Ok, untuk entry kali nih, saya nak berkongsi tips penjagaan untuk memerlihara salah satu haiwan berbulu dan bertelinga panjang, iaitu Arnab. Atau dalam bahasa Inggerisnya, dipanggil RABBIT. Bagaimanakah rupa arnab a.k.a rabbit? Dibawah inilah gambarnya… (ok, cukup~ jangan nak poyo-poyo yerk, Akuro~ dush!).
Ya, selain menulis blog dan menjual baju raya (dah abis raya, dah tak jual baju raya lagi dah~), saya juga ada membela arnab yang juga menjadi mata pencarian saya sepanjang berada dikampung. Buat masa ini, sudah ada berbelas ekor arnab yang sudah saya jual di ‘Pasar Lambak, Bukit Gambir’ dengan harga yang berpatutan. (ermm~ berpatutan ker? huhu~) Diatas permintaan seorang rakan yang baru mula hendak memerlihara arnab, disini ada sediakan beberapa tips yang saya gunakan untuk memerlihara arnab. Ok, Dari mana patut saya mula ya? Ok, arnab nih dia ada macam-macam jenis. Nak tahu jenis-jenis dia, kamu boleh lihat di sini…
Antara beberapa perkara yang perlu kamu tahu untuk memerlihara arnab adalah;
Makanan
Jika kita lihat dipasaraya, makanan arnab yang biasanya ada dijual adalah PELLET. Saya biasa panggil benda nih, dedak arnab. Pellet nih rupa dia panjang-panjang. seperti gambar dibawah.

Pellet a.k.a dedak arnab
Selain itu ada juga makanan arnab lain, seperti rumput HAY dan beberapa jenis rumput lain yang dikatakan sangat bagus untuk diet arnab. Tapi untuk arnab yang saya bela, saya tak pernah beri rumput begini. Sebab di kampung saya tak ada jual jenis makanan arnab yang begini. Jadi untuk menstabilkan diet si arnab, saya telah memberinya makan ‘rumput Israel’.

Rumput Israel
Selain rumput Israel, daun kangkung, daun pucuk manis, daun pucuk tenggek burung, pandan dan daun ulam raja juga menjadi makanan sampingan untuk arnab. Ianya tidak memerlukan kos yang tinggi sebab kesemua jenis pokok dan daun yang saya beritahu tadi semuanya sudah ada tertanam disekeliling rumah saya. Terutamanya rumput Israel. Memang banyak boleh dipetik dalam belukar dikebun-kebun. Daun pucuk keledek dan daun pucuk ubi juga boleh diberikan kepada arnab. Tetapi kamu perlu menjemurnya terlebih dahulu untuk mengeringkan getah yang ada pada daun tersebut. Ini untuk mengelakkan arnab ‘mabuk’ kerana termakan daun yang bergetah.
Suka saya ingatkan disini, jika memberi arnab makan sayur atau daun-daun, JANGAN diberi pada waktu pagi. Kerana ia boleh menyebabkan arnab kamu mengalami sakit perut.
Shouta~ Arnab putih saya...
Air yang bersih juga perlu disediakan untuk arnab. Pastikan bekas untuk meletakkan air minum arnab sentiasa dalam keadaan bersih untuk mengelakkan arnab terkena jangkitan penyakit.
Tempat Tinggal
Kamu boleh memilih sama ada mahu memerlihara arnab didalam sangkar, atau buatkan sebuah reban untuk arnab kamu. Jika kamu bercadang untuk memerliharanya sekadar untuk suka-suka (bukan untuk ternakan), kamu bolehlah membelanya didalam sangkar. Alah~ sangkar yang lebih kurang macam sangkar kucing tuh… Tapi jika kamu bercadang untuk membuat ternakan, lebih baik kamu buatkan reban untuk arnab-arnab kamu. Dengan tempat yang luas dan besar didalam reban, arnab kamu akan lebih bebas bergerak dan tidak terasa sesak bila bilangan arnab sudah bertambah banyak.
