Ok, untuk entry kali nih, saya nak berkongsi tips penjagaan untuk memerlihara salah satu haiwan berbulu dan bertelinga panjang, iaitu Arnab. Atau dalam bahasa Inggerisnya, dipanggil RABBIT. Bagaimanakah rupa arnab a.k.a rabbit? Dibawah inilah gambarnya… (ok, cukup~ jangan nak poyo-poyo yerk, Akuro~ dush!).
Ya, selain menulis blog dan menjual baju raya (dah abis raya, dah tak jual baju raya lagi dah~), saya juga ada membela arnab yang juga menjadi mata pencarian saya sepanjang berada dikampung. Buat masa ini, sudah ada berbelas ekor arnab yang sudah saya jual di ‘Pasar Lambak, Bukit Gambir’ dengan harga yang berpatutan. (ermm~ berpatutan ker? huhu~) Diatas permintaan seorang rakan yang baru mula hendak memerlihara arnab, disini ada sediakan beberapa tips yang saya gunakan untuk memerlihara arnab. Ok, Dari mana patut saya mula ya? Ok, arnab nih dia ada macam-macam jenis. Nak tahu jenis-jenis dia, kamu boleh lihat di sini…
Antara beberapa perkara yang perlu kamu tahu untuk memerlihara arnab adalah;
Makanan
Jika kita lihat dipasaraya, makanan arnab yang biasanya ada dijual adalah PELLET. Saya biasa panggil benda nih, dedak arnab. Pellet nih rupa dia panjang-panjang. seperti gambar dibawah.

Pellet a.k.a dedak arnab
Selain itu ada juga makanan arnab lain, seperti rumput HAY dan beberapa jenis rumput lain yang dikatakan sangat bagus untuk diet arnab. Tapi untuk arnab yang saya bela, saya tak pernah beri rumput begini. Sebab di kampung saya tak ada jual jenis makanan arnab yang begini. Jadi untuk menstabilkan diet si arnab, saya telah memberinya makan ‘rumput Israel’.

Rumput Israel
Selain rumput Israel, daun kangkung, daun pucuk manis, daun pucuk tenggek burung, pandan dan daun ulam raja juga menjadi makanan sampingan untuk arnab. Ianya tidak memerlukan kos yang tinggi sebab kesemua jenis pokok dan daun yang saya beritahu tadi semuanya sudah ada tertanam disekeliling rumah saya. Terutamanya rumput Israel. Memang banyak boleh dipetik dalam belukar dikebun-kebun. Daun pucuk keledek dan daun pucuk ubi juga boleh diberikan kepada arnab. Tetapi kamu perlu menjemurnya terlebih dahulu untuk mengeringkan getah yang ada pada daun tersebut. Ini untuk mengelakkan arnab ‘mabuk’ kerana termakan daun yang bergetah.
Suka saya ingatkan disini, jika memberi arnab makan sayur atau daun-daun, JANGAN diberi pada waktu pagi. Kerana ia boleh menyebabkan arnab kamu mengalami sakit perut.
Shouta~ Arnab putih saya...
Air yang bersih juga perlu disediakan untuk arnab. Pastikan bekas untuk meletakkan air minum arnab sentiasa dalam keadaan bersih untuk mengelakkan arnab terkena jangkitan penyakit.
Tempat Tinggal
Kamu boleh memilih sama ada mahu memerlihara arnab didalam sangkar, atau buatkan sebuah reban untuk arnab kamu. Jika kamu bercadang untuk memerliharanya sekadar untuk suka-suka (bukan untuk ternakan), kamu bolehlah membelanya didalam sangkar. Alah~ sangkar yang lebih kurang macam sangkar kucing tuh… Tapi jika kamu bercadang untuk membuat ternakan, lebih baik kamu buatkan reban untuk arnab-arnab kamu. Dengan tempat yang luas dan besar didalam reban, arnab kamu akan lebih bebas bergerak dan tidak terasa sesak bila bilangan arnab sudah bertambah banyak.
Ibu arnab: Suki & Arnab jantan: Teruna~
Jika kamu ingin membina reban arnab, pastikan reban itu mempunyai 2 pintu. Maksud saya, reban tu dah dibahagi 2 atau dah disekat dibahagian tengahnya. Ini untuk memudahkan kamu memisahkan arnab jantan dan arnab betina bagi mengatur kitar peranakkan bagi arnab kamu. Sebab arnab betina nih, tiba waktu dia dah boleh beranak, dia akan subur sentiasa… huhu~
Nisbah untuk menternak arnab adalah 1:5. Iaitu 1 arnab jantan nisbah 5 arnab betina. (hah, bagi yang lelaki, jangan jadi macam arnab ya~ kota lebih dah tuh…)
Kesihatan
Ok, seperti yang ada saya beritahu diatas tadi, jika mahu beri arnab kamu makan sayur, jangan beri pada waktu pagi untuk mengelakkan sakit perut. Pastikan juga arnab kamu sentiasa diberi minum air yang bersih untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Jika kamu hanya berikan arnab kamu makan pellet/dedak arnab sahaja, kamu perlu pastikan air minum arnab sentiasa ada kerana arnab akan mudah haus dan kuat minum air jika ia hanya diberi makan pellet sahaja. Jangan beri arnab kamu makan kobis bulat… erm~ nih saya pun tak pasti kenapa… mungkin akan ada masalah dengan perut kot~
Si Kuning...
