Menilai Kewarasan Minda Orang Disekeliling Anda Dengan Ujikaji Korea

Beberapa hari yang lepas, saya telah mendengar satu teka-teki yang ‘dijual’ oleh seorang QA yang suka datang melepak di Bilik Operasi tempat saya bekerja. QA itu bertanyakan soalan seperti ini,

“Jika anda diberi pilihan, antara monyet, panda, pisang, dan daun. Kemudian anda diminta bahagikan 2 kumpulan di antara ke empat-empat benda ini. Apakah jawapan yang akan anda berikan? Dimana jawapan yang anda beri boleh menjadi tafsiran sama ada anda seorang yang Berfikiran Asia, Berfikiran Barat, atau mungkin anda seorang yang Berfikiran Abnormal !”.

teka-teki monyet dan panda

Pada mulanya, kami tergelak juga dengan teka-teki yang diberi oleh QA tersebut. Tetapi QA itu memberitahu yang soalan ‘teka-teki‘ yang diberi itu adalah soalan yang ‘serious‘. Dimana orang Korea telah menggunakan soalan itu untuk membuat kajian sama ada seseorang itu Berfikiran Asia, Berfikiran Barat, atau ‘Berfikiran Abnormal’. Dan hasil kajian tersebut berjaya memberikan jawapan yang tepat!

Ok, sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, cuba anda bayangkan dahulu. Apa jawapan anda bagi soalan tersebut ? Jika sudah ada jawapan, simpan jawapan itu didalam minda anda. Pastikan ianya adalah jawapan pertama yang terlintas di fikiran anda…

 

Mana Jawapan Yang Terlintas Di Fikiran Anda? 

Jika kita fikirkan, terdapat 3 pilihan jawapan utama yang boleh terlintas di fikiran kita. Ada sebahagian orang yang akan memberi jawapan ini;

~ 1 kumpulan untuk ‘Monyet dan Pisang‘, 1 kumpulan untuk ‘Panda dan Daun‘.
Jika ini pilihan jawapan anda, bermakna anda adalah seorang yang Berfikiran Asia tulen. Dimana pilihan jawapan ini juga menunjukkan anda seorang yang lurus. Pisang sudah pasti makanan untuk Monyet, dan Daun sudah pasti makanan untuk Panda…

Jika anda memilih;

~ 1 kumpulan untuk ‘Monyet dan Panda‘, 1 kumpulan untuk ‘Pisang dan Daun‘.
Ini membuktikan yang anda seorang yang Berfikiran Barat. Secara logiknya anda akan berfikir, yang Monyet dan Panda adalah 1 kumpulan HAIWAN, manakala Daun dan Pisang adalah 1 kumpulan TUMBUHAN.

Akhir sekali, jika anda berfikir;

~ 1 kumpulan untuk Monyet dan Daun, 1 kumpulan untuk Panda dan Pisang.
Hah, jika ini yang terlintas difikiran anda, ternyata anda mungkin berada dalam golongan ABNORMAL. Ini kerana anda akan berfikir jika Monyet diletakkan satu kumpulan dengan Pisang, Monyet akan makan pisang sampai habis. Begitu juga dengan Panda dan Daun. Ini menunjukkan yang anda jenis yang terlalu banyak berfikir dan biasanya orang yang berfikiran ‘LAWYER BURUK’ akan memilih jawapan ini… haha~

Big Bang dan Jeju Air

Sesiapa yang terlintas jawapan yang ke-3 tuh, memang serious ‘terkena‘ kan? haha~ Kadang-kadang kita tak sangka yang soalan teka-teki boleh jadi jawapan yang se-serious itu. Ok, jujur saya katakan saya percaya jika QA yang mengajukan soalan ini mengatakan soalan ini adalah salah satu soalan kajian dari KOREA. Ini kerana semasa saya membuat maintenance untuk kapal terbang Korea (Jeju Air), saya lihat orang Korea yang menjadi pemeriksa kapal terbang tersebut adalah seorang yang sangat serious ketika bekerja. Pantang ada salah sikit, ada saja benda yang nak ditegur. Biar pun begitu, saya enjoy juga semasa membuat maintenance untuk kapal Jeju Air ini hingga ia terbang. OT sangat masyukkkk~

Lebih rasa bangga bila serve di internet, model untuk kapal terbang Jeju Air ini adalah kumpulan K-Pop ‘Big Bang‘ yang terkenal di Korea. Sebenarnya, tak der lah minat sangat dengan artis-artis K-Pop. Cuma disebabkan artis K-Pop sedang popular sekarang ini, apa salahnya kalau saya menumpang rasa bangga bekerja dengan kapal terbang yang popular dengan populariti mereka…

Nur Istimewa

One comment

  1. [...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Uji Kewarasan Minda Sytle Korea | Another Strange Girl Stories. [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p