Ok, untuk entry kali nih, saya nak berkongsi tips penjagaan untuk memerlihara salah satu haiwan berbulu dan bertelinga panjang, iaitu Arnab. Atau dalam bahasa Inggerisnya, dipanggil RABBIT. Bagaimanakah rupa arnab a.k.a rabbit? Dibawah inilah gambarnya… (ok, cukup~ jangan nak poyo-poyo yerk, Akuro~ dush!).
Ya, selain menulis blog dan menjual baju raya (dah abis raya, dah tak jual baju raya lagi dah~), saya juga ada membela arnab yang juga menjadi mata pencarian saya sepanjang berada dikampung. Buat masa ini, sudah ada berbelas ekor arnab yang sudah saya jual di ‘Pasar Lambak, Bukit Gambir’ dengan harga yang berpatutan. (ermm~ berpatutan ker? huhu~) Diatas permintaan seorang rakan yang baru mula hendak memerlihara arnab, disini ada sediakan beberapa tips yang saya gunakan untuk memerlihara arnab. Ok, Dari mana patut saya mula ya? Ok, arnab nih dia ada macam-macam jenis. Nak tahu jenis-jenis dia, kamu boleh lihat di sini…
Antara beberapa perkara yang perlu kamu tahu untuk memerlihara arnab adalah;
Makanan
Jika kita lihat dipasaraya, makanan arnab yang biasanya ada dijual adalah PELLET. Saya biasa panggil benda nih, dedak arnab. Pellet nih rupa dia panjang-panjang. seperti gambar dibawah.

Pellet a.k.a dedak arnab
Selain itu ada juga makanan arnab lain, seperti rumput HAY dan beberapa jenis rumput lain yang dikatakan sangat bagus untuk diet arnab. Tapi untuk arnab yang saya bela, saya tak pernah beri rumput begini. Sebab di kampung saya tak ada jual jenis makanan arnab yang begini. Jadi untuk menstabilkan diet si arnab, saya telah memberinya makan ‘rumput Israel’.

Rumput Israel
Selain rumput Israel, daun kangkung, daun pucuk manis, daun pucuk tenggek burung, pandan dan daun ulam raja juga menjadi makanan sampingan untuk arnab. Ianya tidak memerlukan kos yang tinggi sebab kesemua jenis pokok dan daun yang saya beritahu tadi semuanya sudah ada tertanam disekeliling rumah saya. Terutamanya rumput Israel. Memang banyak boleh dipetik dalam belukar dikebun-kebun. Daun pucuk keledek dan daun pucuk ubi juga boleh diberikan kepada arnab. Tetapi kamu perlu menjemurnya terlebih dahulu untuk mengeringkan getah yang ada pada daun tersebut. Ini untuk mengelakkan arnab ‘mabuk’ kerana termakan daun yang bergetah.
Suka saya ingatkan disini, jika memberi arnab makan sayur atau daun-daun, JANGAN diberi pada waktu pagi. Kerana ia boleh menyebabkan arnab kamu mengalami sakit perut.
Shouta~ Arnab putih saya...
Air yang bersih juga perlu disediakan untuk arnab. Pastikan bekas untuk meletakkan air minum arnab sentiasa dalam keadaan bersih untuk mengelakkan arnab terkena jangkitan penyakit.
Tempat Tinggal
Kamu boleh memilih sama ada mahu memerlihara arnab didalam sangkar, atau buatkan sebuah reban untuk arnab kamu. Jika kamu bercadang untuk memerliharanya sekadar untuk suka-suka (bukan untuk ternakan), kamu bolehlah membelanya didalam sangkar. Alah~ sangkar yang lebih kurang macam sangkar kucing tuh… Tapi jika kamu bercadang untuk membuat ternakan, lebih baik kamu buatkan reban untuk arnab-arnab kamu. Dengan tempat yang luas dan besar didalam reban, arnab kamu akan lebih bebas bergerak dan tidak terasa sesak bila bilangan arnab sudah bertambah banyak.
Ibu arnab: Suki & Arnab jantan: Teruna~
Jika kamu ingin membina reban arnab, pastikan reban itu mempunyai 2 pintu. Maksud saya, reban tu dah dibahagi 2 atau dah disekat dibahagian tengahnya. Ini untuk memudahkan kamu memisahkan arnab jantan dan arnab betina bagi mengatur kitar peranakkan bagi arnab kamu. Sebab arnab betina nih, tiba waktu dia dah boleh beranak, dia akan subur sentiasa… huhu~
Nisbah untuk menternak arnab adalah 1:5. Iaitu 1 arnab jantan nisbah 5 arnab betina. (hah, bagi yang lelaki, jangan jadi macam arnab ya~ kota lebih dah tuh…)
Kesihatan
Ok, seperti yang ada saya beritahu diatas tadi, jika mahu beri arnab kamu makan sayur, jangan beri pada waktu pagi untuk mengelakkan sakit perut. Pastikan juga arnab kamu sentiasa diberi minum air yang bersih untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Jika kamu hanya berikan arnab kamu makan pellet/dedak arnab sahaja, kamu perlu pastikan air minum arnab sentiasa ada kerana arnab akan mudah haus dan kuat minum air jika ia hanya diberi makan pellet sahaja. Jangan beri arnab kamu makan kobis bulat… erm~ nih saya pun tak pasti kenapa… mungkin akan ada masalah dengan perut kot~
Si Kuning...
