Yang Mana Satu, Nuffnang atau Adverlets?

Adverlets vs nuffnangHari ini saya bertungkus-lumus dari pagi sampai ke petang belajar cara-cara nak menambah beberapa fungsi di wordpress.org berserta meng’install beberapa jenis plugins yang sesuai dengan template blog saya. Apa yang membuatkan saya rasa paling seronok, bila saya berjaya menemui plugins yang sesuai untuk memasang Favicon di blog ini. Bayangkan lah, sebelum ni dah banyak kali cuba tapi tak jadi-jadi. Akhirnya, Alhamdulillah… petang tadi menjadi juga favicon tu… Semasa menggeledah setiap plugins yang ada di WordPress.org, saya dapati terdapat banyak plugins yang saya sendiri tak pasti sama ada ianya plugins yang penting atau tidak. Nak upload plugins banyak-banyak, takut jadi berat pula blog nanti. Jadi buat masa ni saya upload plugins yang hanya boleh berfungsi dengan template blog saya sahaja.

Semasa menyusun widget di sidebar, saya terfikir juga untuk menambah apa-apa ‘Ads’ di sidebar. Tapi yang jadi kelirunya, saya terfikir sama ada nak letak Ads Nuffnang atau Ads Adverlets. Yang mana lagi bagus? Yang mana lagi mudah dapat duit? Blog saya yang di blog ‘Strange Girl Stories‘ sebelum ni, saya gunakan Adverlets. Tak dinafikan, sepanjang menggunakan Adverlets, blog saya memang mudah dapat duit berbanding Nuffnang. Saya pernah beberapa bulan memasang Nuffnang di blog yang sama. Dan pendapatan yang saya dapat hanya 30sen sahaja berbanding Adverlets yang sudah ada beberapa ringgit. Melihatkan situasi itu, saya pun membuat keputusan untuk membuang iklan Nuffnang di blog ‘Strange Girl Stories‘ dan hanya memasangnya di blog ‘Resepi‘ saya. Walaubagaimana pun, saya tak nafikan yang Nuffnang juga ada kelebihannya. Graf yang menunjukkan bilangan pengunjung yang datang ke blog, adalah salah satu fungsi yang saya suka. Selain itu, Nuffnang ada buat promosi ‘Glitteri’ yang membolehkan kita mendapat bayaran lebih mudah dan lebih banyak dari Adverlets. Tapi saya tak pasti sama ada promosi tu masih ada lagi atau tidak.

Nuffnang yang kejam... hehe...

Nuffnang yang kejam... hehe...

Saya ada juga membuat ‘spot check’ dibeberapa buah blog yang popular. Apa yang saya dapati, mereka kebanyakannya menggunakan Nuffnang. Ini membuatkan saya terfikir, “Apa dah jadi dengan Adverlets? Dah tak bagus kah Adverlets?” hinggakan ada satu blog nih yang dulunya pernah mengatakan yang ‘Adverlets’ tu bagus, kini saya dapati sudah tidak ada lagi iklan Adverlets di blognya. Yang ada cuma iklan Nuffnang dan beberapa iklan lain seperti iklan :!: [-----ditapis-----], dan yang sama waktu dengannya.

Jadi bagi kamu yang yang membaca entry saya kali ini, bolehlah berikan pendapat kamu mengenai Nuffnang dan Adverlets. Mungkin ada pengalaman atau pendapat kamu yang boleh saya buatkan iktibar dan panduan untuk saya menentukan sama ada iklan Nuffnang atau Adverlets yang sesuai diletakkan diblog baru saya nih….

Popularity: 1% [?]


29 thoughts on “Yang Mana Satu, Nuffnang atau Adverlets?