Elakkan arnab kamu dari kesejukan. Pastikan kamu tidak memandikan arnab kamu kerana arnab tidak tahan dengan sejuk. Effect; kaki arnab akan jadi kaku. Ada sesetengah jenis arnab yang kamu perlu buatkan unggun api dibawah reban pada setiap Subuh, untuk mengelakkan arnab berada dalam kesejukan. Ok, tips yang nih, ada rakan sekerja kakak yang suggest kan kat saya. Tapi saya tak pernah buat sebab takut terbakar reban, mahu jadi BBQ arnab-arnab saya.. huhu~
Pastikan reban atau sangkar arnab kamu sentiasa bersih. Buang atau basuh bekas tahi seminggu sekali untuk mengelakkan arnab kamu diganggu hama, agas-agas, atau semut.
Tempat Beranak
Ibu arnab boleh beranak paling cepat, sebulan sekali. Jika kamu tak larat nak jaga arnab yang beranak sebulan sekali, kamu perlu pisahkan arnab jantan dan arnab betina didalam reban seperti yang saya ceritakan diatas tadi. Kitaran yang biasa saya buat, adalah seperti ini;
Reban yang dah dibahagi 2 bahagian, pada bahagian 1 reban, saya letakkan 1 arnab jantan dan 1 arnab betina selama 1 atau 2 minggu. Manakala 4 ekor arnab betina yang lain saya letakkan pada bahagian 2 reban. Selepas 1 minggu atau 2 minggu, tukar arnab betina yang ada bersama dengan arnab jantan tadi kepada arnab betina yang lain. Manakala arnab betina yang bersama dengan arnab jantan tadi diletakkan bersama arnab betina yang lain (pada reban bahagian 2). Bila dah cukup 1 atau 2 minggu, tukar lagi arnab betina yang sama bahagian dengan arnab jantan tu dengan arnab betina yang lain pula. Kitaran begini saya buat untuk mengelakkan beberapa ekor arnab betina, beranak saing. Sebab kalau dah beranak saing nanti, kita juga yang confius. Ini anak siapa? Mak nya yang mana?
Tempat beranak untuk ibu arnab pula, jika kamu rajin, kamu bolehlah buatkan kotak seperti gambar dibawah.

Kotak yang digunakan untuk arnab melahirkan anak...
Disebabkan saya tidak pandai membuat kotak seperti itu, apa yang saya buat adalah dengan memerhatikan gelagat arnab betina. Jika ada antara arnab betina yang sudah mencabutkan bulu-bulunya untuk membuat sarang, saya akan ambil arnab itu beserta bulu-bulunya sekali, lalu saya masukkan kedalam sebuah bakul yang sederhana besar dan biarkan ia beranak disitu. Kemudian, selepas 3 minggu, barulah saya keluarkan ibu arnab dan anak-anaknya dari dalam bakul, dan masukkan mereka kedalam reban semula.
Penjagaan Anak Arnab
Kita perlu lihat keadaan ibu arnab. Ada sesetengah ibu arnab yang pandai menjaga anak. Tidak kurang juga ibu arnab yang tak pandai menjaga anak dan hanya membiarkan anaknya mati begitu sahaja. Jika si ibu arnab pandai menjaga anaknya, apa yang perlu kamu buat, hanya memastikan ibu arnab berada dalam keadaan sihat dan mendapat makanan dan minuman yang cukup. Tetapi jika si ibu arnab tidak pandai menjaga anak, kamu perlu sama-sama menjaga anak arnab tersebut.

Anak arnab yang baru lahir...
Antara tips yang saya dapat dari rakan yang menjual haiwan perliharaan di Pasar Lambak, dia mengatakan kita perlu paksa si ibu arnab menyusukan anaknya dengan cara memegang keempat-empat kaki ibu arnab tersebut. Manakala tips yang lain pula, ada yang mencadangkan supaya anak arnab diberi minum air rebusan beras (air bubur) dengan picagari hingga 4 minggu. Tips memberi air bubur ini sudah saya praktikkan dan ianya berhasil…
Dibawah ini gambar baby arnab yang dah berusia hampir 3 minggu… Cute tak? huhu~
Antara yang dah dijual...
