Terima Kasih NationWide, Walaupun Lambat…

Selepas membuat bank-in pada hari rabu yang lepas, saya menunggu kehadiran ‘teman baru‘ hidup saya yang diberitahu akan diposkan pada petang itu juga dengan menggunakan perkhidmatan ‘Nationwide‘. Jika sebelum ini saya pernah membeli ‘T-Shirt Blogger Tee‘ dari Saffawati yang dihantar menggunakan Pos Laju Malaysia, ianya hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk t-shirt itu sampai ke rumah saya. Sesuai dengan motto nya,  ‘Dijamin Sampai Esok!‘. Jadi untuk ‘teman baru‘ yang saya beli secara online pada kali ini, saya menjangkakan ianya akan sampai dalam masa satu atau dua hari sahaja. Walaubagaimana pun, jangkaan saya meleset! Setelah menunggu sehingga hari Jumaat, ‘teman baru‘ yang dinanti masih belum sampai juga. Dengan penuh kesabaran, saya tunggu juga sehingga hari Sabtu.

Dipendekkan cerita, selepas menghubungi pihak ‘NationWide Muar‘ dan orang yang menjual ‘teman baru‘ itu mengenai status barang yang dihantar, akhirnya pihak ‘NationWide Muar‘ memberitahu yang ‘teman baru‘ saya berada di ‘NationWide Tangkak‘ dan sedang dalam perjalanan untuk dihantar ke rumah saya. Pihak ‘NationWide Muar‘ juga memberitahu yang ‘teman baru‘ saya sebenarnya sudah sampai pada hari Khamis yang lepas. Tetapi disebabkan ‘Mat Despatch’ yang menghantar barang ke kawasan kampung saya hanya menghantar barang seminggu sekali, maka barang itu disimpan dahulu sementara menunggu hari yang ditetapkan untuk ‘Mat Despatch’ ini bergerak dengan van untuk menghantar barang ke kawasan kampung saya. Jadi tidak lama selepas itu, ‘teman baru’ yang dinanti itu pun sampai dengan selamatnya~ huhu~

Teman Baru- Full Set Nikon D40 (KID LENS 18-55 + CHARGER + BATERRY + CABLE + MEMORY CARD 2GB + Original Nikon Bag).

Terima kasih, kepada Cik Chenta_nana yang sudi menjual dan mengeposkan DSLR NIKON D40 ini kepada saya. Bagi korang yang dah biasa baca blog ini, mungkin akan berasa pelik, kenapa saya beli Nikon D40 pula? Sedangkan sebelum ini ‘Wishlist’ saya adalah untuk memiliki D90. Macam mana nak cerita ekk? Ok, sebelum ini saya ada meng’usha sebuah laman web jualan, ‘Free Trade Zone‘ dan terjumpa iklan yang dibuat oleh Cik Chenta_nana. Sekadar untuk mencuba, saya berhubung dengan Cik Nana untuk bertanyakan D40 yang di iklankan itu. Dengan harga RM1100, dan Cik Nana bersetuju untuk mengepos (pos dari Kemaman) D40 ke rumah saya, maka saya bersetuju untuk beli D40 ini. Dalam masa yang sama, ada juga iklan orang yang nak menjual Nikon D60 dengan harga RM1200. Malah orang yang menjualnya adalah orang Melaka. Walaubagaimana pun, saya tak ‘terasa’ untuk beli D60, tetapi lebih tetap untuk membeli D40. Saya pun tak pasti kenapa…

Jadi dengan adanya Nikon D40 ini, maka bolehlah saya gunakan ia untuk memahami teknik-teknik fotografi dan teknologi DSLR Nikon. Walaupun D40 ini adalah DSLR Nikon yang berteknologi lama, dan ianya adalah kamera ‘secondhand’, tetapi bila saya pegang dan cuba ‘snap’ gambar dengan kamera ini, saya rasa seronok! Kerana DSLR Nikon D40 ini adalah ‘Kamera Digital Pertama‘ yang saya beli sepanjang hidup saya. Jika sebelum ini, saya tidak memiliki sebarang kamera, selain kamera yang terdapat di handphone K800i saya. Tetapi kini saya sudah memiliki Digital Kamera sendiri yang boleh saya gunakan untuk menangkap gambar sepuas-puasnya. (kalau tak, sebelum ni asyik menumpang digicam kakak atau abang saja~).

Dibawah ini pula, di antara gambar-gambar terawal yang saya ‘snap’ aktu pertama kali menggunakan DSLR…

habuk dekat rambut pun boleh nampak~

Buah anggur yang masih kecil. Ayah saya yang tanam pokok anggur nih~ huhu~

Fokus Macro pada bunga Orkid~

p/s 1: Terpaksa ‘hibernasi’ untuk beberapa hari sebab ada hal-hal tertentu yang membuatkan diri ini buzy seketika.

p/s 2: Dengar cerita, D40 jauh lebih baik dari D60. Betul ker? Mungkin jika ada diantara korang yang baca blog saya ni tahu apa kelebihan dan kekurangan D40 dan D60 nih, boleh la share knowledge kat ruangan komen, ya~

Popularity: 5% [?]

