Pada hari Sabtu 10 Disember 2011 yang lepas, saya telah menjejakkan kaki ke Sunway Pyramid setelah sudah berapa bulan saya tidak berjalan ke mana-mana selain balik kampung atas urusan keluarga atau pergi berulang ke tempat kerja. Ketika bersiar-siar sambil ‘widow shopping’ disana, saya sempat singgah di kedai ‘MPH Book Store’ untuk melihat kalau-kalau ada novel terbaru ‘Ramlee Awang Murshid’, atau apa-apa buku menarik yang boleh dibaca. Sambil membaca satu demi satu tajuk buku yang ada, terdapat sebuah buku yang menarik perhatian saya.
Tajuknya agak pelik, “BOGEL MENUJU TUHAN“. Dimana pada mulanya saya sangkakan ianya adalah sebuah novel. Tapi bila saya baca sinopsis pada belakang buku tersebut, barulah saya tahu rupa-rupanya buku ini adalah sebuah buku kumpulan sajak yang dihasilkan oleh seorang pelakon bernama Zahiril Adzim. Apa yang lucunya, bila saya lihat cover buku tersebut, saya kenal gambar artis ini adalah pelakon yang berlakon dalam drama/movie KAMI, Juvana dan Tolong! Awek Aku Pontianak. Tetapi saya tidak pernah tahu siapa nama pelakon ini. Sehinggalah saya bertemu dengan buku sajak karangan beliau ini, barulah saya tahu nama beliau adalah Zahiril Adzim. (Maaflah saya bukan seorang yang suka mengikuti perkembangan artis, jadi saya kurang kenal artis-artis baru nih…)
Membaca beberapa sajak karangan beliau, membuatkan saya tersenyum sendiri. Terutamanya apabila membaca sajak ‘Bogel Menuju Tuhan‘ itu sendiri. Kerana sajak itu telah mengingatkan saya pada serangkap sajak pendek yang pernah saya karang tidak lama dulu. Sajak yang berkisarkan tentang perjalanan kehidupan seorang insan yang penuh dengan dugaan… Cuma apa yang membezakannya, Zahiril Adzim membayangkan dugaan kehidupannya umpama ‘terpijak lumpur’, ‘tercarik duri pada baju, kemudian seluar’ hingga tidak dapat memakai apa-apa‘. Manakala sajak yang saya karang membayangkan dugaan kehidupan itu umpama ‘kita yang sedang meniti pada sebuah jambatan yang dipenuhi serpihan kaca…’ (Sila baca nukilan dibawah… )
Kadang-kadang terfikir,
PANJANGNYA JAMBATAN…
Entah bila nak sampai ke penghujungnya~
Jambatan yang dilalui bukan jambatan biasa.
Tapi jambatan yang penuh dengan serpihan kaca.
Setiap kali bertatih, kaki berdarah.
Kadang-kadang rasa nak berhenti, tak nak bertatih lagi.
Tapi kalau berhenti, sampai bila-bila pun takkan jumpa penghujung jambatan.
Jadi, terpaksa jalan juga…
Kalau dah tak larat berjalan dengan kaki, jalanlah pakai lutut.
Kalau tak boleh dengan lutut, jalanlah dengan tapak tangan.
Kalau tak boleh dengan tapak tangan, jalanlah dengan siku…
Wallahua’lam~
Ya, ianya membawa erti yang hampir sama tetapi di’kias’kan dengan persembahan yang berbeza. Itulah yang membuatkan saya tertarik… Bukan tertarik dengan fizikal beliau, tetapi tertarik dengan ‘style pemikiran‘ beliau… Dan melihat pelakon ini telah membuatkan nukilan pelbagai sajak sehingga boleh dibukukan, ianya memberi inspirasi kepada saya, dimana saya juga ada mengarang beberapa buah sajak dan mungkin, siapa tahu jika pada masa akan datang, saya juga boleh mengeluarkan sebuah buku sajak tentang perjalanan hidup seperti beliau? Amin….
Oklah, untuk pengetahuan buku ‘Bogel Menuju Tuhan‘ ini dijual di MPH dengan harga rm30.oo senaskah. Saya sendiri hanya sempat membelek-belek sahaja buku tersebut. Tak beli pun… sebab nama pun ‘window shopping’kan? Memang sah-sah lah takkan beli apa-apa… huhu~ Apapun, saya ada juga menyimpan hasrat untuk membeli buku tersebut… Mungkin pada bulan hadapan kot…
Untuk pengetahuan juga, dari apa yang saya baca dari blog Zahiril Adzim sendiri, buku karangan beliau ini telah dilancarkan pada bulan Jun yang lepas. Maknanya, buku nih dah 6 bulan berada di pasaran. Dan Judul buku ini juga telah mengeluarkan kontroversi kerana menggunakan perkataan ‘Bogel‘. Saya ingat, waktu zaman kegemilangan Dato’ Doktor Mahathir dulu, ada juga ahli politik yang mengarang buku bertajuk ‘Shit‘. Saya sendiri tidak pasti untuk mengatakan ianya adalah satu ‘seni’ atau apa… sebab orang yang berada dalam bidang ‘seni‘ nih, pemikiran mereka berbeza sedikit. Tapi kalau nak dibandingkan Zahiril Adzim dengan pelakon/ penyanyi Akasya, Zahiril Adzim lebih menggunakan bahasa-bahasa santai yang mudah difahami. Berbanding Akasya (kalau korang baca blog dia…) memang menggunakan bahasa-bahasa yang ‘berat’ yang memerlukan pemikiran tahap tingkat tinggi untuk faham…
Oklah, Akhir sekali, tadi saya ada menyatakan yang saya juga ada mengarang beberapa buah sajak. Jadi kepada sesiapa yang bercadang atau sudi untuk membaca sajak yang saya karang, korang boleh membacanya pada ‘link liveblog‘ saya dibawah ini…
**Karangan sajak saya ini tidak seberapa pun… Apapun, baca saja, jangan curi ya… huhu~
















Seronok dapat Baca semua cerita yang akak type nice. dapat menghibur kan hati dan mengisahkn cerita yang pernah adik lalui.
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
September 13th, 2012 at 8:51 pm
terima kasih krn sudi membaca…
[Balas Komen]