Yang dibawah ini pula, anak arnab yang dah berusia sebulan lebih…
Comel tak? Baby rabbit nih, nama dia 'Tenuk'. huhu~
Permainan
Seperti kucing, arnab juga adalah sejenis haiwan yang boleh dimanja. Jika arnab ini manja, ia akan mengeluarkan bunyi ‘purr‘ seperti kucing. Heh, tak tahulah betul ker tak, sebab arnab saya tak ada pula keluar bunyi begitu (boleh refer Lazybunny). Sesekali, kamu boleh bermain dan manjakan arnab yang kamu perlihara. Sepanjang saya memerlihara arnab, saya dapati arnab sangat suka pada kertas. Terutamanya kertas tebal seperti kotak kertas dan beg kertas. Jika kamu berikan kotak kertas yang tebal pada arnab, Si arnab akan masuk dan tidur didalam kotak itu. Jika tidak tidur, Si arnab akan menggigit dan mencakar kotak kertas itu hingga hancur sebelum memakannya.. huhu~
Jika kamu bawa masuk arnab kamu kedalam rumah, pastikan arnab kamu tidak menggigit kabel eletrik atau kabel telefon. Ini kerana arnab memang terkenal dengan sifatnya yang suka menggigit dan mengunyah. Jauhkan juga arnab kamu dari pemangsa seperti kucing yang garang, dan sebagainya.
*******
Ok lah, rasanya itu saja tips-tips yang saya terfikir buat masa ini. Jika ada sebarang tambahan atau ingin mengemukakan pertanyaan, kamu bolehlah berbuat demikian diruangan komen ok… Terima Kasih kerana sudi membaca…
Referance; wordpress.com/” target=”_blank”>Lazzybunny, Arnabkiut.
Update; Korang mempunyai blog dan ingin memenangi wang tunai sebanyak RM500 dengan cara menulis entri di blog? Korang boleh check disini~ ‘Contest Hidup Berani Untuk Gagal’
Popularity: 100% [?]
hey comey la tenuk tu! bg aku!
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
November 6th, 2009 at 9:14 am
eh, mana boleh… tenuk tu arnab mak aku~ huhu~
[Balas Komen]
yg mcm kangaroo tu ko bela gak ke? comeeyyyyyyy~
nk cari kwn tuk rabbit aku nih..klu xsame jenis pn bleh gak ke?
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
November 6th, 2009 at 9:14 am
yg mcm kangaroo? ha’ah aku bela. kalau tak sama jenis tuh, rasanya ok jer kot… tengoklah, kalau ko campur 1 sangkar, dia org tak bergaduh, maknanya ok lah tu~
[Balas Komen]
Karisma Izzah Reply:
April 9th, 2010 at 9:36 am
@Akuro San,
arnab kalau tak sama jenis mungkin diorang akan kejar-mengejar dan bergaduh… tengok mana yang lebih dominan…
saya ada bela arnab kacuk yang jenis bulu tebal (sekarang dah tipis je. tak tau nape). tak tau la baka jenis ape… pas tu saya beli arnab kampung yang bulu putih mata merah tu…. bila letak dalam satu sangkar, arnab kampung ni duk diam je kat one corner… yang kacuk ni asek kejar dia je… pastu gaduh… jadi diasingkan…
better beli yang sama jenis. kalau tak tau, bawa la gi pet shop, tanya baka jenis apa… pasu beli lah yang sama baka dan umur pun lebih kurang dengan arnab yang ada…
Hope this helps…
.-= Karisma Izzah´s last blog ..Giveaway From Damia…:-) =-.
[Balas Komen]
iceburn ArnabKiut Reply:
June 4th, 2010 at 1:01 pm
@Karisma Izzah, salam,
huhuhuh~ thanks to owner of dis blog kerana merefer dari blog ako yg sewel dan tak seberapa.
utk masalah yg dihadapi korang nih, biar ako betulkan sikit²…
arnab nih mempunyai sifat teritorial behavior dimana sifat menjaga kawasan sendiri. ako punya sangkar, kalau ako da lama lepak dalam nih, tetiber ader lak yg masuk nak kongsi ruang privasi ako, memang ako geget~
arnab betina matang mempunyai sifat teritorial behavior yg paling tinggi, sebab itu bagi breeder yang pandai dan berpengetahuan, untuk mengahwinkan arnab, perlulah arnab bettina di bawa ke kandang jantan, bukan arnab jantan dibawa ke kandang betina.
arnab betina yang baru lepas beranak dan masih mempunyai anak yang menyusu pon mempunyai sifat jaga kawasan yang tinggi.
bukan sebab baka atau breed.
tetapi, kalau arnab itu dibela dari kecik dalam satu sangkar atau kawasan yang sama, selalunya masalah pergaduhan tidak berlaku.
ia juga tidak berlaku, jika arnab yang baru dibeli dan yang ada ketika itu sama usia dan belom mencecaah usia matang(selalunya umur 4-5bulan-standard)
jadi tidak ada masalah jika nak campur arnab dari berlainan baka dan suku didalam satu kawasan selagi anda tahu dan ambil tahu mengenai ilmu menternak dan menjaganya~
iceburn~
.-= iceburn ArnabKiut´s last blog ..*.* Chews TitBits~ Alfalfa dan Timothy *.* =-.
sayangnya aku tak bela arnab.. huhu..