Elakkan arnab kamu dari kesejukan. Pastikan kamu tidak memandikan arnab kamu kerana arnab tidak tahan dengan sejuk. Effect; kaki arnab akan jadi kaku. Ada sesetengah jenis arnab yang kamu perlu buatkan unggun api dibawah reban pada setiap Subuh, untuk mengelakkan arnab berada dalam kesejukan. Ok, tips yang nih, ada rakan sekerja kakak yang suggest kan kat saya. Tapi saya tak pernah buat sebab takut terbakar reban, mahu jadi BBQ arnab-arnab saya.. huhu~
Pastikan reban atau sangkar arnab kamu sentiasa bersih. Buang atau basuh bekas tahi seminggu sekali untuk mengelakkan arnab kamu diganggu hama, agas-agas, atau semut.
Tempat Beranak
Ibu arnab boleh beranak paling cepat, sebulan sekali. Jika kamu tak larat nak jaga arnab yang beranak sebulan sekali, kamu perlu pisahkan arnab jantan dan arnab betina didalam reban seperti yang saya ceritakan diatas tadi. Kitaran yang biasa saya buat, adalah seperti ini;
Reban yang dah dibahagi 2 bahagian, pada bahagian 1 reban, saya letakkan 1 arnab jantan dan 1 arnab betina selama 1 atau 2 minggu. Manakala 4 ekor arnab betina yang lain saya letakkan pada bahagian 2 reban. Selepas 1 minggu atau 2 minggu, tukar arnab betina yang ada bersama dengan arnab jantan tadi kepada arnab betina yang lain. Manakala arnab betina yang bersama dengan arnab jantan tadi diletakkan bersama arnab betina yang lain (pada reban bahagian 2). Bila dah cukup 1 atau 2 minggu, tukar lagi arnab betina yang sama bahagian dengan arnab jantan tu dengan arnab betina yang lain pula. Kitaran begini saya buat untuk mengelakkan beberapa ekor arnab betina, beranak saing. Sebab kalau dah beranak saing nanti, kita juga yang confius. Ini anak siapa? Mak nya yang mana?
Tempat beranak untuk ibu arnab pula, jika kamu rajin, kamu bolehlah buatkan kotak seperti gambar dibawah.

Kotak yang digunakan untuk arnab melahirkan anak...
Disebabkan saya tidak pandai membuat kotak seperti itu, apa yang saya buat adalah dengan memerhatikan gelagat arnab betina. Jika ada antara arnab betina yang sudah mencabutkan bulu-bulunya untuk membuat sarang, saya akan ambil arnab itu beserta bulu-bulunya sekali, lalu saya masukkan kedalam sebuah bakul yang sederhana besar dan biarkan ia beranak disitu. Kemudian, selepas 3 minggu, barulah saya keluarkan ibu arnab dan anak-anaknya dari dalam bakul, dan masukkan mereka kedalam reban semula.
Penjagaan Anak Arnab
Kita perlu lihat keadaan ibu arnab. Ada sesetengah ibu arnab yang pandai menjaga anak. Tidak kurang juga ibu arnab yang tak pandai menjaga anak dan hanya membiarkan anaknya mati begitu sahaja. Jika si ibu arnab pandai menjaga anaknya, apa yang perlu kamu buat, hanya memastikan ibu arnab berada dalam keadaan sihat dan mendapat makanan dan minuman yang cukup. Tetapi jika si ibu arnab tidak pandai menjaga anak, kamu perlu sama-sama menjaga anak arnab tersebut.

Anak arnab yang baru lahir...
Antara tips yang saya dapat dari rakan yang menjual haiwan perliharaan di Pasar Lambak, dia mengatakan kita perlu paksa si ibu arnab menyusukan anaknya dengan cara memegang keempat-empat kaki ibu arnab tersebut. Manakala tips yang lain pula, ada yang mencadangkan supaya anak arnab diberi minum air rebusan beras (air bubur) dengan picagari hingga 4 minggu. Tips memberi air bubur ini sudah saya praktikkan dan ianya berhasil…
Dibawah ini gambar baby arnab yang dah berusia hampir 3 minggu… Cute tak? huhu~
Antara yang dah dijual...
