Another Strange Girl Stories

Life And Fate Like A Wheel

Tahniah, Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24)

Keputusan Juara Lagu Ke-24 (2010)~

Tempat Pertama: Pergi- Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo, Amran Omar)

Tempat Kedua: Dan Sebenarnya- Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)

Tempat Ketiga: Becinta- Faizal Ismail Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)

Persembahan Terbaik: Kau Aku- Aizat

Vokal Terbaik: Black

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan saya berpuas hati dengan pemenang Pertandingan AJL24 kali ini. Cuma semasa membaca Twitter rakan-rakan lain, ada yang tidak berpuas hati sebab Kumpulan Bunkface tak menang. Read more…

Popularity: 3% [?]

posted by Akuro San in Hiburan and have Comments (9)

Versi EP Lirik Lagu ‘Yuna-Blue Sands’

Pertama kali mendengar muzik lagu ini membuatkan hati saya tersentuh. Jika mendengar sesebuah lagu yang menbuatkan hati saya berdetik, saya sudah boleh menjangkakan lirik lagu tersebut biasanya akan menyatakan perasaan yang pernah saya alami. Selepas mendengar lagu tersebut untuk kali pertama, saya putar dan dengarkan semula lagu tersebut untuk kali ke-dua. Sambil itu saya hayati lirik lagu tersebut. Seperti yang dijangkakan, memang ‘terkena’ lirik lagu tersebut dengan diri saya. huhu~

Lagu ‘Blue Sands‘ yang dinyanyikan oleh Yunalis Zarai ini ada dua versi. Bagi saya kedua-dua versi lagu ini memang best. Saya suka kedua-duanya. Lirik lagu versi pertama lagu ini mempunyai lirik yang lebih jelas mengenai perasaan yang dialami oleh seseorang itu. Saya sukakan lirik lagu ini yang asal. Berbanding versi ke dua lirik lagu ini, terdapat sedikit perubahan pada lirik lagu tersebut, tetapi masih tidak lari dari maksud asal lirik lagu itu. Walaubagaimana pun, versi kedua lagu ini mempunyai kekuatan dari segi alunan muziknya. Saya sukakan rentak petikan ‘music keyboard‘ pada beberapa minit terakhir lagu ini kerana ia serba sedikit mengingatkan saya pada petikan ‘music keyboard‘ lagu ‘Blurry- Puddle Of Mudd‘ yang sangat saya minati beberapa tahun yang lalu. Read more…

Popularity: 5% [?]

posted by Akuro San in Hiburan,MP3 and have Comments (6)

Diriku, Kisah Eksiden Bersama Yuna & Prosperity Burger!

Ok, sejak dua menjak Mak Cik saya mula bekerja dengan membawa kereta, saya sendiri telah jadi ‘patah kaki‘. Dah tak boleh nak bergerak kesana- kemari kerana tiada kenderaan yang boleh saya bawa. Yang ada dirumah, tinggal kereta Putra sahaja. Sayangnya, saya memang tak pernah drive kereta Putra tersebut kerana Ayah saya tidak membenarkan saya membawanya. Kenapa Ayah saya tak beri saya drive kereta Putra? Sebab saya pernah pecahkan rekod dengan mengalami 3 kali eksiden berturut-turut sejak membawa kereta ketika di IPT dahulu. Well~ kata orang, kita takkan mahir bawa kereta kalau tidak pernah eksiden. Erkk~ betul ker? huhu~

Disebabkan saya dah tak boleh bergerak, maka beberapa hari yang lepas saya ada pesan dengan kakak saya minta dia belanja Burger Prosperity yang saya tidak ‘miss’ makan tiap-tiap tahun nih. Jadi petang semalam, kakak saya sudah pun belikan Prosperity Burger sebanyak 3 bungkus. Hurmm~ apa lagi, seronok lah saya! Makan puas-puas! Tapi, tak der lah saya makan semua 3 bungkus tu… Makan bersama keluarga lah~ Read more…

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 5% [?]

posted by Akuro San in Hidup Akuro,sembang-sembang and have Comments (10)

Would you like to Login or Register ?