Recent Related Posts

25 thoughts on “Terima Kasih NationWide, Walaupun Lambat…

  1. wuhaa.. nak beli jugalah mcm ni. huhu..

    tp entah knp aku langsung tak tertarik dgn hobi tembak menembak gambar ni.. takde seni kot? huhu..

    apa2 pun, tahniah sbb dah ada kawan baru :) .-= Azizwan´s last blog ..Minggu yang sungguh sibuk dan tak banyak masa untuk online =-.

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @Azizwan, oh, tak per~ lain orang, lain minatnya~ :) .-= Akuro San´s last blog ..Jalan-Jalan Di ‘UpTown Muar’ =-.

    [Balas Komen]

  2. fuhh….lagi mantop la gmbr2 kat blog ni nanti…spec DSLR ok lagi ke…?
    ok la tu…

    alhamdulillah sampai brg yg dipesan…takut kena rompak tengah jalan je brg tu…terpikir bnyk kali gak bila nk beli online ni….yg murah2 xpe…hehehe….
    bimbang kat masa time di pihak kurier tu je…

    [Balas Komen]

  3. wah!! bestnya ada DSLR sendiri.. sangat teringin nak ada sendiri punya walaupun seketul.. anyway, explore la puas2.. takpe la walau second hand.. kalau rajin belajar, insya allah boleh dapat hasil yang baik setanding dengan DSLR baru yang lagi canggih!!
    .-= izma´s last blog ..Paintball Vol. 6 =-.

    [Balas Komen]

  4. Salam..
    Rasanya antara d40 dan d60,d60 adalah lebih baik..
    Tp,jgn rasa menyesal..teruskan minat dlm bidang nie..
    Gajet yg mahal belum tentu menjamin gmbr yg baik..
    Bykkan praktis..erm..dengan RM1100, dia bg ape ek?beg,camera n kit lens ek?
    Brape shutter count dia?ader check x?
    .-= oh!dawie´s last blog ..Strobist at Sunway =-.

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @oh!dawie, yup. itu jer. tapi bila pikir balik, mcm mahal la pulak saya beli d40 nih. lepas tu, boleh ajar tak, mcm mana nak check shutter count tu? saya pun tak tahu berapa shutter count d40 yg saya beli tu~ :-|

    [Balas Komen]

  5. http://ohdawie.com/download/PreviewExtractor.rar
    Guna link download kt atas nie..
    Run application n pilih menu paling last kt menubar…”Shutter Count”
    Tekan “Run” n pilih gmbr paling last yg awk amek..
    Pastikan gmbr tu belum di edit..
    Setiap model mempunyai jangka hayat yg berbeza bg shutter count.
    Rasenya utk D40, selepas shutter count smpai 100k kena hantar servis.
    Bila dh smpai masanya nnti,shutter tu dh xboleh ditekan.
    So,anta servis n boleh gunakan blk..
    Rasanya shutter count akan reset blk pd “0″

    Selamat Mencuba..!!
    .-= oh!dawie´s last blog ..Strobist at Sunway =-.

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @oh!dawie, ok, da dapat dah~ utk gambar first yg saya snap masa dapat d40 nih, shutter count dia 15,732.
    utk gambar last yang saya snap, shutter count dia, 16,715~

    thanks dawie~ :)

    [Balas Komen]

    oh!dawie Reply:

    orait..u r welcome..
    DSLR sy tu br jer beli bln 11 thn lepas..skg dh 10k dh..hehe..Xleh syg sgt shutter count nie kalau nk belajar..tp,mule2 jer byk amek gmbr..Skg nie,weekend br pegang DSLR..hehe
    .-= oh!dawie´s last blog ..Strobist at Sunway =-.

    [Balas Komen]

  6. Utk tmbh pengetahuan lg,leh register kt forum http://fotomedia.com.my
    Dh register,perkenalkan diri dulu kt mylens..pastu,leh bace byk info berguna yg ader..
    .-= oh!dawie´s last blog ..Strobist at Sunway =-.

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @oh!dawie, sebenarnya, saya dah lama jadi ahli kat fotomedia tu. sejak mula ‘dome nikong’ tubuhkan forum tu lg. tapi tak pernah aktif. sekadar jadi silent reader jer kat forum fotomedia tu~ huhu~ :)

    [Balas Komen]

    oh!dawie Reply:

    hoho..kira otai fmdc la nie..haha…
    Awk dok kt area mane?
    .-= oh!dawie´s last blog ..Strobist at Sunway =-.

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @oh!dawie, tak der la otai pun~ selama ni suka lepak situ baca bahagian ‘edit gambar guna photoshop’ jer. saya tinggal kat area muar.

    oh!dawie Reply:

    ooo…ske edit gmbr ke?ader cube x tutorial yg sy wt kt blog ohdawie.com tu?Byk lg tutorial yg belom di ajar..hehe
    .-= oh!dawie´s last blog ..Strobist at Sunway =-.

  7. hiiii…sye sgt hepi bace blog awk…hurmm sbb skng ni pon tgh dok penin wt plhn y tbaek…utk bli my 1st camera in my life…p/s: b4 ni pon asik tumpng camera akk jugek =p
    hurm berangn nk bli d90..pdhl nk pegng dslr pon xrti lg..awk rse..kalau bli 2nd hnd bole pcaye x…

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p