Yang dibawah ini pula, anak arnab yang dah berusia sebulan lebih…
Comel tak? Baby rabbit nih, nama dia 'Tenuk'. huhu~
Permainan
Seperti kucing, arnab juga adalah sejenis haiwan yang boleh dimanja. Jika arnab ini manja, ia akan mengeluarkan bunyi ‘purr‘ seperti kucing. Heh, tak tahulah betul ker tak, sebab arnab saya tak ada pula keluar bunyi begitu (boleh refer Lazybunny). Sesekali, kamu boleh bermain dan manjakan arnab yang kamu perlihara. Sepanjang saya memerlihara arnab, saya dapati arnab sangat suka pada kertas. Terutamanya kertas tebal seperti kotak kertas dan beg kertas. Jika kamu berikan kotak kertas yang tebal pada arnab, Si arnab akan masuk dan tidur didalam kotak itu. Jika tidak tidur, Si arnab akan menggigit dan mencakar kotak kertas itu hingga hancur sebelum memakannya.. huhu~
Jika kamu bawa masuk arnab kamu kedalam rumah, pastikan arnab kamu tidak menggigit kabel eletrik atau kabel telefon. Ini kerana arnab memang terkenal dengan sifatnya yang suka menggigit dan mengunyah. Jauhkan juga arnab kamu dari pemangsa seperti kucing yang garang, dan sebagainya.
*******
Ok lah, rasanya itu saja tips-tips yang saya terfikir buat masa ini. Jika ada sebarang tambahan atau ingin mengemukakan pertanyaan, kamu bolehlah berbuat demikian diruangan komen ok… Terima Kasih kerana sudi membaca…
Referance; wordpress.com/” target=”_blank”>Lazzybunny, Arnabkiut.
Update; Korang mempunyai blog dan ingin memenangi wang tunai sebanyak RM500 dengan cara menulis entri di blog? Korang boleh check disini~ ‘Contest Hidup Berani Untuk Gagal’
Popularity: 100% [?]
nga.. cmne nk tau lau natang ni kne pnyakit?
tinge dia jd xbermaya, sebelah je plak tuh..
lau positif kne sakit, nk wat cmne?
[Balas Komen]
izzudin Reply:
November 30th, 2010 at 8:36 am
@arif, ianya bkan lah sakitb sbnrnya,,ia mgkin baka daripada arnab loop ear
[Balas Komen]
saya br nk cuba2 bela arnab.bg adiah tuk anak sbb dia bagus dlm pelajaran.br smlm beli & pg ni td dia dh mati.sempat bwk jmpa doc & doc ckp dia terkejut.k/org pon pelik sbb nyer kt rumah tkder kucing & sangkar dia mmg kami tutup dgn kain.pg2 lg saya tgk dia ok,saya usap2 dia.dlm kul 9lbih hubby pnggil & srh tgk si Mimi dh flat.ms 2 dia bnyawa lg & mata pon blinking& ada klua kn bunyi.then doc xplain naper dia jd mcm 2.rupe nyer arnab ni jenis yg slalu dlm ketakutan.walau bnda yg sket pon dia akn tkejut,terus stress & blh menyebabkn kematian.perubahan environment pon blh mnyebabkn dia jd stress.klu kita slalu pgang pon dia blh jd stress.d treatment given- injection & sum vitamin tp tk smpai 5 min dia mati.masa tanam 2 my dotter menangis teresak2 sbb Mimi 2 ‘protege’ dia.so,skrg tinggal sekor jer arnab.mcm tk pcaya plak sbb saya tgk org lain bela arnab mcm senang jer.rupe nyer ssah gak yer…blh tk tlg bantu saya….thanks
[Balas Komen]
shahnaqiu Reply:
August 24th, 2010 at 12:08 am
agaknyer rabbit awak lmas kort coz awak tutop sangkar die ngan kain coz sye xpena plak totop sangkar ngan kain dowank k jerk xde pe2 prop pun
[Balas Komen]
Wa ingin membela arnab ni sebagai pendapatan sampingan jika ada sesiapa nak jual wa nak beli.Dewasa ke anak ke wa akan sapu tp tngk hage dulu la yek.
[Balas Komen]
arie Reply:
July 12th, 2010 at 2:13 pm
nk beli ke..saya ad dua ekor..dah besar
[Balas Komen]
Along Reply:
July 17th, 2010 at 4:40 am
@arie, saya ada sekor jantan dewasa berwarna kelabu, sangat aktif… call 017-6644865 Along KL
[Balas Komen]
Along Reply:
August 6th, 2010 at 5:10 pm
@Along, dh jual dh
shahnaqiu Reply:
August 24th, 2010 at 12:10 am
bape harga?