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
November 6th, 2009 at 9:15 am
tak per. nanti kalau tergerak hati nak bela arnab, bolehlah refer tips yg saya beri nih~
[Balas Komen]
fuyoo…comey gile tenuk…huhu
[Balas Komen]
Ko jual anab kat Pekan Bkt Gambir, Muar ke? Minat nak beli arnab utk bela kat tepi umah mak aku kat Muar (rumah tnh lot). Pa2 hal, email kat aku
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
November 21st, 2009 at 8:50 am
arnab saya masih belum ada baby lg. nantilah, tunggu arnab saya beranak dulu yerk~ huhu~
[Balas Komen]
amcm lau ibunya tak pndai mjga..huh,susa sngt nak jga…bru lhir da d bir2kn..
blh tak pegang trus ank yg bru lhir 2..?
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
December 10th, 2009 at 3:20 am
@dyan, anak arnab tu boleh jer dipegang waktu baru lahir~
kalau ibu arnab tu tak reti jaga anak dia, boleh ikut tips yg saya ada beritahu di atas~ boleh baca balik kalau tak perasan
[Balas Komen]
iceburn ArnabKiut Reply:
June 4th, 2010 at 1:07 pm
@Akuro San,
seeloknya biarlah ibu itu beranak secara natural dan dia melalui minggu laktasi(menyusukan) sehingga cerai susu secara natural. seeloknya dielakkan kita yang memaksa(paksa) ibu itu dengan pegang dan letak anak uuntuk menyusu. minggu pertama dan kedua sehingga anak buka mata adalah minggu ibu itu perlu diberi ruang yang baik untuk bersama baby dia.
keadaan mengasingkan anak dari ibu dan paksa ibu beri susu kepada anak dia akan memburukkan lagi keadaan. ibu akan stress dan takut untuk melalui pengalaman melahirkan baby lagi.
itu yang terjadi ibu makan anak, ibu tidak bagi susu dan macam².
beri ibu makanan tinggi protein ketika minggu² laktasi.
.-= iceburn ArnabKiut´s last blog ..*.* Chews TitBits~ Alfalfa dan Timothy *.* =-.
[Balas Komen]
bagusla..tips2 yg berguna.. thanks.
[Balas Komen]
saya ada 2 ekor arnab, sekor jantan dan sekor betina,yang betina namanya ayu dan yang jantan namanya karim, masalahnye ayu suka sangat gigit karim, kadang-kadang karim menjerit tengah2 malam apabila duduk sekandang dengan ayu, kerana ayu suka gigit karim, ayu badannya lebih besar sedikit daripada karim, tapi kenapa ayu suka gigit karim, adakah ayu mengandung? bulunya juga banyak gugur? tolong bagi sebab dan jawapan dengan kadar segera melalui e-mel saya. saya pening tengok perangai ayu ni……
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
December 16th, 2009 at 8:47 pm
saya dah beri email pada aishah. dibawah ni isi email yang saya berikan…
ada beberapa kemungkinan.
1. biasanya arnab kalau bergaduh, bulu-bulu dia akan gugur. jadi boleh jadi bulu yang gugur tu disebabkan oleh bergaduh.
2. arnab kalau bergaduh ni, maknanya dia tak boleh dimasukkan dalam 1 sangkar. jadi kena pisahkanlah sebab bimbang bila bergaduh, ada yang akan tercedera nanti…
3. lihat keadaan bulu yang gugur tu. kalau kelihatan disusun seperti sarang, boleh jadi juga si ayu tu dah nak beranak. sebab arnab betina tak suka dikacau waktu dia dah nak lahirkan anak. jadi lebih baik dipisahkan si karim tu dari ayu. takut arnab jantan ni akan bunuh anak yang baru lahir tu nanti~
harap jawapan saya dapat membantu~
[Balas Komen]
iceburn ArnabKiut Reply:
June 4th, 2010 at 1:14 pm
@Akuro San, tambah sikit lagi.
.-= iceburn ArnabKiut´s last blog ..*.* Chews TitBits~ Alfalfa dan Timothy *.* =-.
1-kalau dibiarkan jugak karim(macam bincang nama ketua kampung) didalam kandang itu, dikhuatiri testis karim akan digigit oleh ayu ketika cubaan karim untuk mengawan dalam keadaan 69(arnab agak buduh…) apabila betina sudah bunting, dia tidak mahu digauli, jadi dia akan duduk sorok bahagian belakang di tepi dinding, jadi si jantan akan datang dari arah depan, dengan keadaan ini, testis karim yg terjuntai di depan muka ayu akan terdedah dengan bahaya. apabila sahaja testis jantan dicederakan, peluang untuk mendapatkan baby lagi dari zuriat dia adalah ‘zero’.
2-bukan sahaja jantan akan makan anak tersebut, ibu yang dalam keadaan stress juga akan makan anak tu kalau terasa terancam.
