Keputusan Juara Lagu Ke-24 (2010)~
Tempat Pertama: Pergi- Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo, Amran Omar)
Tempat Kedua: Dan Sebenarnya- Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
Tempat Ketiga: Becinta- Faizal Ismail Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
Persembahan Terbaik: Kau Aku- Aizat
Vokal Terbaik: Black
Secara keseluruhannya, boleh dikatakan saya berpuas hati dengan pemenang Pertandingan AJL24 kali ini. Cuma semasa membaca Twitter rakan-rakan lain, ada yang tidak berpuas hati sebab Kumpulan Bunkface tak menang. Saya juga ada menjangka yang kumpulan Bunkface akan menang Persembahan Terbaik. Tapi dah tak der rezeki kan~ Tak per, bagi yang tak berjaya tu, cuba lagi di lain kali ya~
Kalau nak ikutkan, boleh dikatakan semua peserta AJL24 kali ini mempunyai persembahan tersendiri yang menarik. Jika Bunkface membuat persembahan menyanyi bersama Juara Idola Kecil, Aizat pula dengan kanak-kanak sekolahnya. Stacy dengan kecergasan tarian dan suaranya yang lantang, manakala Yuna pula beraksi dengan ‘Piano Mainan‘ di awal persembahannya. Dan akhir sekali, agak mengejutkan bila Faizal Tahir muncul membuat persembahan bersama TONGKAT disisi! Ini dengan bertongkat-tongkat nih, takkan ‘gimik‘ gak kot? huhu~ Tentu para Juri pun sukar untuk memilih siapa yang boleh dinobatkan sebagai pemenang pada kali ini. Mahu kalau tersalah pilih pemenang, takut ada pula yang bakar TV nanti! huhu~
Sementara menunggu keputusan pemenang bagi AJL24, rancangan ini telah dilanjutkan dengan persembahan Jeffrydin bersama kumpulannya, JayJay bersama kumpulannya (dengan rambut Alleycat! huhu~), Amy bersama kumpulan Search dan akhir sekali, kumpulan Meet Uncle Hussein dengan lagu ‘Raja Drama‘ yang dinyanyikan duet oleh Black dan Lan Hazama/Zero. Waktu lihat persembahan Amy dan kumpulan Search, saya rasa macam betul-betul nostalgia lah… Dengan pakaian mereka… Tak ubah seperti pada zaman mereka tengah ‘Top‘ dulu. Saya ingat, kumpulan Search nih popular waktu saya masih Darjah 1, kot… huhu~
Oklah. Cukup setakat ini saya merepek mengenai AJL24. Makin lama saya pegang ‘keyboard laptop‘ nih, lagi banyak yang akan saya taip nanti. Baik saya berhenti sekarang~ huhu~
Jadi, apa pula pendapat korang mengenai AJL24 kali ini? Jangan lupa, ceritakan luahan hati anda mengenai AJL24 ini diruangan komen. ok~
Popularity: 1% [?]


ade yang cakap aizat menang sebab nak exploit tema 1 malaysia.. betul ke?
pastu yang nyanyi ngan black tu bukan lan.. penyanyi lain name zero rasanya.. yang tiru gaya bandi.. lan dah botak skang.. hehe
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 12th, 2010 at 11:43 am
@zaiMi, huhu~ itu la~ alah apapun, dah rezeki aizat kot~
ermm~ yang dengan black tuh, saya dah tukar dah~ thanks~
[Balas Komen]
FT tu rasanya sakit lagi kot. tgk mcm agak seksa je masa tgh perform.
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 12th, 2010 at 11:44 am
@beliamuda, ha’ah~ ada gak dengar cerita yang dia sakit~ tapi persembahan dia tetap mantap kalau pun terpaksa bertongkat~ huhu~
[Balas Komen]
hoho, aku xsempat tengok pun.. yang aku kenal FT ngan Yuna.. aizat tue sape harh? Tetiba bleh menang, haha!
.-= samanosuke_04´s last blog ..Gaya tudung pompuan yang aku suke~ =-.
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 12th, 2010 at 11:45 am
@samanosuke_04, aizat tu bekas budak AF… AF berapa tu, tak ingat lak saya~
[Balas Komen]
SEmua yang menang penyanyi muda…generasi penyambong perjuangan Muzik Malaysia
[Balas Komen]
memang dah agak aizat menang…siap tulis kat facebook lagi…
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 12th, 2010 at 11:47 am
@Lan Bingka, wah~ tahniah kerana jangkaan anda mengena~ ni mesti peminat aizat nih~ huhu~
[Balas Komen]