Another Strange Girl Stories

Life And Fate Like A Wheel

Wishlist 2010: Nikon D90 atau Pergi Umrah?

my kek

Kek yang dihadiahkan oleh junior pd tahun lepas semasa saya di IPT

Pada 19 November yang lepas telah genap umur saya yang berada di pertengahan 20-an… Happy Birthday saya ucapkan buat diri saya sendiri, kepada Liza Hanim, dan kepada Puteri Reformasi (Nurul Izzah Anwar) yang saya ketahui mempunyai tarikh lahir yang sama dengan saya. Happy Birthday juga saya ucapkan kepada sesiapa yang sama-sama lahir dalam bulan November ini. Berbeza dengan birthday saya sebelum ini, rasanya inilah untuk pertama kalinya saya tidak menyambut birthday atau membuat something special untuk diri saya pada hari tersebut. Ini kerana pada hari Khamis, 19 Nov, saya sangat sibuk membantu Mak saya membuat Nasi Lemak untuk dihantar ke Masjid. Dan sebelum saya berangkat ke KL untuk menghantar kakak saya menyertai Konvokesyen, moderm wifi kakak saya telah mengalami kerosakan. Baru semalam, juruteknik TM Net datang ke rumah saya untuk check kerosakan wayar telefon dan sebagainya. Barulah dapat tahu yang moderm kakak saya tu dah rosak. Mujur TM Net ada waranty untuk ganti balik moderm wifi yang rosak selagi kita masih menggunakan Streamyx. Bagi saya perkhidmatan TM Net masih lagi OK, jadi perlu ker kita ‘potong’? Lagipun kalau nak guna P1 Max, signal dia tak sampai lagi kat kampung saya. Setakat kat Bandar Muar jer yang ada… huhu~

Ok, sekarang nih saya nak bercerita mengenai tajuk entry saya iaitu Wishlist 2010. Sebenarnya, saya nak buat entry wishlist ni sempena birthday saya. Tapi disebabkan masalah teknikal yang dialami, dengan menggunakan moderm lama yang baru digeledah dari stor ini, maka saya buat entry ini untuk wishlist 2010. Lagipun, dah tak lama pun nak masuk tahun baru kan?

Aduh~ duit melayang...

Aduh~ duit melayang...

Memiliki digicam DSLR telah menjadi impian saya sejak saya rajin berforum di Tokeikedai Online pada tahun 2004/2005 dahulu. Malah ketika itu, saya pernah aktif dalam ruangan fotografi dan pernah memiliki web fotopages saya sendiri. Tapi segala-galanya terhenti bila saya telah menyambung pelajaran di Dengkil. Tempatnya yang agak terpencil dan sukar untuk online internet menyebabkan saya terputus hubungan dengan rakan-rakan forum saya. Jadi minat dalam bidang fotografi juga terkubur disitu. Bila saya berada di tahun akhir pembelajaran di Dengkil, barulah ada Kelab Fotografi di IPT saya tu. Tapi waktu itu, saya agak sibuk untuk menyertai Kelab tersebut. Jadi minat itu terus terkubur hingga saya habis belajar disana. Tapi apa yang pasti, minat dalam bidang fotografi masih ada didalam diri saya hingga ke hari ini…

Nikon D60

Nikon D60

Nikon D3000

Nikon D3000

Beberapa hari sebelum ini, saya telah membuat survey dan pendapat ke atas beberapa jenis DSLR Nikon. Antaranya D60, D3000 dan D90. Kenapa saya hanya survey 3 digicam ini? Sebab saya tempatkan diri saya sebagai ‘entry level’. Ok, disini saya sertakan link bagi sesiapa yang nak check perbezaan antara D60, D3000, dan D90 beserta harga. Seperti yang kita tahu, D60 dan D3000 termasuk dalam kategori ‘entry level’. Manakala D90 dalam kategori ‘beginner level’. Kalau ditanya mana lagi ok? D6o atau D3000? Kebanyakkan mereka yang mahir dalam bidang fotografi sudah pasti akan memberi cadangan suruh memiliki D90. Ada yang kata, D3000 tidak boleh pergi jauh. Tapi kalau tengok harga, D90 sudah pasti kita akan rasa ‘tercungap’ dengan harganya berbanding D60 dan D3000. Jadi, yang mana perlu untuk saya miliki?

Nikon D90

Nikon D90

Memiliki DSLR D60 atau D3000 mungkin sudah memadai dengan diri saya yang hanya hendak menggunakan ia untuk journalist. Tetapi untuk mendapat kepuasan untuk hobi fotografi, D90 sudah tentu lebih sesuai. Tapi bayangkanlah, harga dia yang hampir mencecah RM5000. Dengan RM5000, saya sudah boleh memiliki motor EX5 (siap ada balance lagi tu~). Dan jika saya beli EMAS, saya dah boleh dapat satu set barang kemas, siap gelang, rantai, cincin, dengan rantai kaki pun dapat kot~ malah harganya takkan turun! Ialah, emas kan nilai dia tinggi dipasaran. Kalau saya beli D90? Mungkin saya beli dalam harga RM4000++, tapi kalau jual balik, saya hanya boleh dapat separuh harga sahaja dari harga yang saya beli. Itu pun, kalau dapat… huhu~ peningkan?