[Balas Komen]
nak tny cket boley? sy niy bru berminat bela rabbit~ ada sepasang.. baka apa xreti nk kabo kan.. huhu~ nway… knp ye arnab jantan sy ni ske gigit arnab betina ni.. npk mcm bersihkan bulu.. tp tataw la.. pastu yg betina ni pon wat selamba je x elak pon.. mslhnye skrg… kpala dia smpi botak dikerjkan dek jantan nye… urm… persoalannya… normal ke sifat ‘mereka’ ni? hoho~ sgt2 nak taw… x sakit ke yg betina ni cuz smpi da gondol pon yg jantan masih ag gigit de… hoho~ time kasih atas kejesama~
[Balas Komen]
saya ingin arnab saya sihat
[Balas Komen]
saya nak tahu mcm mana mahu tngok mana satu betina mana satu jantan…bab saya nmpk sama je…atau sya trsalh nmpk….he3x
[Balas Komen]
huhuh npew eh arnab 2 berak cair? n betne ag besar dri jntan normal kew 2??
[Balas Komen]
honey Reply:
July 11th, 2010 at 1:20 am
arnab saye pown berak cair x henti2…..mcm new nk wat???
dye sakit teruk x???
[Balas Komen]
putra Reply:
July 24th, 2010 at 9:18 pm
sembelih jer…makan pon sedap……
[Balas Komen]
ans_ti Reply:
August 10th, 2010 at 9:47 pm
hye……sy rasa awk bagi die makan sayur awal pagi kot thats why die berak cair coz sakit perut….bye
[Balas Komen]
arnab sy xmau mkn paplet laa cm ne nieee..
[Balas Komen]
Along Reply:
July 14th, 2010 at 3:56 am
@peacee, arnab sya dlupun x nk makan paplet ni, ketika baru beli lah. sya ajar berpering-peringkat shinggalah arnab tu makan paplet…. sya lakukan dgn cara mencampurkan rumput (75%) dan paplet (25%) pd prmulaan. lelama arnab sya makan paplet sahaja…. namun demikian sya tidak lupa untuk memberi makanan segar seperti owner blog senaraikan secara bergilir-gilir….
[Balas Komen]
testing komen
[Balas Komen]
haziq Reply:
June 27th, 2010 at 10:20 am
[Balas Komen]
cye baru jer nk bela arnab.nk kena tngok cara2 ntuk jaganya.huhu
[Balas Komen]
jika kaki arnab patah dan luka apakah tindakan yang paling baik saya ambil.macam ini ceritanya adik saya membawa arnab saya keluar dia lari adik saya kejar arnab selepas itu adik saya jatuh dan terpijak arnab,lalu kakinya luka dan patah
[Balas Komen]
Salam, aku baru bela 1 pasang arnab. Dan hari dah mati sekor.
kira aku bela dah nak dekat 1 bulan.
Tiba2 mulut nyer dan gigi nyer ada kesan terbakar. apa hal ya?
[Balas Komen]
i like this 4 u blog…..
[Balas Komen]
masalah sy sekarang,rabbit sy x minum air putih melainkan air susu.dan bila mahu makan de xmahu makan sayur tetapi nasi putih sahaja.apabila diberikan nasi n lobak merah.rabbit saya akn pergi pada nasi berbanding lobak.
[Balas Komen]
shahnaqiu Reply:
August 24th, 2010 at 12:27 am
snang je nak settle prop 2..pe kate lempang je mke arnab 2 sambil ckap xsdar dr ngan mkanan yg dah dbgy huhuh nie gurauan semata-mata jgn itot arw….hehe
[Balas Komen]
erm arnab slalunya ble mngandung pada umur brapa ya??masa umurnya brapa bulan arnab betina ble subur??
[Balas Komen]
shahnaqiu Reply:
August 24th, 2010 at 12:31 am
arnab matang mse umur 6blan n stau sye die subur pd waktu pagy so ble die da matang n subur brulah die bleh bunting tq.
[Balas Komen]
aku ada bela arnab skrg nie..aku bli 3 ekor..sbb x cukup knowledge..2 ekor arnab aku mati..sbb terlebih makan pucuk keledek..aku dah ada experince masa kecil bela2 arnab…n hasil dia mmg memuaskan..n skrg aku cdg nak bela utk tujuan komersial..sbb aku dah kaji dr segi pasaran ia mmg amat menguntungkan..cuma skrg ni aku perlu kn sorg mentor utk aku success dlm hal ini.aku duk kt tangkak n aku brharap dpat jumpa blogger ni utk dpt skit maklumat..
[Balas Komen]
kt area muar nie..or bukit gambir kt mana leh dpt makanan arnab ngan harga murah..maksud sy kurang dr RM1.80 sekg..