Ibu arnab: Suki & Arnab jantan: Teruna~
Jika kamu ingin membina reban arnab, pastikan reban itu mempunyai 2 pintu. Maksud saya, reban tu dah dibahagi 2 atau dah disekat dibahagian tengahnya. Ini untuk memudahkan kamu memisahkan arnab jantan dan arnab betina bagi mengatur kitar peranakkan bagi arnab kamu. Sebab arnab betina nih, tiba waktu dia dah boleh beranak, dia akan subur sentiasa… huhu~
Nisbah untuk menternak arnab adalah 1:5. Iaitu 1 arnab jantan nisbah 5 arnab betina. (hah, bagi yang lelaki, jangan jadi macam arnab ya~ kota lebih dah tuh…)
Kesihatan
Ok, seperti yang ada saya beritahu diatas tadi, jika mahu beri arnab kamu makan sayur, jangan beri pada waktu pagi untuk mengelakkan sakit perut. Pastikan juga arnab kamu sentiasa diberi minum air yang bersih untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Jika kamu hanya berikan arnab kamu makan pellet/dedak arnab sahaja, kamu perlu pastikan air minum arnab sentiasa ada kerana arnab akan mudah haus dan kuat minum air jika ia hanya diberi makan pellet sahaja. Jangan beri arnab kamu makan kobis bulat… erm~ nih saya pun tak pasti kenapa… mungkin akan ada masalah dengan perut kot~
Si Kuning...
Elakkan arnab kamu dari kesejukan. Pastikan kamu tidak memandikan arnab kamu kerana arnab tidak tahan dengan sejuk. Effect; kaki arnab akan jadi kaku. Ada sesetengah jenis arnab yang kamu perlu buatkan unggun api dibawah reban pada setiap Subuh, untuk mengelakkan arnab berada dalam kesejukan. Ok, tips yang nih, ada rakan sekerja kakak yang suggest kan kat saya. Tapi saya tak pernah buat sebab takut terbakar reban, mahu jadi BBQ arnab-arnab saya.. huhu~
Pastikan reban atau sangkar arnab kamu sentiasa bersih. Buang atau basuh bekas tahi seminggu sekali untuk mengelakkan arnab kamu diganggu hama, agas-agas, atau semut.
Tempat Beranak
Ibu arnab boleh beranak paling cepat, sebulan sekali. Jika kamu tak larat nak jaga arnab yang beranak sebulan sekali, kamu perlu pisahkan arnab jantan dan arnab betina didalam reban seperti yang saya ceritakan diatas tadi. Kitaran yang biasa saya buat, adalah seperti ini;
Reban yang dah dibahagi 2 bahagian, pada bahagian 1 reban, saya letakkan 1 arnab jantan dan 1 arnab betina selama 1 atau 2 minggu. Manakala 4 ekor arnab betina yang lain saya letakkan pada bahagian 2 reban. Selepas 1 minggu atau 2 minggu, tukar arnab betina yang ada bersama dengan arnab jantan tadi kepada arnab betina yang lain. Manakala arnab betina yang bersama dengan arnab jantan tadi diletakkan bersama arnab betina yang lain (pada reban bahagian 2). Bila dah cukup 1 atau 2 minggu, tukar lagi arnab betina yang sama bahagian dengan arnab jantan tu dengan arnab betina yang lain pula. Kitaran begini saya buat untuk mengelakkan beberapa ekor arnab betina, beranak saing. Sebab kalau dah beranak saing nanti, kita juga yang confius. Ini anak siapa? Mak nya yang mana?
Tempat beranak untuk ibu arnab pula, jika kamu rajin, kamu bolehlah buatkan kotak seperti gambar dibawah.

Kotak yang digunakan untuk arnab melahirkan anak...
Disebabkan saya tidak pandai membuat kotak seperti itu, apa yang saya buat adalah dengan memerhatikan gelagat arnab betina. Jika ada antara arnab betina yang sudah mencabutkan bulu-bulunya untuk membuat sarang, saya akan ambil arnab itu beserta bulu-bulunya sekali, lalu saya masukkan kedalam sebuah bakul yang sederhana besar dan biarkan ia beranak disitu. Kemudian, selepas 3 minggu, barulah saya keluarkan ibu arnab dan anak-anaknya dari dalam bakul, dan masukkan mereka kedalam reban semula.
Penjagaan Anak Arnab
Kita perlu lihat keadaan ibu arnab. Ada sesetengah ibu arnab yang pandai menjaga anak. Tidak kurang juga ibu arnab yang tak pandai menjaga anak dan hanya membiarkan anaknya mati begitu sahaja. Jika si ibu arnab pandai menjaga anaknya, apa yang perlu kamu buat, hanya memastikan ibu arnab berada dalam keadaan sihat dan mendapat makanan dan minuman yang cukup. Tetapi jika si ibu arnab tidak pandai menjaga anak, kamu perlu sama-sama menjaga anak arnab tersebut.

Anak arnab yang baru lahir...
