‘Warna’ Disebalik Waktu Solat

SOLATKita tentu pernah mendengar mengenai kelebihan mengerjakan solat, selain menjadi satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t, ianya juga sangat bagus untuk kesihatan rohani dan jasmani. Jika kamu ada membaca surat khabar Utusan Malaysia semalam, pada helaian surat khabar yang kecil bertajuk ‘MEGA’ ada menceritakan tentang ‘Rahsia Disebalik Ibadah Solat’. Dimana ia menceritakan mengenai kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kajian khasiat solat secara saintifik, kamu boleh membacanya disini. Selain surat khabar Utusan Malaysia, Berita Harian juga pernah mengeluarkan cerita mengenai kajian ini. Untuk membaca mengenai kajian khasiat solat ini dalam ‘versi Berita Harian’, kamu boleh membacanya disini.

Ok, berbalik pada tajuk entry saya kali ini, iaitu ‘Warna Disebalik Waktu Solat’. Pernah tak kamu dengar mengenai warna-warna alam dan solat? Seperti apa yang diberitahu oleh Ustaz Zahazan Mohamed dalam Laman Web nya ‘Zahazan.net‘, “Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam“. Disini saya ceritakan secara ringkas mengenai warna alam dan solat untuk renungan saya dan sesiapa yang membacanya. Semoga ianya akan menambahkan lagi rasa syukur kita kerana telah dikurniakan dengan syariat solat dari Allah s.w.t, juga rasa syukur kerana telah diberi nikmat sebagai seorang muslim…

Subuh; Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

solat

Zuhur;
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Asar;
Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Maghrib;
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Isyak;
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Inilah kaitan antara warna alam dan solat yang saya ambil secara ringkas dari Laman Web Ustaz Zahazan. Kepada sesiapa yang nak membaca artikel sebenar, kamu bolehlah membacanya di Zahazan.net. Saya juga mengalu-alukan jika kamu ingin membaca artikel lain mengenai solat yang pernah saya ceritakan di blog saya sebelum ini iaitu;

Cerita Rahsia Disebalik Waktu Solat

Ubat Mujarab Pengubat Kesedihan

Rujukan; Utusan Malaysia Online, Berita Harian Online, Zahazan.net.

Comments

    • says

      oh, ye ker? saya jarang tgk Al-Kuliyah, sbb saya mmg jenis yg jarang tgk tv… agak2 kat youtube ada tak rancangan Al-Kuliyah yg membincangkan pasal ni?…

  1. naz says

    oh, byk nye kjadian warna sebalik waktu solat eh. sblum ni sy tau waktu msghrib tu je. thanks fer artikel berguna ni. :wink:

  2. fahmi087 says

    best artikel nie…

    “ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.”

    ooo ayat ni maksudnya… jin, iblis dan keluarganya yang sedia ada setiap masa lebih berkuasa ari biasa la ek….

    menarik info baru bagi sy :-)

    • says

      @fahmi087; ermm.. lebih kurang begini, bila sampai waktu maghrib, jin, iblis dan keluarganya ni akan lebih kuat dari waktu lain… disebabkan spektrum warna waktu maghrib tu menghampiri frequensi infra-red yg hampir sama dgn frequensi jin dan iblis. dan frequensi infra-red ni pun, mmg tak bagus untuk manusia…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p