[Balas Komen]
tima kasih..dari sini,saya dapat mengetahui bagaimana untuk menjaga arnab saya…
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
December 20th, 2009 at 12:32 pm
@aina zulaikha sobri, sama-sama~ datang lah lagi di lain kali~
[Balas Komen]
salam..saya ada bela 2 ekor arnab dalam satu reban. seekor jantan dan seekor betina. semalam semasa sy bg arnab2 ni makan, saya tengok si arnab betina berkelakuan pelik. “dia” seolah-olah tak suka dan melarikan diri dari arnab jantan. adakah ini petanda yang dia bakal melahirkan anak x lama lg?(arnab betina sy tengah mengandung tu. dulu, 2 bulan lps dia pernah beranak anak 1st tapi sayangnya mati sebab si arnab jantan gigit). and 1 more thing, kalau betul dia nak beranak, kenapa saya x nmpk dia gugurkan bulu-bulu dia?
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
December 26th, 2009 at 12:20 am
@rabbitca, masa arnab betina tu beranak yang first, dia ada cabut bulu-bulu dia tak?
arnab betina nih, dia hanya akan tanggalkan bulu-bulu dia untuk buat sarang, lebih kurang 1 hari sebelum dia beranak. kalau dia tak tanggal bulu lagi, mungkin dia masih belum nak beranak kot~
lagi satu, misal kata kalau si arnab betina tu dah di confirm kan dah bunting, better asing saja dia dari arnab jantan, ok?
[Balas Komen]
Karisma Izzah Reply:
April 9th, 2010 at 9:30 am
@Akuro San,
arnab betina saya tak gugur bulu… yang gugur bulu jantan je… tapi bulu diorang dah kene flush away masa bersihkan sangkar diorang… diorang banyak berak bila makan pallet…
so terpaksa asingkan anaknya bila ibunya beranak sebab ibunya tak pandai jaga…
.-= Karisma Izzah´s last blog ..Giveaway From Damia…:-) =-.
[Balas Komen]
wei arnab ko x comel arnab aku lg comel
[Balas Komen]
wei arnab aku keciklah mcmne nk besarkan die…..besarrrr punyaaa….tolonglah bantulah aku….
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
December 26th, 2009 at 12:15 am
@si budakk sematttt, berilah makan banyak-banyak, confirm besar! tapi tengok baka jugalah. kalau arnab tu memang jenis baka kecil, kecil lah dia~
[Balas Komen]
wei selalu ko kasi makan apa ar…………………?????????
[Balas Komen]
saya ada sepasang arnab. dah tiga kali beranak.. semuanya 16 ekor.. tapi yang hidup cuma 2 ekor..ibunya x bagi susu pun.. dan baby pun xnak menyusu.. mcmana ekk??
[Balas Komen]
kenapa rabbit yg i beli cam active bila kt rumah.time nk beli thu tido je keje..n makan pon dia xmkn sangat.dia makan skit je.
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 16th, 2010 at 3:11 pm
@rynnot, mungkin waktu tu, dia susah hati. tapi kalau kat umah, dia rasa bebas dan senang hati, boleh lompat ke sana, ke mari~ agaknya lah~
.-= Akuro San´s last blog ..Petanda Gerhana Matahari 15 Januari 2010 =-.
[Balas Komen]
saya baru beli arnab dalam 2 minggu,owner yg lama kata arnab tu perlu mandi sebulan sekali dan kuku nye perlu dipotong apabila panjang.so betul ke apa yg owner tu kata?kalau betul macam mana cara nak mandikan rabbit dengan betul??kuku pulak takde effect apa2 ke mcm kucing lemah semangat kalau potong kuku dia.tlg comment skit.tq:)
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
January 26th, 2010 at 1:49 pm
@eija, oh, itu untuk arnab yang dibela untuk haiwan perliharaan. saya memang tak ada pengalaman mandikan arnab atau potong kuku arnab. tapi saya ada pernah dengar juga cara penjagaan arnab yang macam tu~
pernah arnab saya kotor, tapi saya tak mandikan. saya cuma lap kan saja bahagian bulu dia yang kotor dengan tuala yang dibasahkan. lepas tu, lap semula bulu arnab tu dengan tuala lain sampai kering. arnab nih, paru-paru dia sensitif. tak boleh kenakan air sangat. walaubagaimana pun, kamu boleh juga gunakan ‘shampoo spray’ yang khas untuk arnab, kalau kamu nak juga mandikan arnab kamu. cth kalau arnab kamu terkena kutu ker…
yang pasal potong kuku arnab pula, saya memang tak pernah buat. sebab dalam kuku arnab nih, ada pembuluh darah. kalau tersalah potong, silap-silap arnab boleh mati. lagi satu, agak sukar nak potong kuku arnab bila arnab asyik meronta-ronta saja. jadi kalau dah susah nak potong kuku arnab tu, baik tak payah potong saja. dari tersalah potong, kan susah~
apa pun, disini saya sertakan juga videoklip cara nak potong kuku arnab. jika hendak mempratikkan lah~ Lihat disini;
http://www.youtube.com/watch?v=cyyxQRoAhcw
ok, harap apa yang saya terangkan ini, dapat membantu~
[Balas Komen]
rebit i baru je lepas beranak , so malam tadi i asing kan anak rebit tu sbb i takut mama rebit tu pijak anak die
i tanye mmbe i betol ke cara yg i bwt tu , then die cakap tkboley kne letak kn anak dengan mama die sbb nnti anak rebit mati sbb tk dapat susu . tp i tgk mama rebit mcm tk jage anak die .
