UniKL Graduation Day 2009

DSC02353konvo


Lagu yang memberi kenangan sepanjang berada di MIAT…

Alhamdulillah… pada 11 October 09, dengan rasminya saya telah pun bergelar graduan Diploma UniKL MIAT. Dengan konvokesyen yang diadakan  di PICC ini, maka berakhirlah sudah kisah hidup pahit dan manis saya sebagai seorang pelajar UniKL MIAT, Batch AMT July 05. Maka selepas ini, saya akan melalui episode baru dalam hidup saya dimana apa yang akan terjadi, Wallahua’lam~ hanya Tuhan saja yang tahu… Mudah-mudahan saya dapat menjalani kehidupan yang jauh lebih baik, dengan keimanan yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya. Insya’Allah…

Terima kasih saya ucapkan kepada Mak, Empa, Abg Ija, Kak Ayu, Kakak, Bik Saffa’atun, Jabbar dan Rahman yang sudi datang ke Majlis Konvokesyen saya nih. Memang tak sangka semua ahli keluarga saya dapat hadir untuk Majlis Konvokesyen saya kali nih. Cuma Bik Indon jer yang tak ada. (Pertengahan bulan puasa hari tu, dia minta balik Yoghjah untuk cuti Raya. Janji balik Malaysia pada 8 Oktober 09. Tapi sampai sekarang tak balik lagi. Cuba call dan mesej, tapi tak dapat dihubungi. Mungkin dia dah tak nak balik Malaysia. Kalau dia dah tak balik Malaysia, maknanya, burn lah duit Mak saya yang dikirimkan pada dia untuk beli baju dan barang-barang yang kami pesan sebelum dia balik ke Indonesia hari tu…) Tidak lupa juga pada keluarga belah sepupu saya, Aisyah yang juga sama Konvo dengan saya. (Pak Cik Mat Nor, Mak Cik Nap, Kak Lela, Abg Mamat, Huda, Zaim dan pakwe sepupu saya, Lutfi). Kehadiran 2 keluarga, iaitu keluarga saya dan keluarga sepupu saya, Aisyah, sudah cukup memberikan kegembiraan buat diri saya.

2 Hadiah bunga dari family...

2 Hadiah bunga dari family...

Selain itu, Tahniah juga saya ucapkan pada 3 orang rakan sekelas saya yang berjaya  meraih ‘Chancellor’s Award’- Ridhwan Bin Mohammad Sofi, ‘Council’s Award’ (Diploma)- Ahmad Helmi Bin Abu Kassim, dan ‘President’s Award’ (Diploma)- Tengku Adnan Bin Tengku Yahya. Dimana mereka bertiga ni dari kelas AVIONIC 1. Iaitu kelas yang sama saya duduki pada Sem 6 dan Sem 7 yang lepas… Tidak ketinggalan juga kepada semua warga pengajar UniKL MIAT, yang tidak pernah jemu membantu kami, pelajar-pelajar dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Untuk dapatkan 75% > dalam setiap peperiksaan mungkin perkara mudah bagi pelajar MIAT yang lain. Tetapi ianya sangat sukar bagi diri saya. Setelah mengharungi pahit manis waktu belajar, akhirnya lulus juga saya dengan pointer 3.7 >. huhu… Terima Kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada instructor-instructor yang pernah membantu diri saya.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama saya berada dalam Majlis Konvokesyen. Selain dari Konvokesyen waktu habis Sekolah Tabika, saya sekali lagi menyertai Majlis Konvokesyen di Politeknik Johor Bahru bagi dinobatkan sebagai Graduan Sijil Elektrik dan Elektronik pada tahun 2004. Dan mudah-mudahan, (korang doa-doakan lah yerk~) selepas ini saya sekali lagi dapat menyertai Majlis Konvokesyen untuk dinobatkan sebagai Graduan Bachelor pula dimasa akan datang. Amin…

p/s: Masih dalam proses mencari pekerjaan tetap. Kalau ada sesiapa yang tahu mengenai kerja kosong dalam bidang saya nih, boleh la beritahu ya…

Popularity: 1% [?]

Recent Related Posts

10 thoughts on “UniKL Graduation Day 2009

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p