Antara tips yang saya dapat dari rakan yang menjual haiwan perliharaan di Pasar Lambak, dia mengatakan kita perlu paksa si ibu arnab menyusukan anaknya dengan cara memegang keempat-empat kaki ibu arnab tersebut. Manakala tips yang lain pula, ada yang mencadangkan supaya anak arnab diberi minum air rebusan beras (air bubur) dengan picagari hingga 4 minggu. Tips memberi air bubur ini sudah saya praktikkan dan ianya berhasil…
Dibawah ini gambar baby arnab yang dah berusia hampir 3 minggu… Cute tak? huhu~
Antara yang dah dijual...
Yang dibawah ini pula, anak arnab yang dah berusia sebulan lebih…
Comel tak? Baby rabbit nih, nama dia 'Tenuk'. huhu~
Permainan
Seperti kucing, arnab juga adalah sejenis haiwan yang boleh dimanja. Jika arnab ini manja, ia akan mengeluarkan bunyi ‘purr‘ seperti kucing. Heh, tak tahulah betul ker tak, sebab arnab saya tak ada pula keluar bunyi begitu (boleh refer Lazybunny). Sesekali, kamu boleh bermain dan manjakan arnab yang kamu perlihara. Sepanjang saya memerlihara arnab, saya dapati arnab sangat suka pada kertas. Terutamanya kertas tebal seperti kotak kertas dan beg kertas. Jika kamu berikan kotak kertas yang tebal pada arnab, Si arnab akan masuk dan tidur didalam kotak itu. Jika tidak tidur, Si arnab akan menggigit dan mencakar kotak kertas itu hingga hancur sebelum memakannya.. huhu~
Jika kamu bawa masuk arnab kamu kedalam rumah, pastikan arnab kamu tidak menggigit kabel eletrik atau kabel telefon. Ini kerana arnab memang terkenal dengan sifatnya yang suka menggigit dan mengunyah. Jauhkan juga arnab kamu dari pemangsa seperti kucing yang garang, dan sebagainya.
*******
Ok lah, rasanya itu saja tips-tips yang saya terfikir buat masa ini. Jika ada sebarang tambahan atau ingin mengemukakan pertanyaan, kamu bolehlah berbuat demikian diruangan komen ok… Terima Kasih kerana sudi membaca…
Referance; wordpress.com/” target=”_blank”>Lazzybunny, Arnabkiut.
Update; Korang mempunyai blog dan ingin memenangi wang tunai sebanyak RM500 dengan cara menulis entri di blog? Korang boleh check disini~ ‘Contest Hidup Berani Untuk Gagal’
Popularity: 100% [?]
ni saye nk tanya macam mane nk pasti kan arnab mengandung!!ARNAB SAYE NI TK ADE BULU YANG BULAT BULAT KT BULU NYER ? TETAPI BULUNYER gugur?saye pun tk pasti !tetapi putin nyer sudah ade! lepastu kiter kena lettak kanya di mane yer?kalau kiter letk rumput kering kt kotk nanti air kencing nyer tk kotor ker?lagi satu saye nk tanyer arnab jantan tu pun gugur bulu nyer nk bagi ape yer?betul ker ar nab tk boleh makan sawi?
:love:
<3<3<3
[Balas Komen]
Terima Kasih atas tunjuk ajar awak walau pun tak seberapa ia bermakna buat say untuk memulakan ternakan arnab.
Cuma gambar kandang arnak tak ada ke?
Sekian Terima Kasih
[Balas Komen]
saya ada 3 ekor arnab..1 jantan 2betina… tapi arnab betina saya mati seekor..x tau kenapa..minggu lepas arnab betina saya melahirkan anak 6 ekor tapi sayang…habis d makan anaknya…arnab jantan pula telinga nya kena sakit…macam kulat gitu…macam mana nak rawat? bulu arnab saya x cantik… ada tip untuk bulu yg cantik?
[Balas Komen]
boleh kasi awak punya contact number tak ? saya orang Grisek, ingin memelihara arnab…
[Balas Komen]
boleh tlg bg email saya nak bertanya lebih lanjut
[Balas Komen]
waw~ comil arr awk pnye arnb.. sye suke` :party:
[Balas Komen]
eerr..nak tye ah…cmne nak kenal pasti arnab betina or jantan, time arnab ni di usia kanak2??
[Balas Komen]
arnab sy beranak sulung!!! tanx so much for the info..
[Balas Komen]
Tempat arnab beranak tu harga brape n nak beli kat mana ?