  1. nuffnang lg bgs dr adverlets…mmg rmai yg ckp lmbt dpt earning dr nuffnang..ye mmg, tp klu kne caranya, earning leh dpt bertalu2 dr nuffnang, n semestinya leh dpt berganda2 dr adverlet. aku dh dua kali dpt cek dr nuffnang..tp xpenah dpt2 dr adverlets. mmg adverlets tiap ari kita leh tgk earning gerak je kan, sbb dia kira berdasarkan trafik blog, tp klu dh dpt earning dr nuffnang, ha amik, mesti sdp je mata memandang dr tgk adverlets tu.

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    oh, kalau mcm tu no wonder lah ramai yg letak iklan nuffnang dr adverlets ya…

    [Balas Komen]

  2. dilot pun letak nuffnang..pernah letak adverlets…tp berape sen je….

    bile letak nuffnang…ok…ada kemajuan yg mendadak…

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    mcm tu la pulak… kiranya ramai la yg sokong nuffnang dr adverlets nih…

    [Balas Komen]

  3. Adverlets Kanasai < itu antara sebab yg kuat utk gua say bye bye dengan adverlets (belum jangkau 4 hari gua bersama dgn dia) ..

    article tu harus akak baca sebelum memutus untuk JANGAN layan Adverlets ^^
    http://www.5xmom.com/advertlets-kanasai-lol/

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @eldy; dah baca artikel tu. ish… tak dpt bayangkan kalau duit dah dapat beratus-ratus, dah cash out, tapi tak sampai kat tangan… sangat-sangat sadis! :emotion:

    [Balas Komen]

  4. aku pun tak tahu nk cadangkan yg mana satu since aku tak pernah pun dpt byrn dr kedua-dua’nya. huhu..

    tp serius aku ckp, earning advertlets lebih pantas berbanding nuffnang. tp yg menjadi ke’wonder’an aku ialah sepantas mana plak adverlets akan buat byrn sbb earning aku bersama mereka dah hmpir boleh cash out (tinggal berapa ringgit je lg)..

    nuffnang aku dah hmpir 1 tahun tp masih belum boleh cash-out. mklumlah, takde sape nk tolong klik iklan kat blog aku tu. hahaha.. :clown: tp takpe la sbb aku pun suka2 je letak since alang2 dah ada blog. huhu..

    anyway, buatlah pilihan yg bijak utk masa depan yg cemerlang, gemilang dan terbilang :grin:

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @azizwan(dot)com; kiranya, iklan nuffnang ni pulak, dia hanya kan bagi earning kalau ada org klik iklan la yerk…. kalau tak der org klik, kita tak dpt earning la… leceh gak kalau camtu… huhu… :-|

    [Balas Komen]

    azizwan(dot)com Reply:

    @Akuro San, nmpaknya mcm tu ler.. sbb tu, kalau main nuffnang, apa yg penting KERJASAMA. hehe :p

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @azizwan(dot)com; hehe… kena jadi wonderpet la mcm ni… :grin:

  5. Pro :-
    Nuffnang ( min payout :- RM50, 3 kali dah terima cek)
    Advertlets :- ( setiap hari ada earning, loading baik)

    Cons :-
    Nuffnang ( agak kedekut sedikit masa ni.. Susah nak dpt campaign sejak 2 bln ni.., iklan susah keluar n kdg2 lambatkan loading)
    Advertlets ( belum sampai min payout RM100 tak tau dpt ke tak)

    Apa2 pun buatlah survey dulu..

    [Balas Komen]

  6. Kat icewink pun x letak nuffnang.. dulu letak.. tapi berat.. sian kat pelawat.. saye buang semule.. O:)

    [Balas Komen]

    Akuro San Reply:

    @Adney, buat masa ni saya letak iklan nuffnang/adverlets, ok jer dgn loading blog. tak der masalah. cuma earning jer la… nuffnang ni mcm susah nak dpt earning masuk… mungkin sbb blog tak ramai visitor kot~ :(

    [Balas Komen]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:D :) :( :o 8) :eek: ;-( :grin: :wink: :arrow: :idea: :?: :!: :evil: O:) :-| :-* :-(( :poke: :love: :tired: :emotion: :party: :clown: :worried: X( :p