Alhamdulillah~ pulih juga blog saya selepas di suspend oleh pihak hosting lebih kurang 1 hari. Alasan pihak hosting meng’suspend blog saya adalah seperti yang pernah saya ceritakan diblog ini beberapa bulan yang lalu. Dimana, pihak hosting ada menghantar email, memberitahu masalah yang ada diblog saya ini.
Ok lah, berbalik pada tajuk yang hendak saya ceritakan hari ini. Hari Ahad lepas, sepupu saya yang tinggal di Melaka ada datang berkunjung ke rumah saya menghantar kain untuk di upah jahit. Sewaktu kami seronok bersembang, sepupu saya sempat bercerita mengenai seekor anak kucing milik rakannya yang mempunyai tulisan ‘Allah’ pada bulu di badannya. Kalau tak silap saya, sepupu saya beritahu, rakannya yang memiliki anak kucing ini tinggal di Merlimau, Melaka. Katanya, anak kucing ini pernah disiarkan di televisyen. Tapi tak ingat, di TV8 atau TV9. huhu~
Seperti yang sepupu saya beritahu, rakannya terpaksa ‘membidankan’ Si Ibu Kucing waktu Ibu Kucing ini hendak melahirkan anaknya. Ini kerana Si Ibu Kucing ini berlari-lari semasa hendak melahirkan anak. Mungkin sebab sakit sangat kot~ Itu yang Ibu Kucing tu jadi begitu. Selepas diurut-urut sedikit Si Ibu Kucing tu, barulah Ibu Kucing dapat melahirkan anaknya dengan baik. Kalau korang lihat video diatas, terdapat seekor kucing besar. Itu lah Ibu Kucing nya. Kalau lihat anak kucing yang ada tulisan Allah, korang akan nampak yang anak kucing itu mempunyai 3 jenis warna pada bulunya (putih, coklat dan hitam).
Kalau dulu, kucing yang mempunyai 3 jenis warna ini, jika jantinanya jantan, ia tidak akan hidup lama. Sebab itu kalau kita jumpa kucing yang bulunya ada 3 jenis warna, kucing itu mesti kucing betina. Tetapi dengan kekuasaan Allah s.w.t, anak kucing jantan ini mempunyai 3 jenis warna pada bulunya, tetap juga dapat hidup…
Allahuakbar~
Wallahua’lam~
p/s: bagi masalah hosting saya nih pada pendapat korang, patutkah saya bertukar kepada hosting lain? Masalah ‘over load CPU/RAM usage‘ nih boleh ker diatasi kalau saya tukar hosting? Ini kerana pada masa akan datang, blog ini kemungkinan akan jadi sebuah ‘photoblog‘, memandangkan saya sudah memiliki DSLR. Harap boleh berikan cadangan/pandangan ya~ thanks~
Popularity: 3% [?]

Allah maha besar kan…….Subhanallah…
[Balas Komen]
salam singgah, sungguh besar kuasa-Nya… renung2kanlah
.-= mancai´s last blog ..iklan =-.
[Balas Komen]
Allah Maha besar…
semua kejadiaanya pasti ade sebab
.-= zella´s last blog ..betul.. aku malu bila bercerita tentang dia.. =-.
[Balas Komen]
subhanallah. thanks for sharing~
.-= MuNsYi~SaMa´s last blog ..Why don’t you visit the Doctor and get your son treated ? =-.
[Balas Komen]
subahanAllah.
.-= mohdisa´s last blog ..Satu Emas Satu Perak Dua Gangsa =-.
[Balas Komen]
menarik!
.-= ariff´s last blog ..Jenis Blog yang Wujud Dalam Dunia Blogging Melayu =-.
[Balas Komen]
“saya mudah memiliki DSLR” hehehe mudah memiliki ye meh 2-3 DSLR bg aku.. hohoho
cuba upload gambar dekat tempat lain la.. imageshack ke… rasanya boleh elak kot overload CPU/RAM ni..
[Balas Komen]
Akuro San Reply:
February 15th, 2010 at 9:38 pm
@topo, adeh! typo la tu topo~ huhu~
“mudah”= sudah…
mcm kaya sangat saya nak ‘mudah’ memiliki DSLR~ huhu~
[Balas Komen]