[Balas Komen]
saya ada bela arnab..mule2 bli sekor,kasi nme Cak.ble Cak dah besar,saya blikan lgi sekor ank arnb..kecik dlam 3 mggu usianye n ksi nme Ciku.ble ciku dah besar..die kwin ngan Cak. dpat ank kcukan 6 ekor..tpi x than lme…sume mti..ble dah byk branak,Cak dah matang..wlaupon yg idop kali ni sekor je tpi die dah pndai ngurus ank die, Grey nmenye… pas Grey dah remaja Cak branak lagi..Grey dpat adk 4 ekor.. Galang,Evan,Abi n Amel..huhu…ble dorg2 dah besar skit, Cak branak lagi! Dpat 2 ekor,Chikago n Chikigo… bberapa hri lpas Cak branak, Grey plak yg branak!! 4 ekor gak… Sounik, Saber,Lily n lucy.. kelam kabut idop sye time 2.. haha..skarang mreka tpakse sye dan kuarge tmpatkan dalam 1 taman sbagai kandang mereka..ltak pagar disekeliling taman so that dorg x kuar…tpi syg rsau akn kselmtan mreka semua..lgi2 msim ujan skarg ni..
[Balas Komen]
nak tnya..klu arnab yg pertama kali melahirkan anak.. adakah ibu arnab akan memakan anaknya..dan sekiranya si ibu arnab masih tidak pandai menjaga anaknya… apakah cara-cara penjagaannya…serta bagaimana hendak mengetahui anak arnab ini hendak menyusu..?
Boleh bagikan saya tip2 lengkap mengenai penjagaan anak arnab yg baru lahir…? TQ
[Balas Komen]
saya ada anak arnab baru 2 hari lahir tapi yang pelek nya ibu arnab tak nak menyusu tak di peduli pun anak nya kasian saya lihat sejuk waktu malam camna cara ni .lagi satu waktu lahir ada 4 tiba tiba tinggal satu entah kemana hilang yang tiga apakh tikus makan anak arnab atau mak dan bapak yang makan .
[Balas Komen]
Saya pertama kali menerima kelahiran arnab.bantu saya.
Adakah cara terbaik saya asingkan anak arnab dr ibunya yg baru mlahirkan memandangkan saya tgk ibu arnab tlalu buas,bimbang ia akan memakan anaknya.
Adakah saya patut simpan arnab tersebut di dalam rumah memandangkan keadaan cuaca spt hujan yg x menentu bg mempastikan anak arnab idup.
Mula dari usia berapa hari saya baru blh beri anak arnab minum air rebusan beras kiranya ibu arnab x mnyusukan anak…
[Balas Komen]
macam mana kalau arnab betina yg baru melahirkan anak kena asingkan ke sijantan???
[Balas Komen]
Terimakaseh atas info diatas,tapi saya baca sekali imbas je sebab nanti bila arnab yang saya order dah dapat saya akan rujuk balik blog ni……
[Balas Komen]
Air kencing arnab, dikira kotor peringkat ape ye?
Nazira´s last [type] ..Ada Apa Dengan Filem “HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA”?
[Balas Komen]
saya nk tanya ibu arnab kat rmh saya makan anak nye sendiri
[Balas Komen]
hai,sy nak tanya macam mana nak jaga anak arand ?
sy ada jaga anak arnad tapi seteahnya mati,sy tak tahu nak buat macam mana . tolong bagi cadaan….
[Balas Komen]
As’kum para hadirin sekalian.
Kpd mereka yg mahukan cara mudah serta segera utk kekalkan kesihatan arnab, maka sila luangkan masa meneliti info di ‘mini website’ ini:
Cara Memelihara Arnab supaya sihat dan kuat terhadap penyakit
Penawar tu akan membuatkan organ dalaman arnab jadi kuat. Semoga berjaya. Thanks.
Anginan Bayu´s last [type] ..Siapa Tahu / Ada Pendapat?
[Balas Komen]
saya ade bela sekor betine n sekor jantan..first beranak 4ekor,sy sndri yg jaga bg mnum susu tpung kucing..tp seuma mati.kali kedua dia beranak,sy asingkan jantan,then yg btina ltk kt sngkar besar sedikit,ank dia sy letakkan di dalam akuarium kecil brsama rumput kering(elak sejuk)..then ltk ar mknan ibu arnab skali dlm akuarium 2,so bile ibu msuk dlm sngkar,anak2 akan menetek,(bantu anak menyusu jika perlu)..langkah ni paling brkesan..ltk pelet pada 1 sudut pon ok je(xperlu ltk ngan bekas mknan coz ibu akan traburkannya jugak)…tp jgn lak kowunk ltk air skali dlm akuarium 2 ek…
[Balas Komen]
MCM MNE NK BEZA ARNAB JANTAN & BETINA?
[Balas Komen]
bagai mana membuat tempat tidur baby arnab
[Balas Komen]
boleh tak arnab dilatih bercakap ?