i ade lapik kn surat khabar ang tualaa utk mama rebit and anak die tp pagi tadi i check rebit , i tgk mama rebit tu die koyak koyak kn surat khabar tu . ape patut i bwt ? P/S : bfore ni mama rebit ni penah lahirkan anak tp rebit jntan makan , now i takut kalau mama rebit cedera kan bby die. Thanks
[Balas Komen]
Karisma Izzah Reply:
April 9th, 2010 at 9:15 am
@Fatin,
memang patut asingkan sebab seperti dalam artikel kat atas, ade ibu rbbt yangtak pandai jaga anaknya…mungkin ibunya ni kategori ni…. saya ade pengalaman yang sama… disebabkan saya bekerja, saya beri baby minum susu setiap pagi dan petang pas balik kerja… cara yang paling mudah, letakkan ibu rbbt dalam kotak kasut yang dipotong separuh bulat pada satu sisi kotak, pastu bagi ibunya tu makan lobak merah (kita lah yang pegang lobak tu suap dia makan) sambil tu, kita masukkan baby dia satu persatu. biar dia cari sendiri puting susu ibunya… bila dah masun 2-3 minggu, tukar kotak tu, guna bakul bulat yang biasa kita masukkan baju2 kotor tu… space luas sket…
jangan lupa pakai sarung tangan plastik…biar tak hilang bau dia…nanti ibunya tak kenal.
saya berjaya bela arnab tu sampai umur sebulan dengan kaedah menyusu macam tu dan sekarang growing…
waktu saya reply ni, mesti baby tu dah tak ada ataupun dah ada baby baru… so boleh la try untuk next baby…
Thanks to my husband…kaedah ni dia yang fikir setelah mencuba berbagai kaedah lain…
.-= Karisma Izzah´s last blog ..Giveaway From Damia…:-) =-.
[Balas Komen]
salam ziarah,
info yang menarik dan arnab2 kat cni comel2 la..geram tengok.. (^_^) :love:
.-= dila -my-´s last blog ..Lawatan percuma.. =-.
[Balas Komen]
ai…sy br bela arnab,x smpai seminggu pun lg..sy nak tau sangat tentang jumlah kuantiti makanan dalam satu hidangan..sbb senang nak budget2 mknn die..erm..setakat ni sy bg pellet die tp bile die makan msti jatuh2 ke bwh cage sbb die suke masukkn kaki die skali dalam tmpat mknn tu..ade jgak sy bg carrot n kangkung die mkn sepah2 jgak..mcm mane ye..blh bg advice tak?thanx..
[Balas Komen]
aiiiiiii…nk tnye hrga yg pling ideal utk mmbeli seekor arnab
[Balas Komen]
amisya ardila Reply:
April 23rd, 2010 at 8:24 am
saya rasa 55 ringgit
tapi kakak umur berapa saya baru 9thn blh tak nak jadi adik angkat kak
.-= amisya ardila´s last blog ..Darth Vader Terpancung Di Putrajaya =-.
[Balas Komen]
gowtickk Reply:
June 18th, 2010 at 12:22 pm
@syahirah,
[Balas Komen]
Nak tumpang tanya.., adakah benar, ibu arnab tidak akan menyusu anaknya jika anaknya telah disentuh/dipegang manusia? Ini kerana saya terdengar ada org kata anak arnab yang baru lahir jika disentuh manusia, ibunya boleh bau kesan sentuhan manusia itu, dan tidak mahu menyusu anaknya kerana menggap itu bukan anaknya… Bantuan dan penerangan anda amat dihargai…
[Balas Komen]
Karisma Izzah Reply:
April 9th, 2010 at 9:24 am
@irawan shah,
tak juga… mungkin itu kalau jenis ibu arnab yang tahu jaga anak nya… kalu yang jenis tahu jaga anaknya, lain caranya…
sebulan lalu saya mengalami perkara sedemikian. saya pegang je baby arnab with bare hand, tak pakai sarung tangan pun. tapi ibunya susukan juga… sekarang dah sebulan…
kalau dah terpegang tu tak pe la…tapi sebagai langkah berjaga2, elakkan… pakailah sarung tangan plastik yang boleh dibeli di kedai…
TQ
.-= Karisma Izzah´s last blog ..Giveaway From Damia…:-) =-.
[Balas Komen]
hai.. nak tanya jikalau arnab berak cair mcm sakit perut je macm mana rawatannye. muram je tak aktif lepas tu mati.. dah 5 ekor dah mati semunya mahal2 cantik2 lak..
[Balas Komen]
saya ade bela arnab tahun lepas bulan november. arnab saya sekarang ni suka gigit orang. kenapa ek? and one more, macam mane saya nak kasi arnab saya manja?