[Balas Komen]
kaki patah..? balut kot mcm blaja PBSM tu.. mgkin leh baik pulih tulang dia.. agaknyer..
[Balas Komen]
saya baru membeli dua ekor anak arnab. namanya bubu & bibi. di sini saya nak bertanyalah, betul ke si arnab tak boleh dimandikan? masa saya beli arnab jurujual tu cakap arnab boleh dimandikan 1 kalu seminggu. dia juga cadangkan pada saya untuk belikan syampoo arnab. syampoo tu diguna selepas mandikan arnab dengan hanya disembur pada arnab. tujuan syampoo itu untuk wangi kan bau arnab. betul ke? pls tolong replay. TQ!
[Balas Komen]
betul ke arnab tak boleh dimandikan?
[Balas Komen]
Along Reply:
July 14th, 2010 at 3:50 am
@chek we, sya sndri x pasti yg arnab x bleh d mndikan ttp arnab sya memang sring d mndikan, paling kurng pn sbulan skali, kebiasaannya seminggu skali @ 2 minggu skali. tengok pada keadaan dia lah jika dh agak terlalu kotor…. Namun dmikian, sya mndikan dgn air suam dr pmanas air dan shampo arnab… mgkin ada sifu yg boleh tunjuk ajar….
[Balas Komen]
sya sudah hampir setahun membele sepasang arnab. kebanyakkan tip yg saya gunakan sama yg terdapat dsini. tetapi saya juga ada mandikan arnab saya dengan air suam agar dia tidak berasa sangat sejuk. arnab saya hanya mendiamkan diri sahaja sehingga saya mengeringkan bulunya.
apa yang menjadi muskil sekarang ialah, arnab saya telah beranak pagi tadi. hingga sekarang ibu arnab tidak mnyusukan anak2nya. saya telah memaksa ibu arnab itu dengan memegang kedua belah kami. kelihatan ibu arnab ini tidak ada susu. akhirnya, ibu arnab ini hanya baring disisi kotak anaknya sahaja. saya kurang maklumat dalam penjagaan ibu arnab dan anak2nya… ini pertama kali saya berhadapan dalam situasi begini… ada seiapa boleh bantu saya…… 017-6644865 Lembah Pantau Kuala Lumpur
[Balas Komen]
Mcm mana elakan arnab memakan anaknya ..ape yg membuatkn ibu bt mcm 2
[Balas Komen]
Along Reply:
July 17th, 2010 at 4:13 pm
@Jamal, nak dari arnab lain makan anak arnab, just asingkan jelah spt yg saya buat dgn mengasingkan ibu n anaknya sekali….
[Balas Komen]
Saper rasa nak arnab dewasa jantan berwarna kelabu serta agak aktif… harga bleh runding, dtg sendri… talian 017-6644865..
arnab lain sudah habis, yg tinggal lagi, ibu dgn 6 anaknya. yg ini x tahu lagi bile nak jual sbb usia anak baru seminggu… sya di KL
[Balas Komen]
thanx so much dude,…. berguna sgt.. kalau bole adakan lagi tips yg terkini ttg penjagaan arnab yea…. appreciate sgt k…=)
[Balas Komen]
mcm mne ye kalau kite nak pastikan arnab tu mengandung?kwn saye mengatakan memastikan arnab mengandung ialah perutnya bunting..benarkah kata dia?
[Balas Komen]
Along Reply:
July 20th, 2010 at 3:30 am
@nur humaira, memanglah bunting perutnya jika dia sudah mengandung… hu3…. ketika arnab aku mengandung, dia akan cuba mengelak dari mengawan lagi n dia x bagi kita sentuh perutnya… jika boleh sentuh perutnya, kita boleh rasa seperti ada ketulan disana…
[Balas Komen]
ada pulak arnab nama tenuk pelik2
[Balas Komen]
Along Reply:
July 20th, 2010 at 3:33 am
@alieya zawanie bt a zaini, bukan setkat nama TENUK, mcm nma lain pn ada gak… 6 anak arnab yg baru lahir ni dh pepandai adik sya nak beri nama, nama mkanan lah pula tu spt susu, kopi, milo, teh lah dll….
[Balas Komen]
shahnaqiu Reply:
August 24th, 2010 at 12:23 am
arnab sye nme die gampk n panjang coz badan dowank camtu klakar kan huhu
[Balas Komen]
tadi sewaktu baru sampai umah, kire baru balik keje lah, sya agak tekejut jugalah mendapati anak rabbit saya yang masih x pandai jln lagi dh tergolek di tepi sangkarnya. mujurlah bapa dia x makan dia. risau juga tadi…
[Balas Komen]
sy ade dua ekor arnab jenis angaro besar pnjng tp dua2 ekor jantan, klu ade betina dewasa bleh mbiakkan.
