis raya, dah tak jual baju raya lagi dah~), saya juga ada membela arnab yang juga menjadi mata pencarian saya sepanjang berada dikampung. Buat masa ini, sudah ada berbelas ekor arnab yang sudah saya jual di ‘Pasar Lambak, Bukit Gambir’ dengan harga yang berpatutan. (ermm~ berpatutan ker? huhu~) Diatas permintaan seorang rakan yang baru mula hendak memerlihara arnab, disini ada sediakan beberapa tips yang saya gunakan untuk memerlihara arnab. Ok, Dari mana patut saya mula ya? Ok, arnab nih dia ada macam-macam jenis. Nak tahu jenis-jenis dia, kamu boleh lihat di sini…

Antara beberapa perkara yang perlu kamu tahu untuk memerlihara arnab adalah;

Makanan

Jika kita lihat dipasaraya, makanan arnab yang biasanya ada dijual adalah PELLET. Saya biasa panggil benda nih, dedak arnab. Pellet nih rupa dia panjang-panjang. seperti gambar dibawah. [Read more...]