[Balas Komen]
@syazwan – kenapa arnab jantan saya suke sgt gigit badan arnab betina yang mengandung sehingga bulunya tercabut sampai …arnab betina tersebut takut terhadap arnab jantan yang selalu menggigitnya.?..tolong berikan penjelasan dengan jelas.. kerana saya takot..arnab jantan melakukan seperti itu….. ingin mebunuh arnab betina tersebut…
[Balas Komen]
arnab saya sudah mati .masa ia sakit dah bawak pergi kat kedai . org kedai tu cakap ia terkena sawan. macammana nak buat jika lain kali ter jadi lagi?
[Balas Komen]
[Balas Komen]
[Balas Komen]
bole bagitau cara mandikan arnab dengan senang tak
[Balas Komen]
sy syima dari taiping ..nk tnyer nie ..arnb sy bru sjer lahir .. n ni kali pertama ibu nie mlhirkn ank .. first born la .. abes tu dye x reti kot jage ank dye ..dye buat x thu je .. n ank arnb kn mata blom bkk lg ..so ibu dye nyusu ke x pon x thu ..tlong la jwb .. sbb sy x beraper thu psl nie… lgi pon first time bele arnb..
[Balas Komen]
sy syima dari taiping ..nk tnyer nie ..arnb sy bru sjer lahir .. n ni kali pertama ibu nie mlhirkn ank .. first born la .. abes tu dye x reti kot jage ank dye ..dye buat x thu je .. n ank arnb kn mata blom bkk lg ..so ibu dye nyusu ke x pon x thu ..tlong la jwb .. sbb sy x beraper thu psl nie… lgi pon first time bele arnb..
[Balas Komen]
sye enam arnab yg bru lher 3…smua sembilan ekor…
[Balas Komen]
@haslinda linda – 2
[Balas Komen]
tq kak nas ucapkan sebab selama ni arnab yang baru di bela dua bulan lepas hanya makan pallet , kangkung dan daun bebuas, rupa2nya rumput israil dan ulan raja pun dia makan ek… esok boleh try, punya la banyak keliling rumah tapi tak tau yang arnab makan benda2 tu…tqvm.
[Balas Komen]
saya ada arnab jugak 2 ekor seekor lulu seekor lagi lala diaorang kembar
[Balas Komen]
@Anonymous – arnab saya suka kencing ,baru nk pegang dh kencing kt ats sofa…….hati2….
[Balas Komen]
@noris – banyak mana saya nak bagi baby arnab minum air beras tu
[Balas Komen]
iiiiiii, sy nak tanye, ade x arnab beranak seekor je?
[Balas Komen]
arnab oh arnab..
saya baru memelihara seekor arnab yang dipanggil “bit bit”
arnab tu dah besar dah tapi belum dewasa…
macam mana nak kenal arnab tu jantan ke betina???
[Balas Komen]
pasaran arnab nak rujuk pada siapa?
boleh jual ke?
[Balas Komen]
kalau jantan mati……boleh ke arnab betina lahir ank??? :emotion:,,,dan berape lamakah tunggu arnab betina lahir ank? :worried:
[Balas Komen]
:love: salam semua,,sy ada jual arnab..
kalo brminat cntct la sy…hehehe
baka yg sy nk jual:mix angora,flemish giant,new zealand white,,,
anak mix angora 2bln:rm 50 sekor
sepasang 80….
boleh tengok arnab nye…tq
[Balas Komen]
lupa nk letak no tel..0176640065
sorry:)
[Balas Komen]
:worried: O:)
O:) saya suka blog ni…..tq sbb dah tolong…..selama ni saya tak reti2 lg nak jaga arnab walaupun dah nak beranak…..
[Balas Komen]
:worried: O:)
O:) saya suka blog ni…..tq sbb dah tolong…..selama ni saya tak reti2 lg nak jaga arnab walaupun dah nak beranak…..
[Balas Komen]
i want free rabbit?
[Balas Komen]
please…i want free rabbit?
[Balas Komen]
[Balas Komen]
tima kaseh kongsi cara2 penjagaan arnab… saya nie bru nak belajar bela arnab atas desakkan anak2…
[Balas Komen]
tima kaseh kongsi cara2 penjagaan arnab… saya nie bru nak belajar bela arnab atas desakkan anak2…
[Balas Komen]
SY NAK TNYA MCMNA NK TAU UMO ARNAB TU BRAPA BULAN?BRU2 NI SY ADA BLI ARNAB 2 EKO LUPA LAK NK TNYA BAKA APA,MCMNA SY NAK TAU BAKA ARNAB TU?
[Balas Komen]