[Balas Komen]
smekom,saya nak tanya…..susah sangat ler nak besarkan baby arnab…mcmaner penjagaannyer?
[Balas Komen]
Along Reply:
July 27th, 2010 at 11:52 am
@putra, tak susa sgt pn sbnarnya. dlu prtma kalipn, sya rsa susah juga. arnb ni x sama mcm kucing, cra ibunya mnyusupun sekejap shj, kite memang x perasan pun…. pe yg penting sekali ialah kesihatan si ibu arnab tu, kita pastikan si ibu cukup air n makan agar dia boleh proses susu dgn baik utk anknya… anak2 arnab sya dh buka mata semua. sangat comel… saya x tahu cra nak uploag dsini, jikax , sya dh upload untuk tatapan sume…… andai baby arnab x de ibu, anda terpaksalah guna picagari untuk suap baby2 arnab tu…. sepekara lagi, berlajarlah cara pegang ank arnb dgn betul….
[Balas Komen]
tak sangke pulak arnab punya gigi arnab mcm manusia
[Balas Komen]
kalau arnab kita kotor nk buat ape?kalau mandikan dia nanti kesejukan pulak sian dye….
[Balas Komen]
karl Reply:
August 5th, 2010 at 8:55 pm
@aredibwafiy,
arnab aku dah besar…. aku mandikan je mcm mandikan kucing,, sihat je…. arnab kecik toksah mandikan….. cari je kat pet shop ade jual spray ntuk hilangkan bau…
[Balas Komen]
Along Reply:
August 5th, 2010 at 11:09 pm
@aredibwafiy, Kalau rajin, bersihkan lah dia. jike rsa x yakin nak amndikan dia, guna cara lain iaitu dapatkan pembersih dlm bentuk spray kmudian kita lap guna kain, selebihnya, dia bersihkan sndrilah bulu dia. bagi arnab saya, saya mandikan dengan air suam sbb rumah saya kebetulan ada paip air suam. selepas mandikan dia, saya segere kringkan dia.
[Balas Komen]
saya baru beli untuk anak saya, saya juga bela kucing, dari segi keselamatan macam mane ya? adakah kucing begitu memusuhi arnab?
[Balas Komen]
adik Reply:
August 5th, 2010 at 7:29 pm
sekarang saya tengah mengasi arnab sebab kita tak pandai memegang arnab sebenanya saya nak memegangnya
[Balas Komen]
karl Reply:
August 5th, 2010 at 8:53 pm
@hanan,
hahaha… x gak kot…… lau kucing bela biasanya dia x kco arnab tu… men mata je… hehhehe
[Balas Komen]
Along Reply:
August 5th, 2010 at 11:13 pm
@hanan, bab bermusuh ni, agak subjektif. andai kucing tu n arnab tu memang membesar bersama, biasanya tidak ada masalah. sikap arnab yg mudah terkejut kadangkala membuatkan kucing salah erti dan ini mungkin akan berlaku pergaduhan. namun demikian saya tidak pastilah ketepatannya sbb kucing n arnab di rumah saya tidak pernah bergaduh…
[Balas Komen]
adik saya punya arnab baru dapat anak arnab
time uwh ta tau na taruk mane anak arnab uwh
[Balas Komen]
Along Reply:
August 5th, 2010 at 11:17 pm
@elfira, just sediakan bekas yg boleh anak arnab n ibunya duduk tapi jgn lupa kutip semua bulu ibu arnab di letakkan bersama anak2 arnab tersebut… ada yg guna bakul, ada yg guna kota dll. saya hanya guna kotak sahaja di mana kotak tu akan saya potong satu penjuru tu agar ibu arnab boleh keluar masuk utk lihat anknya n menyusu anaknya…..
[Balas Komen]
bleh ka arnab makan kotak?tak sakit perut ka?
[Balas Komen]
Along Reply:
August 10th, 2010 at 4:37 am
@intan, Klu bleh mkan kotak, x yh lah beli lagi makanan dia. pakai jamu kotak tu je. sebenarnya arnab ni suke kertas, kotak dan sewaktu dgnnya. biasa dia mkn x bnyk pn, klu bnyk boleh mudarat pula. skit tu, x pe lagi.
[Balas Komen]
arnab betina saya x nak beranakla…mandulke aranb tu macam mane nak tau.dah lebih 2bln saya kawin kan yg jantan asyik nak main..je lagi satu makanan arnab yg pallet,25kg paling murah berapa boleh dapat nak save sikit la kalau siapa siapa yg boleh tolon saya area hulu langat.
[Balas Komen]
Along Reply:
August 10th, 2010 at 4:40 am
@fazli, mgkin mandul juga tapi kadangkla jntn gk mandul he he he… mgkin pelu masa lagi. tentang mkanan ni, boleh tengok di mudah.com atau sesape kt sni yg lebih arif yg mgkn bleh jawab….
