Update Ringkas ‘Meteor Shower’ di Malaysia.

Berapa ramai agaknya diantara kita yang mengetahui mengenai kemunculan ‘Perseid Meteor Shower’ yang berlaku pada lewat pagi tadi? Mungkin ada diantara tempat kamu yang mendung dan hujan malam tadi. Di kampung saya yang terletak di area Muar (Daerah Ledang), ada juga menerima hujan pada sebelah petang semalam. Semasa mendapat tahu mengenai ‘ Meteor Garden Shower’ di blog Knizam lebih kurang pukul 10.00 malam tadi, saya ada keluar rumah untuk melihat sama ada langit cerah atau tidak.

meteor showerTapi sayangnya, langit di kampung saya masih lagi mendung pada waktu itu. Jadi saya pun berharaplah langit akan cerah semula pada waktu meteor shower tu muncul, iaitu pada pukul 1.30pg hingga pukul 4.00pg. Tapi tah macam mana, boleh tertidurlah pulak saya nih. Pagi tadi pukul 5.30pg baru tersedar, terus saja saya keluar rumah dan lihat ke langit. Langit dah cerah, cahaya bulan pun nampak terang. Cuma yang tak best nya, kesan jerubu masih lagi kelihatan. Dimana cahaya bintang-bintang dilangit  kelihatan kurang jelas. Mengeluh jer lah time tu… rasa sedih gak sebab tak dapat bangun at least, dalam kul 3.30pg ker… Dapat tengok sikit-sikit pun jadilah kan?

Memandangkan sudah masuk waktu Subuh. Jadi saya pun masuk rumah dan solat Subuh dulu. Lepas tu saya serve internet, check kalau ada apa-apa gambar meteor shower yang pernah dilihat sebelum ini. Tapi tah macam mana, hati saya ni tergerak nak keluar rumah tengok langit semula. Jadi saya pun keluarlah… Saya rasa ada dalam lebih kurang pukul 6.15pg – 6.30pg waktu saya keluar tu.. Tengok, punya tengok langit, tiba-tiba saya nampak satu cahaya berkelip-kelip yang bergerak laju dan kemudian hilang sekelip mata. Masa mula-mula nampak cahaya tu, saya sangka itu cuma cahaya lampu kapal terbang yang bergerak dilangit. Tapi rasa pelik juga, kenapa cahaya lampu kapal terbang tu bergerak laju, tak macam kapal terbang biasa? Dan bila cahaya tu hilang sekelip mata baru saya tersedar, “Eh, ini ker yang dikatakan METEOR SHOWER?”… Saya pun apa lagi, dengan lafaz Alhamdulillah, saya terus jer menjerit, “Wah, Hujan Meteor tu ada lagi!!!“.

Video ni akan menerangkan bagaimana/kenapa kita boleh lihat ‘Meteor Shower’ nih dari bumi…

Apa yang melucukan, lepas saja saya menjerit tu, terdengar pula sahutan jeritan dari kakak saya, “Ooiii! dah ‘sengal’ ker kau nih? Menjerit pagi-pagi Subuh kat luar rumah???”.  Sampaikan ayah saya sendiri pun keluar rumah bila dengar saya menjerit. Ayah tanya, kenapa? Saya beritahulah yang saya nampak serpihan meteor tadi. Sambil melihat-lihat langit, ayah saya pun bercerita, “Oh, nampak tahi bintang ye..? Ayah pun dulu, pernah gak tengok ada satu cahaya tuh, ekor dia panjaaang… bila ayah nampak cahaya tu punyalah ayah terkejut, ayah terus lari masuk rumah. Ayah ingatkan hantu ker apa? rupa-rupanya, yang ayah nampak tu ‘Komet Hartley’ nama dia…hehe..”. Hehe… tergelak jer la saya dengar cerita ayah. Saya beritahu juga dekat ayah, kalau kita bangun dalam lebih kurang pukul 3-4 pagi, mungkin kita boleh tengok banyak lagi hujan meteor nih. Tapi ayah saya kata, dia ada keluar rumah pukul 4 pagi tadi. Waktu tu langit masih lagi mendung. Tak nampak apa-apa pun… Jadinya, tak der la rugi pun saya tertidur malam tadi, sebab kalau saya tunggu pun, langit tetap juga mendung hingga pukul 4.00pg tadi.

Walaubagaimana pun, saya agak sangsi juga sebab kalau nak diikutkan waktu untuk lihat meteor shower tu adalah dalam pukul 1.30pg-4.00pg. Itu adalah waktu yang kita boleh lihat meteor shower tu dengan jelas. Tapi yang saya nampak nih dalam pukul 6.15pg – 6.30pg. Waktu saya nampak ni, langit masih lagi gelap. Yang ada cuma cahaya bulan jer. Untuk pengetahuan, kalau nak tengok meteor shower nih, kena pergi tempat yang jauh dari cahaya. Maknanya, kalau kat kawasan bandar memang agak susah la nak tengok. Kiranya yang saya lihat tu dah yang terakhir kot… Sebab lepas saja saya lihat meteor tu, barulah nampak langit mula terang dan terus terang…(matahari dah terbitlah tu…) huhu… Tak per lah, bersyukur juga, sekurang-kurangnya dapat juga saya lihat satu daripada Meteor Shower pada tahun ini. Dengar cerita, malam Jumaat nih pun ada lagi (malam ni la..). Tapi tak banyak macam malam kemuncak dia, seperti malam tadi…

Rujukan: NASA

**Nota kaki: Innalillah… Ustaz Asri ( kump. Rabbani) meninggal dunia pagi tadi kerana sakit jantung. Al-Fatihah…

Popularity: 1% [?]

Recent Related Posts

4 thoughts on “Update Ringkas ‘Meteor Shower’ di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p