[Balas Komen]
SARAH Reply:
April 8th, 2010 at 10:02 pm
@syaima, aku tau kalo nak kasi dia manja….tukarkan dgn kucing abih cerita
[Balas Komen]
ape petanda arnab nak mengawan…nk tahu sbb arnab aku x bunting2 walaupun ade arnab jntan
[Balas Komen]
bani Reply:
June 5th, 2010 at 5:53 pm
@si budakkk, arnab jantan tu mati pucuk kot… huhu
[Balas Komen]
salam…camne nak tau jantina arnab yang masih kecik?lebih kurang 4minggu…arnab sy dah beranak sebanyak 4kali..dan setiap kali beranak,ade 7ekor anak..sebelum ni sy jual sume dah..tapi y masih xtau camne nak kenal jantina baby arnab..plz replay k…sy nak tau sgt2…
[Balas Komen]
nak tanya kalau bela arnab kena bela sepasang ke? setakat ni saya bela sekor ja betina tu pun kecil lagi umur dalam 2 bulan. Baru beli .ingat nak beli satu lagi jantan .
[Balas Komen]
salam akuro.. i nk mnx tlg ajr dr u ckit..
2 hr lpas i bru bli seko rebit btna,nm die i trok bunny..
bru sbln 10 hri,cmel sgt… i heran,npe die x nk mkn pelet 2,
tp byk plak mnum air.. kdg2 x smpi aty nk tggl die lme2 dlm cage 2..
n nk tau klu kte slalu men2 ngn rebit ad kmungkinan kte leh jgkit virus mrbhaya x??
mnx tlg ajar u sgt2,cz i syg kn bunny… ble lpas die dr cage,bnny slalu pnjat ats i..
tiut sgt…….. thx alot..
[Balas Komen]
saya ada bela arnab betina namanya Noni. bila saya nak mengawankan diorang,diaorang taknak la plak….noni tu asyik marah kat si jantan tu….jantan tu tak encem kot
[Balas Komen]
amisya ardila Reply:
April 23rd, 2010 at 8:29 am
tak lah kak saya punya arnab pun dulu cam tu.kak ummur kak berapa umur saya 9 thn leh nak jADI ADIK ANGKAT KAK :party: :party: :clown:
.-= amisya ardila´s last blog ..Darth Vader Terpancung Di Putrajaya =-.
[Balas Komen]
Alhamdulillah saya berjaya menjaga 4 ekor anak arnab sehingga berusia sebulan… masa umur mereka nak masuk 4 minggu, saya selang selikan minum susu ibunya dengan lobak merah… sehingga sekarang walaupun lepas putus susu… mereka hanya boleh makan lobak merah dan saderi je…
disebabkan lobak merah dah habis, saya cuba beri bayam, tapi mereka makan kejap, pastu mereka mcm merayu minta lobak…sehinggakan seekor dari arnab tu mula merajuk dan makan kertas surat kabar yang mana saya buat alas sangkar mereka… pagi ni, saya tengok dia dah mati. keras kejung…huhu…
selain itu, mereka juga sangat kuat kencing sehingga saya perlu menukar alas sangkar mereka 3kali sehari. for me they are like a baby, the only difference is that they don’t cry when they wet. apa puncanya ya sampai kuat kencing gitu…? masa nyusu tak sangat.
pagi ni saya try bagi dedak… hope diorang makan la dan jangan lah ada yang mati… please help…!!! What should I do….?
[Balas Komen]
saya membeli 2 ekor arnab. Jantan lionhead manakal betinanya lop ear..
baru2 nie, saya dapati arnab lop ear tu gugur bulunye tapi di lehernye ajer…
kecian nampak kulit jer… kenaper ek?? sakit ker?? TOLONG saya…
[Balas Komen]
aku ada memelihara arnab berbulu lebat dan kuat makan .
kamu semua percaya tak bahawa arnab aku ni pernah makan maggi.
tapi tak ada selalu ku beri maggi pd dia yang slalu ku beri pada arnab apabila dia lapar ialah nasi dan sayur.
[Balas Komen]
Hi,
Terima kasih kerana berkongsi tips penjagaan arnab. saya ada beberapa soalan:
1) Berapa lama arnab mengandung?
2) Arnab saya beru lahirkan 4 ekr anak and dia tak mau dekat dengan anak2nya maybe dia tak sedia jadi mak lagi kot.. so apa yang perlu saya buat ?? untuk pastikan arnab tersebut menerima anak2nya.
3) macamana nak bersihkan darah2 yang melekat dibulu arnab yang baru bersalin?
thanks
[Balas Komen]
saya ada bela arnab .baru beranak masalahnye mcm mana nak jaga anak arnab tue.saya nampak ibu arnab macam tak pedulikan anaknya.tolonglah bagi tips sikit
[Balas Komen]
hi tuan punya arnab.
saya ada mslh pasal arnab.sy telah di beri 2 ekor arnab oleh seorang customer sy (sy jual mesin eram telur ayam kt dia). dia kata arnab2 tu ke duanya betina, so saya beli sekor arnab jantan utk ke duanya tadi. so da buat satu reban besar untuk arnab ber-3 ni duduk bersama. yg jadi masalahnya, selepas 1 bulan lebih, tatau mana satu arnab yg telah beranak. sekali dia beranak 4 ekor. tp malangnya salah se-ekor dari arnab betina tu telah makan anak2 arnab tadi , sekarang yg tinggal cuma sekor saja. masalah saya apa yg patut saya buat kt anak arnab tu, nak kasi susu apa? tak pasal2 mati lak dia . tolong saya tuan punya blog. sekarang ni, sy letakkan anak arnab tu dalam mesin peneram telur ayam sy untuk tumpang panas kan badan jer. takut tak kasi susu mati lak dia. apa harus sy buat??