[Balas Komen]
arnab betina saya x nak beranakla…mandulke aranb tu macam mane nak tau?
dah lebih 2bln saya kawin kan yg jantan asyik nak main..je lagi satu makanan arnab yg pallet,25kg paling murah berapa boleh dapat nak save sikit la kalau siapa siapa yg boleh tolong saya area hulu langat.
[Balas Komen]
USAGI~~~~~~~~~
aku de sekor usagi (new zealand white)… kesian dia… dok sorang….. sape2 ase nak bagi sekor betina sgtla dialu2kan…
sape yang sudi email kat cni.. 2494196@gmail.com
[Balas Komen]
Along Reply:
August 10th, 2010 at 4:42 am
@karl, Nak bagi tu mgkin susah kot tp dlm mudah.com ada jual usagi yg mungkin berminat… nak cari usagi utk di kawinkan, ada baiknya biar sama saiz…
[Balas Komen]
hai..saye nak tanye kalau arnab tu dah branak boleh xkite letak ibu arnab n baby arnak sakali dalam satu kotak…dalam kotak tu selain kena isi bulu ibu arnab boleh isi kain ker untuk ibu arnab n ank arnab tu
[Balas Komen]
Along Reply:
August 10th, 2010 at 4:50 am
@intan, memang sesuai letak ibu arnab n anknya dalam kotak bersama dengan bulu2nya sekali… hati2 pegang anknya. selepas sentuh anaknya, cuba sentuh hidung ibunya seketika kemudian gosok ibunya. takut ibunya tidak kenal bau anaknya di sebabkan tangan kite. tentang letak kain pula, susah sya nak komen sbb sya prnah buat tp mcm x sesuai sbb anak2 tu boleh terselimut n lemas. lebih baik campakkan tisu pada ibunya, pepandailah ibunya kutip tisu tu kemudian masukkan dalam kotak. kotak tu mesti di potong satu sudut agar ibu arnab x perlu lompat tinggi utk masuk n keluar. ibu arnab tidak berada di sisi anaknya untuk tempoh yg lama spt kucing. just seketike je utk menyusu. kite sndri x perasan bile ibu arnab menyusu. pe yg penting, jaga nitrution ibu… tahulah ibu arnab tu nk jga anaknya.
[Balas Komen]
Along Reply:
August 12th, 2010 at 7:40 am
@intan, jgn lupe air bersih utk ibu arnb. ini sangat penting utk kesihatan ibu arnb tersebut…
[Balas Komen]
memang sesuai letak ibu arnab n anknya dalam kotak bersama dengan bulu2nya sekali… hati2 pegang anknya. selepas sentuh anaknya, cuba sentuh hidung ibunya seketika kemudian gosok ibunya. takut ibunya tidak kenal bau anaknya di sebabkan tangan kite. tentang letak kain pula, susah sya nak komen sbb sya prnah buat tp mcm x sesuai sbb anak2 tu boleh terselimut n lemas. lebih baik campakkan tisu pada ibunya, pepandailah ibunya kutip tisu tu kemudian masukkan dalam kotak. kotak tu mesti di potong satu sudut agar ibu arnab x perlu lompat tinggi utk masuk n keluar. ibu arnab tidak berada di sisi anaknya untuk tempoh yg lama spt kucing. just seketike je utk menyusu. kite sndri x perasan bile ibu arnab menyusu. pe yg penting, jaga nitrution ibu… tahulah ibu arnab tu nk jga anaknya..
[Balas Komen]
Selain mengemukakan masalah arnab disini. saya cadangkan sesiapa sahaja yang sudi menulis pengelaman masing2 dalam memelihara arnab agar dapat di kongsikan bersama kepada pendengar yang lain. bertukar pandangan juga, amat di alukan demi kebaikan bersama….
[Balas Komen]
ooo baru yang rumput tu nak kene jemur dulu b4 bg arnab tu makan….patut la arnab saya cam x betul jer bile die makan rumput tu fresh2…arnab cume x blh mkan kobis bulat jer ker? cam lobak merah still bolehkan…???
[Balas Komen]
Along Reply:
August 14th, 2010 at 4:05 am
@sue, lobak masih boleh… jgn wisau tp sebrg sayur klu boleh jgn beri di waktu pagi takut masalah perut, pg berilah dedak, agak tengah hari n petang, baru beri sebarang sayur yg boleh di makan spt lobak tu…
[Balas Komen]
salam…..camne nak buat baja kompos drpd tahi arnab???boleh bagi panduan?