Eh, kalau ya pun cerita pasal emas, takkan kamera pun tak yang emas? huhu~

Eh, kalau ya pun cerita pasal emas, takkan kamera pun nak yang emas? huhu~

Walaubagaimana pun, hakikatnya saya bukanlah seorang yang gilakan ‘emas’ atau barang kemas. Itu cuma andaian yang saya buat berdasarkan pengalaman sahaja. Lagipun, kalau saya beli juga D90, ini bermakna saya telah beli 1 gaget yang paling mahal dalam hidup saya. Laptop Asus yang saya gunakan ini pun, tak sampai RM3000 harga dia.

Yang pernah dirindui...

Yang pernah dirindui...

Beberapa hari yang lepas, Mak saya ada mengemukakan hajatnya untuk mengerjakan Umrah pada tahun hadapan bersama Mak Cik saya. Bayaran yang perlu dibuat untuk menyertai rombongan Umrah adalah sebanyak RM5000. Hah, RM5000 lagi!… Terfikir juga saya kalau saya boleh kumpul duit dan join Mak saya pergi Umrah sekali. Tapi bila fikir-fikir balik, saya rasa anggaran dalam RM5000++ juga kalau nak pergi Umrah. Sebab nak buat passport lagi… Tapi walaubagaimana pun, kalau dah sampai seru, siapa yang tahu kan? Rezeki tu, bila-bila masa saja Allah s.w.t boleh beri. Lagipun, saya ingat lagi beberapa bulan yang lepas, (kalau tak silap saya, sebelum bulan Ramadhan) selepas saya habis solat Asar, tiba-tiba hati saya rasa rindu sangat. Terbayang-bayang wajah Ka’abah didepan saya. Teringin saya nak solat betul-betul dihadapan Ka’abah. Saya pun tak tahu kenapa saya rasa macam tu. Teringat kata-kata ‘rakan final projek’ saya masa kat IPT dulu…

……… Kau kan, kalau nak pergi luar negara, tak kisahlah London ker, Paris ker, aku cadangkan ko pergi Makkah dulu. Suasana dia tenang sangat. Nanti ko sampai sana, ko dah takkan rasa nak pergi tempat lain lagi dah… Serious!……

Ya, saya ada bercadang untuk jejakkan kaki ke London dan Scotland. Kenapa Scotland? ~Tempat ambil DCA. Dan seterusnya, mungkin Dubai?… mungkin… Wallahualam~ Semoga ada rezeki saya… #biar saya tumpukan dengan apa yang saya boleh capai dahulu~

Tapi apa pun yang saya ceritakan ini adalah senarai Wishlist. Jadi saya tak tetapkan pada satu benda. Mana yang sampai dulu, itulah yang akan saya dapatkan dulu. Apa yang penting, kerjasama! (ah, kantoi! ko tengok wonderpet lagi ker? dah tak zaman dah… hoho~) saya akan sediakan tabung untuk Wishlist 2010 ini. Saya sedar, ianya bukan perkara yang mudah untuk direalisasikan, maka tabah, sabar dan tawakallah untuk menghadapinya… Eh, ayat saya ni macam tak kena saja? Yang pentingnya, BERUSAHALAH… itu saja…

Good Luck~ O:)

Related Posts with Thumbnails

Popularity: 17% [?]

posted by Akuro San in Hidup Akuro,sembang-sembang and have Comments (14)

14 Responses to “Wishlist 2010: Nikon D90 atau Pergi Umrah?”

  1. haritz says:

    fikirkan yang terbaik untuk anda

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @haritz, ya, saya akan fikirkan~ :idea:

    [Reply]

  2. titan says:

    cari duit dulu. dah ada banyak, pegila mana mahu pegi..

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @titan, itu la pasal… tapi, nak cari duit banyak-banyak tu la yang susah kan~ huhu~

    [Reply]

  3. WAN.DOT says:

    U should go to umrah!!!!…. life is short :(
    then pray that u will get a better camera than D90 :) .. wish u luck…

    [Reply]

    Akuro San Reply:

    @WAN.DOT, thanks wan~ Amin~ :)

    [Reply]

  4. Just imagine I read it twice. While I am not as accomplished on this issue, I match with your determinations because they create sense. Thanks and goodluck to you.

    [Reply]

  5. fiza says:

    waaa..sama birthday…..sy pn ader d90..sama dan kebetulan :)

    [Reply]

  6. Excellent post. This is great stuff!!

    [Reply]

  7. [...] memperoleh kehidupan yang lebih baik dan bahagia berbanding tahun-tahun yang lepas. Jika terdapat Wishlist yang tidak dapat dicapai pada tahun ini, maka bawalah wishlist itu ke tahun hadapan. Semoga ada [...]

  8. [...] Berusaha untuk mencapai Wishlist [...]

  9. [...] ini saya pernah menceritakan mengenai Wishlist saya untuk mendapatkan DSLR Nikon D90. Mesti korang pun dah sedia maklum yang Nikon D90 ini di antara DSLR yang mempunyai harga yang [...]

  10. Suhaila says:

    kakah ngko konvo hr tu sama ngan aku lah…OUM kan ? dia course aper ek ? PPT maner ?. mcm ner skrg ? dh dpat kedua2 nya ..Umrah n Nikon D90

    [Reply]

  11. reezluv says:

    kumpul lebih sikit, beli D3x..takpun EOS 7D? :P

    [Reply]

Place your comment

Please fill your data and comment below.
Name
Email
Website
Your comment
CommentLuv Enabled
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p

Would you like to Login or Register ?