[Balas Komen]
hai,saya misya kenapa hari tu saya beli arnab tapi seakor je lah,tapi yang tu dah jadi 3bln,pas tu misya beli lah arnab lagi seakor lagi untuk jadi teman mifa(yang 3bln).tapi yang baru beli tu baru besar tenun apalagi yang si mifa tu selalu gigit dia so sekarang ni yang donel(yng bru beli)tu pun terpaksa buh dlm kotak
[Balas Komen]
tolon sy… ada arnab betina lop ear.cian tgk dia. so beli lah jantan sekor lop ear..masalahnya si betina tu gigit si jantan..apsel ek? sakit hati sy
[Balas Komen]
syedi Reply:
May 23rd, 2010 at 12:25 pm
@Mohd Syahreen,
arnab betina tu mengandung latu…x pn die bru nak knal2
[Balas Komen]
saya baru dapat 6 ekor baby arnab…2 hari lepas ibu nye x nak jaga baby nye…cam mane nak buat….sian baby tu x pasal2 baby arnab di buang olh ibunye.
baby tu nak bg makan ape yea?????
[Balas Komen]
afira Reply:
May 18th, 2010 at 8:56 pm
@atie, emm aper kter awk bg die kt umhhh ank2 yatim…
[Balas Komen]
salam…saye nk tanye,kalau arnab itu tk nk minum susu ibunye walaupun di paksa ape maksudnye??adakah ia bermaksud ia nk mati dh??
[Balas Komen]
saya dah 3 kali pelihara arnab..tapi semuanya mati..kali ne nak pelihara lagi 1..tapi takut juga kalau mati,so saya nak minta pendapat..macam mana nak menjaganya..arnab yang 3,tu mati dengan pelik..dh mkn,lepas tu saya simpan dalam sangkar..2 minit lepas tu dah mati..jadi apa puncanya…dengan 1..kalau saya nak pelihara arnab..perlu lagi tak berikan teman untuknya..jadi saya berharap berikan pertolongaan utk saya ..saya tak nak kali ne arnab saya mati..saya sgat suka arnab…terima kasih
[Balas Komen]
hai,saya nak tanye kalau arnab boleh mandi tak
?
[Balas Komen]
Salam, sya baru bela arnab anggora dlm umur 2 bulan, nak tanya kenapa ada kesan macam cairan pekat warna susu atau coklat campur dgn kencing arnab?
[Balas Komen]
saya teringin nak ble arnab tp xthu nak jge nye..sbb owg ckap jge arnab ssh..takut maty
:worried:
[Balas Komen]
gua pun ada arnab, nama di arenak.
[Balas Komen]
salam… nk tnya le x.. arnab sy kna diarrhea.. mcm mne ek??? ada x cara2 nk bg die smbuh blik…???
[Balas Komen]
salam..nak tanyer skit
kalau arnab sebelah telinga jatuh lagi sebelah naik
apa maksud tu????
[Balas Komen]
hyee..
sy nk ty, arnab sy terkepit pintu tgnnye…so die dh xleh jaln gn tgn2…cian jln 3kaki je…tgn die lebam…ape yg perlu sy buat???adakah die akn cct selame-lamenye?//huhu tlg sy
[Balas Komen]
bani Reply:
June 5th, 2010 at 6:00 pm
@hafizah, belikan dia tongkat, minta tolong wonderpets (jln nek kapal yg oleh terbang)
[Balas Komen]
salam…arnab sy sudah smggu mlahirkan ank semu ada 5 ekor..tp 2 dah mati…sy nk tny..klu kaki bby arnab tu patah apa yg harus saya buat…cian tgk dia seret kaki bila nk bjln cr susu ibu dia…
lagu stu knp bila sy letak arnab betina dlm sangkar jantan utk sy kawenkan…arnab betina tu lari bila jantan dekat utk kawen….apa yg perlu sy buat..
mcm mn nk tahu arnab betina tu bunting?
tolong sy mjwb sgala kmuskilan tu….
[Balas Komen]
kalau saya tgh pregnant ni, boleh ke saya membela anak? akan ade effect x pada saya sbg seorg ibu yang hamil? ;-(
[Balas Komen]
smekom , saya nk tnye . bagaimana jika arnab kita bergeletar dan telinganya panas ? adakah ia sakit ?
[Balas Komen]
;-( tolong la , saya agak takut ,.
[Balas Komen]