[Balas Komen]
Along Reply:
August 14th, 2010 at 4:08 am
@ans_ti, sya x thu sngt tp cra sya buat dengan mangmbil tahi arnab yg x bercmpur dgn air kencingnya letak di kaki tumbuhan tersebut. tidak lah banyak sangat. kire agak2 je sukatan. tahi arnab yg dh bercmpur kencing, agak busuk dan hancing…
[Balas Komen]
Along Reply:
August 14th, 2010 at 4:09 am
@ans_ti, saper yg lebih arif, pls help…
[Balas Komen]
Baja kompos,,,em,,,,lagi baik campurkan dgn sisa makanan, daun2 kering, tahi arnab dan kapur…. buat berlapis-lapis…. mulakan dgn bahan kasar seperti sisa tumbuhan(daun kering@rumput…lepastu lapisan kedua dgn sisa makanan(nasi basi, ro dah expired dll), lapisan ketiga tahi arnab, lapisan terakhir kapur….ulang langkah2 tu sampai semua bahan habis diguna….siram sikit air…..biarkan selama beberapa hari…lepas tu bolehla diuji guna kayu….cucuk kayu kat tgh timbunan kompos…kayu kayu tu panas dan lembab maksudnya kompos sedang diurai….jadilah kompos tu….biarkan selama sebulan sebelom diguna sbg baja organik…
[Balas Komen]
ank arnab suka mati nape ek
[Balas Komen]
Along Reply:
August 21st, 2010 at 12:35 am
@aqil shah, biasenya anak arnab mudah mati adalah kerana beberapa faktor seperti pemakanan, sunyi, keselesaan dll. faktor kebiasaannya adalah pemakanan yg tidak sesuai di mana perut anak arnab belum bersedia menerima pemakanan seperti arnab biasa…. keselesaan pule lebih kepada habitat anak arnab tu sndri dina waktu tidur, bermain dll… jike asyik dok main die je, memang lembik dia sbb keletihan… arnab yg kesuinyian pun mudah mati juge tapi ada juge yg tidak mati kerana hidupnya tidak bosan. arnab pun menikus juge tapi tidak seperti kucing….
[Balas Komen]
saya baru memulakan ternakan arnab, ada tiga ekor arnab. dua betina satu jantan. saya rasa umurnya dah sesuai untuk dikahwinkan, tapi saya tak tahu cara yang betul. saya cuma letakkan seekor jantan dan seekor betina setiap malam. ada cara lain ke?
amadkhir´s last [type] ..Soal Jawab Penternakan Arnab
[Balas Komen]
Along Reply:
August 21st, 2010 at 12:36 am
@amadkhir, arnab mengawan tidak semestinya di waktu malam sahaja… begini lah, pe kata anda letak pasangan tu untuk tempoh satu bulan tanpe mengasingkannya langsung kemudian lihat hasilnya….
[Balas Komen]
[Balas Komen]
Ibu arnab tidak makan anak dia kah?bolehkah letak arnab di luar sangkar??
[Balas Komen]
Along Reply:
August 21st, 2010 at 12:44 am
@FBBVuv, Kebiasaanya ibu arnab memang tidak makan arnab.. yg mungkin makan arnab ialah bapa arnab tu sendri sbb itu di nasihatkan apabila ibu arnab menunjukkan gaya ingin bersalin, cepat2lah asingkan arnab jantan tu… sememangnya hanya ibu arnab shj yg tahu jaga anaknya. bapa arnab ni hanya tahu buntingkan arnab je….
tentang arnab berada di laur sangkar, x jadi masalah pun. arnab akan akan jadi riang dengan cara terlompat2 dan tergedik2. itu tanda dia epy. juge berlari sana sini sesuke ati…. namun demikian, di nasihatkan arnab anda tahu jamban dia agar dia tidak membuang di merata tempat juge jgan lupe pastikan wayer yg mungkin boleh di capai arnab tidak akan di capai oleh arnab. ini krn arnab suke mengigit walaupun dinding umah he he… sya sudah ada pengelaman dalam hal ini….. arnab saya memang saya lepas berlegar di dalam bilik tidur sya. sangkar pule di gunekan utk anak2 dan isterinya… kire sekor dia je lah bermain pusing 1 bilik, tp tdiur di sisi sangkar juge sbb dekat dengan family dia…
[Balas Komen]
cmne cara nk ilangkan bau rebit… setiap hari basuk kandang tp ade lg bau… tulun…
[Balas Komen]
Arnab yang baru lahir kalau kena gigit semut mati tak?
[Balas Komen]
Saya ada 2 ekor arnab.Yang jantan nama die rainbow.Yang betina nama die kelabu.Kelabu garang sangat.Die sukaaaa main cakar2.Kalau sentuh sikit pun marah.X sentuh pun marah.Yang Rainbow nie pulak nak sentuh die lari,duduk dekat dengan die pun nak lari.Macam mana nak bagi die manja dengan saya?:worried:
[Balas Komen]